Wednesday, December 7, 2011

my anticoagulant 15



“Lisa tak payah risau lagi pasal duit operation tu. Cik Miah datang sini nak bagitau, yang  Cik Miah nak tolong  Lisa dengan mama.  Pakcik pun dah setuju,”
Lidah dia kelu, tak percaya dengan apa yang didengarnya. “Cik…Cik nak tolong…? “
Teman mamanya mengangguk lembut. “Cik Miah dah kenal mama lama. Mama dah macam adik Cik sendiri,”
Lisa tak dapat menahan rasa terharu. Sifat murah hati Cik Miah padanya sekeluarga tak pernah hilang. Tapi, mahu ke Mama terima kalau tahu?  Dia tahu sangat Mama macam mana. Mama memang pantang terima belas ihsan orang.
“Mama takkan nak, Cik,”
“Sebab tu Lisa tak boleh beritahu Mama,” tegas Cik Miah. “Lisa boleh tolong Cik, kan?  Yang penting Mama Lisa selamat,”
Dia diam. Pesan Mama supaya tak berhutang budi memang dia ingat sangat.  Tapi bila melibatkan nyawa, akal sihat mana yang akan menolak?
“Siapa penderma yang dah setuju nak derma buah pinggang dia tu?” Tanya Cik Miah lagi. “Kalau boleh kita buat cepat,”
“Lisa sendiri,” Jawab Lisa pendek, namun cukup untuk  cawan Cik Miah jatuh terlepas dari tangannya.

“Doctor tengah cek Mama aku untuk pre-op. InsyaAllah operation start pukul 10 ni,” Beritahu Lisa.
“Kau takut?” Tanya Elle di tepi katil.
Dia geleng.
“Kenapa tak?” Teman itu bertanya lagi. Soalan pandai atau bodoh, dia tak peduli. Makin hari, dia rasa dia makin tak kenal Lisa, walaupun dia temannya yang paling rapat. Lisa yang dia tahu masa masuk kolej  dulu dah berubah sangat-sangat.
 Lisa yang dingin, darah beku. Suka pencilkan diri dan dianggap sombong semua rakan.  
Waktu di tingkatan satu, cuma dia yang sudi menghulur salam persahabatan. Di sebalik wajah dingin gadis itu, dia tahu ada sesuatu yang membelenggu fikiran Lisa. Gadis itu seperti berperang dengan jiwanya sendiri. 
Dia tak tahu kenapa. Sampai satu hari bila Lisa sendiri yang cerita.  
 “Bila kau buat semuanya atas nama kasih sayang, kau takkan rasa takut,” jelas Lisa tenang.
“Even untuk orang yang kau tak kenal?” Kad ikrar penderma organ milik Lisa yang ditemuinya diletakkan Elle ke atas katil. Kalau takat jadi organ donor untuk mak sendiri dia boleh faham lagi. Siapa lagi kat Malaysia ni umur 16 tahun ada kad macam ni?!  “You really surprised me…”
 Lisa gelak kecil. “Pasal aku ni macam orang yang tak ada perasaan?”
 Elle sengih lemah. Hakikatnya, Lisa sendiri tahu dia orang paling last dalam dunia yang akan kata Lisa tak ada perasaan.  
“ Credit untuk penyakit Mama aku ni…” Lisa menatap kosong jambangan bunga di atas meja. “Aku pernah mimpi, aku berdiri kat bangunan tinggi. Someone suruh aku lompat ke bangunan sebelah. Aku bagitau dia, sampai sudah pun aku takkan lompat!  But then, tiba-tiba aku nampak Mama aku kat situ. Mama menjerit minta tolong, sebab bangunan tu kena jilat api,”
 “Kau terus lompat,” Elle meneruskan sendiri. Mula mengerti.
Lisa angguk. “ Aku boleh hidup dengan satu buah pinggang, tapi aku tak rasa aku boleh hidup tak ada Mama. Lagi pun, erti hidup pada memberi. Tak ada guna pun bawak semua internal organs masuk kubur lepas kita mati.
 Ada hikmah Mama aku sakit. Sekurang-kurangnya ada manfaat untuk orang lain lepas aku tak ada,” Sambungnya lirih.
Elle mendakap tubuh Lisa. “Tapi sebelum tu, aku doakan hidup kau bahagia,” bisiknya. Ada sebak yang cuba ditahan.
Senyum. “Amin,”
Dakapan dilepaskan.
“Elle?”
“Hmph?”
“Kau jangan bagitau orang…”
“Aku tau. Semua orang tau kau sakit je. Sakit apa, aku tak bagitau,”
“Thanks,”
“Cuma  ada yang jahat mulut kat kolej yang kata kau sakit sebab buatan orang. Tak tahulah siapa!” Mendidih balik darahnya bila ingat.
Ekspresi Elle berubah bila melihat Lisa ketawa.
“Tak kelakar, ok?!”
“Ok, ok. Tak kisahlah pasal tu. Yang penting orang tak tahu. Kalau cerita ni sampai kat abang aku, aku tak boleh bayang apa yang jadi,”
Dah tiga bulan berlalu lepas peristiwa Mama jatuh pengsan di rumah.  Setakat ini semuanya masih dapat dirahsiakan dari abangnya. Rauf masih berperang dengan paper SPM.
Di luar wad melalui celah pintu yang sedikit terbuka, Mier mendengar semuanya.


Mier menarik nafas.  Wajah redup Lisa yang masih belum sedar ditatap lama.
Pembedahan sudah tamat dua jam yang lalu, namun dia masih tak berganjak dari situ.  Gadis itu tetap damai dalam tidurnya yang panjang.
Siapa awak sebenarnya, Lisa Adelina? An angel in disguise, yet  a damsel in distress?

Akhirnya Mier bangun, lalu melangkah keluar.

“Thanks, Eliza,”
“Aku buat ni pasal aku rasa kau patut tahu. I owe you one. Kau dah selamatkan dia dekat Fraser’s Hills dulu,”
“Don’t mention it,”  Fikiran Mier bercelaru. “It’s safe, right?”
“InsyaAllah,” Elle duduk, melepas lelah. “Kau sayangkan dia,kan?”
Senyap.
“Enough for you to fly and break into AQC grounds…” Elle menyindir dalam tenang.
Mier menoleh.
“ Terkejut? Aku bukannya rabun sangat sampai tak boleh beza lelaki dengan perempuan malam tu…” Pembahas terbaik AQC itu berkata lagi. “Don’t ever do that again. Dia dah banyak tanggung derita sebelum ni. Jangan tambah sakit dia,”

Dia masih bersandar di kerusi koridor di luar wad Lisa. Mata yang perih digosok perlahan.  
“Awak buat apa kat sini?” Seseorang melempar soalan di belakangnya.
Dia memusingkan badan.   Melihat sesusuk tubuh di depannya, hatinya membengkak. “Cikgu buat apa kat sini?” Sengaja soalan dilontar kembali.
Haikal merenung mata Mier dalam. “Saya nak tengok Lisa,”tuturnya.
Mier ketap giginya kuat.  Isn’t that obvious?  Sinis hatinya mendesis.
Bunyi gelas pecah di dalam wad Lisa menyentakkan mereka. Tanpa berlengah, masing-masing meluru ke dalam.
“Lisa, kenapa ni?”
“Abang…” Lisa cuba bangun, namun cepat dihalang Haikal. Mindanya berkecamuk. Dah berapa lama dia tak sedarkan diri?  Mama…Mama mana?! 
“Jangan. Awak tak boleh bangun dulu,” Haikal menekan punat memanggil nurse di kepala katil.
Abang?!   Mier yang menjadi pemerhati di situ mengangkat keningnya. No way. Kalau ya, kenapa Haikal bahasakan Lisa ‘awak’?  
“Berapa ramai abang yang awak ada Lisa?” Soalan Mier datar, membuatkan kedua-duanya berpaling kepadanya.
 Lisa yang baru menyedari kehadirannya di belakang Haikal berubah gelisah.  Panik. “Mier…awak buat apa kat sini? Mana awak tahu saya dekat sini?!” Tanyanya lemah.
Mier hanya berdiri tegak.
“Rauf tak tahu,kan? Please…cakap yang dia tak tahu…” Rayu Lisa. Pandangan yang masih berpinar-pinar kesan ubat anestetik umum cuba difokuskan pada Mier.
Lelaki itu membuka mulut. Namun tiada kata-kata yang keluar. Akhirnya dia cuma menggeleng.
Mata Haikal masih melekat pada Mier. Sebalnya memuncak.  “Get out,” Suaranya mencerun.
Mier angkat muka, melawan renungan tajam guru muda itu.  “Apa sebenarnya hubungan Cikgu dengan Lisa?” Terasa kesabarannya menipis.
Suasana hening. Tegang.
“Awak tak ada hak untuk ambil tahu,”
“Mier,please? Balik…”
 Permintaan dari mulut Lisa tambah mendidihkan darah Mier. “Saya takkan balik selagi saya tak dapat jawapan! ”
“Dia bakal tunang saya…” Ceplos Lisa, tanpa memandang ke arah Mier.  Dadanya mendadak terasa sakit mendengar kata-katanya sendiri. Hati bagai ditoreh pisau belati.

Sunday, November 13, 2011

my anticoagulant 14


“Bila Abang long sampai?” tanya Puan Salamiah bila melihat anak terunanya sudah berada di ruang rehat keluarga.
“Baru je,” terang Haikal sambil bangun mencium tangan emaknya yang baru pulang. “Abah mana?”
“Pergi masjid. Ada mesyuarat katanya. Sejak jadi ketua JKK ni, sibuk bukan main!” Emaknya mengomel.
“Mak pun sama je. Marhaban sana sini…” Haikal menyakat selamba.
Emaknya tersengih sungging. Bertuah punya anak. Dalam baik dia terkena batang hidung sendiri.  Langkah Puan Salamiah terhenti semula bila melihat Haikal kembali duduk menatap album lama di sofa. “Apa mimpi buka album lama ni?”
Haikal senyum kecil tanpa sedikit pun menoleh. Ada sesuatu mencuit hatinya. “Saja,”
“Ada apa-apa yang mak kena tau ke?” Cuba memancing. Makin lama, makin banyak perubahan yang dilihat pada Haikal. Anak sulung itu makin ceria. Tak macam setahun dulu...
 “Mak kata nak ikut Abang long balik Seremban. Jadi tak?” Dia mengubah topic.
“Jadi. Mak dah bagitau abah kamu. Teringin betul beli ikan sembilang salai tu dekat pasar sana. Ajak abah kamu, malas memanjang. Kalau la Hanisa ada…”
Wajah Haikal berubah serta-merta bila nama itu terpacul keluar dari mulut emaknya. Nafas panjang ditarik tanpa mampu disembunyi. Album diletak ke tepi.
Puan Salamiah juga terdiam. Rasa bersalah datang menerpa.
Hening suasana digamatkan dengan suara Hanif yang menjerit memanggil abangnya dari bawah.


Lisa merapati katil paling hujung wad, tempat mamanya terbaring tidak sedarkan diri. Wajah separuh abad itu ditatap sayu. Di sebalik kedutan yang makin kelihatan, mamanya masih tampak tenang.
Dia mencium dahi Puan Asmah lembut. Air mula bergenang di tubir mata. Tangan mamanya digenggam. Dia menangis teresak-esak dengan kepala menekur ke tilam.
“Mama tak bagi Lisa quit. Mama still larat jaga diri sendiri,” kata mamanya saat dia menyuarakan hasrat untuk keluar dari sekolah berasrama penuh tiga tahun dulu. “Lisa ingat senang ke dapat masuk sekolah tu?!”
Dia tersentak bila mama melenting. Tak pernah mama marah sampai macam tu. “Lisa…Lisa risaukan mama…” Suaranya tertahan. Siapa yang nak jaga mama kalau dia pun pergi? Abang dah dekat SDRA…
“Dah. I don't want to hear all this kind of nonsense. Pergi cepat siap!”

Pagi tadi dia mendapat panggilan dari Kak Ayu, yang memberitahu mamanya pengsan di rumah. Pemergiannya ke pertandingan akhir debat dibatalkan serta-merta atas persetujuan pihak sekolah. Tempatnya digantikan Fiza.

 “It’s chronic kidney disease. Dialisis boleh bantu Puan Asmah bertahan, tapi kita tetap kena buat transplant…”jelas doktor yang merawat mamanya tadi.
Dia cuma mampu tunduk diam. Buah pinggang dah ada penderma. Tapi mana mahu dicekau duit berpuluh ribu tu?
Sejak mama diberhentikan kerja masa ekonomi teruk tahun 1997 dulu, hidup mereka memang susah.

Perlahan-lahan bahunya terasa diusap lembut. “Akak tak bagitau Rauf, macam yang Lisa minta. Tapi kita tak boleh terus rahsiakan dari dia. Lambat-laun Rauf tahu juga,” ujar Kak Ayu, jiran sebelah rumah yang banyak membantu selama ini.
Lisa angguk perlahan. Airmatanya dilap dengan tangan.“Terima kasih, kak. Lisa tak nak bebankan dia pasal mama. Buat masa ni biar abang focus dekat trial SPM dia dulu,” Sendu.
Rauf memang tak pernah diberitahu tentang masalah kesihatan mama. Mama sendiri yang tak bagi. Pandai mama berahsia. Dia tahu dulu pun pasal Kak Ayu secara tak sengaja terlepas cakap.
 “Assalamualaikum,”
Lisa mengangkat muka. Bibirnya menjawab salam.
“Oh, Kak Miah! Lisa, ni kawan mama Lisa yang tolong hantar pergi hospital tadi,” beritahu Kak Ayu sambil melebarkan bukaan langsir yang menjadi pemisah ruang katil Puan Asmah.
Wajah wanita yang dikenalkan Kak Ayu direnung.
 “Tak ingat Cik?” Tanya wanita sebaya mamanya itu, lembut.
“Cik Miah dari Kampung Baru dulu…?”
Puan Salamiah angguk sambil tersenyum.
Lisa bangun. Tangan wanita itu dicium penuh hormat. “Terima kasih Cik,” ucapnya.
“Sama-sama,” Tubuhnya didakap Puan Salamiah erat. "Mama tak sedar lagi?"
Lisa menggeleng.
Puan Salamiah angguk tanda mengerti. “Lama tak jumpa Lisa. Dah sama tinggi dengan Cik sekarang,”
Lisa mengukir senyum lemah. Memang. Dekat 6 tahun juga tak jumpa lepas keluarganya pindah ke Seremban. Dulu, dia dimanja dan diusung ke mana-mana wanita itu pergi. Disayang macam anak sendiri. Cik Miah tak ada anak perempuan. Tiga-tiga anaknya lelaki.
Saat itu, pintu wad 132 itu terkuak lagi. Kali ini kelibat pemuda yang menapak masuk membuat dia terpinga.
“Tu… Abang long, yang Lisa suka sangat dulu,” ujar Puan Salamiah, tanpa menyedari usikannya membuat tekak Lisa kering tak terkata.
Haikal, di sebaliknya, nampak tenang.


“Abang long,eh?” Dia memulakan bicara. Dari tadi meja di hujung cafeteria hospital itu senyap. Dua-dua berat buka mulut!
Haikal senyum tawar.
Lisa pandang raut muka guru praktikalnya itu sekilas. Sumpah dia memang tak cam langsung anak sulung Cik Miah itu sebelum ni. Lain gila…
Masa dia di darjah empat, Abang long masuk MCKK. Terus tak jumpa lepas tu. Dari apa yang dia dengar, Abang long dapat tawaran belajar ke Jepun lepas SPM.
“Kenapa tak bagitau?” Tanyanya. Janggal. Nak bahasakan diri apa pun dia keliru. Lisa? ‘Orang’?
“Abang long pun tak cam mula-mula,” jelas Haikal.
Memang dia tak perasan. Tapi lepas jumpa Puan Asmah di hospital dulu, Haikal mula sedar gadis itu pernah menjadi sebahagian dari keluarganya. Album lama yang dibuka semalam mengimbau semua kenangan dulu.
“Makanlah sikit. Nanti masuk angin perut tu,” Dalam lembut Haikal memujuk.
Wajah di depannya kelihatan runsing. Sugul. Sebentar tadi Puan Salamiah suruh dia bawa Lisa makan di bawah. Gadis itu mulanya keberatan namun akhirnya menurut.
Lisa diam sekejap.
Lelaki ini pernah jadi idolanya. Mentornya selain Rauf. Anak Cik Miah- yang paling pandai dan paling baik. Tapi dulu serabai bukan main. Rambutnya tak pernah terurus. Muka gelap dan agak cengkung sebab aktif sangat bersukan.
Haikal letak sudu dan garfunya ke pinggan. “Yang dari tadi dok pandang muka Abang long ni kenapa? Handsome sangat sampai susah nak percaya?”
Lisa tarik paksa senyum selamba. Agak la…“Abang long yang bayar duit hospital Lisa hari tu?” Tak susah mengagak, bila difikir-fikir balik...
Air muka Haikal berubah serba-salah. Akhirnya dia mengangguk perlahan.
“Nanti Lisa bayar balik,”
“Tak payahlah. Anggap tu tanda terima kasih Abang long untuk arwah papa Lisa sebab banyak tolong ajar  dulu,”
Setiap butir nasi yang dikunyah Lisa terasa bagai pasir. You shouldn't have said that...
“Nanti Lisa bayar,”
“Degil…” Tukas guru muda itu.
“Baru tau ke...?”
Haikal gelak kecil , menampakkan sebaris giginya yang tersusun rapi. “Lama dah tau. Orang paling keras kepala dalam dunia…!”

Wednesday, November 2, 2011

my anticoagulant 13

Lisa menolak Mier ke pintu belakang. “Lari!” bisiknya cemas. Suara Pakcik Abdullah yang sedang menelefon di koridor depan dia cam betul.
Saat itu tanpa dijangka, Mier menarik tangan Lisa keluar bersama melalui pintu belakang.
Lisa tersentak.  Kenapa tarik tangan orang?!
Dalam kebingungan, dia ikut berlari di sepanjang koridor belakang bangunan.  Dadanya berombak kencang. Larian pantas Mier memaksa dia membesarkan langkah. Bilik Seni jauh ditinggalkan. Tiba di laluan berbumbung yang memisahkan blok makmal dan blok tingkatan empat, Mier berhenti.
Lisa tercungap-cungap. Dalam banyak-banyak benda, part lari dia paling fail. Acara merentas desa dengan saringan olahraga tak pernah lepas. Tangannya ditarik kuat dari pegangan Mier.
“Saya suruh awak je lari. Bukan tarik saya sekali!” marahnya perlahan dalam nafas terputus-putus. Dekat tiga kali dia tersadung batu pasal tak nampak jalan. Malam tu jangan kata bulan, satu bintang pun tak ada.
“Syhhh!” Sekali lagi Mier menarik Lisa bila terdengar bunyi deruan motor di depan blok tingkatan empat. Mereka bersembunyi di balik pasu-pasu besar Taman Sains depan makmal.
Dari tempat mereka berdiri, Lisa melihat bayang guru praktikalnya menaiki tangga. Lampu motornya dibiarkan bernyala.
“Macam mana dia boleh senang-senang masuk sini malam-malam?” Tanya Mier tiba-tiba.
Lisa menoleh dengan kening berkerut. “Soalan jenis apa tu? Of course la dia boleh masuk. Dia cikgu!” bisiknya, kembali memandang ke depan.
Mier buat muka tak puas hati. Malam minggu macam ni nak ngajar apa? Dah tak ada kerja sangat kat rumah?
Dia ingat lagi pagi Lisa dan dia ditemui di Bukit Fraser. Haikal terus berkejar mendukung Lisa ke keretanya disaksikan teman-teman dan guru lain.  Tak ada siapa yang mempersoalkan.
Right. Sebab dia cikgu.
 “Siapa kat bawah tu?!”
 Wajah Lisa berubah tegang. Suara Encik Haikal dari tingkap bilik IT buat dia panik. Mati la kalau Encik Haikal jumpa
Haikal yang tadinya masih mencari sesuatu di tingkat dua  menyuluh torchlight tepat ke Taman Sains, arah datang bisikan tadi. Tiada siapa di situ.
Seketika kemudian, keadaan kembali terang.
Nun jauh di sana, bertentangan dengan blok tingkatan empat, dua kelibat sudah selamat menyelinap masuk ke Dewan Alamanda.  


Sebaik saja memasuki dewan melalui pintu kanan paling belakang, Lisa terpempan.
Dek kerana terlalu cemas melarikan diri, dia lupa hampir seisi warga kolej malam itu berada di dewan untuk menonton. Kakinya terasa kejang. Tangan yang dari tadi tanpa disedari memegang lengan Mier dijatuhkan.
Mier juga dah telan liur. Lisa, awak bawak saya direct masuk kandang singa!
Tepat di sebelah pintu, satu suara yang tak asing lagi memanggil. “Weh Lisa, sini!”
Dalam ramai-ramai umat manusia, Elle berada di situ. Gadis itu memanjangkan leher untuk melihat kelibat di belakang Lisa.
Lisa tahan nafas. Tak ubah macam menunggu masa bom meletup.
“Eh, Hood pun ada. Tadi kata tak nak tengok…” G-ha di sebelah Elle tiba-tiba menyapa.
Ek?!  Lisa kerling ‘Hood’ di sebelahnya.
Kala itu, dia macam dapat pencerahan agung. “Aku paksa dia ‘date’!” balas Lisa tanpa teragak-agak.
Tempat Mier berdiri agak terlindung, menyebabkan wajahnya hanya samar-samar kelihatan. Topi yang dipakai Mier sedikit membantu menutup rambut pendek yang membezakan dia dengan Hood.
Mier pandang dia. Dalam gugup, dia terasa nak gelak. That’s so sweet dear, but can’t you be more ironic?
“Korang datang on time. Show baru nak start pasal black out tadi,” Elle dah bersila di dinding kanan dewan.  “Yang tercegat lagi kat situ kenapa? Duduklah wei…” ujarnya pada dua manusia yang masih terkebil-kebil di depannya.
Dalam teragak-agak dan separuh terpaksa, Mier dan Lisa mengambil tempat di sudut paling hujung. Skrin besar di atas pentas sudah mula menayangkan nama casts ‘Ten Things I Hate About You’. Seluruh dewan bersorak dalam gelap. Lisa menjarakkan dirinya sedikit lebih jauh dari Mier.
Duduk situ diam-diam sampai Encik Haikal dengan pakcik jaga pergi…
“Nah, dorang jual Dunkin Donuts kat depan tadi…” Elle menawar sekotak donut di tangan.
Tangan Lisa menyambut. “Thanks,” Bau filling di dalamnya buat dia terliur. Strawberry!
 Dihulur donut terakhir yang bersalut coklat pada orang sebelah tanpa perasaan.
Tiada reaksi.
Tak nak sudah…
 Saat mulut dah siap dingangakan untuk mengggigit, tiba-tiba lengannya terasa ditarik. Donut kesayangan yang baru hendak masuk ke mulut lenyap separuh dibaham depan mata.
Mier!!!!!
Di sebelahnya, lelaki itu mengunyah penuh nikmat tanpa rasa bersalah.  Mata Lisa merenung penuh geram. Mulut terkunci rapat. Tak ada satu suara pun yang mampu keluar.
Mier buat tak tahu. Jerit la, jerit…


Di dormnya malam itu, Lisa bersandar di kepala katil sementara menunggu loceng ‘lights off’ dibunyikan. Satu demi satu bayang dorm-mate kelihatan. Kaki yang terasa lenguh berlari ditumbuk pelan.
Di akhir tayangan tadi, Mier selamat menyusup keluar dari perkarangan AQC.  Selamat dari Pakcik Abdullah, selamat dari Encik Haikal.
Dia menarik nafas panjang.
Syukur. Tak terbayang nasib kalau ditangkap basah bersama.
Seketika madah Kat untuk Patrick terngiang kembali. Dia senyum tawar. Serentak benaknya ligat mengarang poem “Ten Things About You’ versi sendiri.
I hate the way you talk to me
I hate it when you stare
I hate the way you appear in front of me out of nowhere
It pissed me off so much i couldn't bear

I hate it when you make my heart jumps out of my chest
And the way you read my mind
I hate you so much that it makes me sick
It even makes me ryhme

I hate the way you snatch my doughnut
I hate the way you looked perfect when you didn't even try
I hate it when you make me grin unconsciously
Even worse when you make me cry

But then I also hate it when you're not around
And the fact that I always see you everytime I stare blankly at the wall
But mostly I hate the way I don't hate you
Not even close, not even a little bit, not even at all.

Sunday, October 23, 2011

my anticoagulant 12


“Aku dah agak dah kau kat sini!””
Lisa tersentak. Dadanya diurut laju. Ya Allah… “Tak reti bagi salam eh?”
“Tau pun terkejut. Duduk lagi sorang-sorang kat sini malam-malam camni,”  balas Elle sambil menutup hidung bila bau turpentine dari bilik KH sebelah menyengat hidungnya.
Malam itu malam minggu. Tiada prep malam. Blok akademik sunyi. Cuma lampu blok tingkatan lima yang menyala selain mereka.

Dah la Bilik Seni ni paling hujung sebelah hutan!
“Tadi Wani ada. Dia pergi kantin kejap,” balas Lisa sambil meletakkan berus catnya ke tepi.
Mata Elle masih tak lepas dari merenung tembikar comel buatan Lisa yang selesai diwarnakan dengan cat acrylic. Ukiran tiga dimensi hidupan laut menghiasi kelilingnya. “Cantik…” ujar Elle.
Lisa senyum segaris. "Thanks," Projek itu projek pertama untuk mata pelajaran Pendidikan Seni SPM. “Tinggal letak mentol, cable, pasang terendak, then poof, jadi lampu tidur untuk bilik budak...” 
Teman baiknya itu menggeleng. “Bila kau kata kau nak ambil subjek ni jadi subjek elektif, aku ingat kau main-main. Tak cukup dengan Prinsip Akaun...” Dia duduk di atas meja.
Lisa tak membalas.

Sekilas Elle dikerling. Baju kurung yang dipakainya semasa dinner dan ke surau tadi dah berganti. Yang kau dengan baju pajama siap bawak Barney Stink-son ni nak pergi mana?” Sesuka hati datang blok sekolah pakai baju tidur...
 Elle sengih. “ Jom teman aku tengok film show. Kau dah siap main kaler-kaler ni kan?” Excited terlebih rasa malam ni nak tengok.
Dua minggu sekali, lori yang membawa projector akan datang menyediakan ‘wayang pacak’ di sekolah mereka. Venue; Dewan Alamanda. Tempat duduk: Free seat, atas lantai jubin.
 “Tak nak,” Seluruh perhatiannya tertumpu pada proses shading dengan cat acrylic yang tersisa.
“Jomla . Ain kata malam ni ‘Ten Things I Hate About You ’...” Elle tak putus asa memujuk.
Tangannya berhenti bekerja. Berfikir dua kali bila mendengar tajuk filem. Hati sapa tak goyah kalau cerita tu...
Elle bangun, sambil tersengih. “Eight thirty, kat hall,”
Lisa melihat jam di dinding setelah Elle berlalu. Pukul 8.15 malam. Dia termangu kejap. Nak pergi ke tak nak?
Akhirnya dia mencapai tudung. Tembikar yang hampir selesai diwarnakan digeser ke tepi. Dia ke sinki membasuh berus.
Saat lampu hendak dimatikan, tak semena-mena dia dikejutkan dengan satu bunyi pelik di pintu belakang. Dia menoleh. Kaki lima di luar Bilik Seni yang menghadap ke hutan itu kelihatan sepi.

“Siapa tu?”
Senyap. Tiada balasan.
Bulu romanya tegak meremang. Memang sebelum ni dia pernah dengar cerita-cerita hantu di sekolah itu dari senior-senior. Cerita pontianak di bawah pokok kemboja. Hantu di bilik antoi. Lembaga shower di dungeon. Tapi dia tak pernah nak percaya...
Dia memasang telinga. Cuma bunyi cengkerik yang kembali kedengaran. Langkah perlahan dihala ke pintu belakang. Kepala dijengukkan ke luar.
Tiba-tiba satu tangan pantas menutup mulutnya dari sebelah kiri. Lisa meronta cemas. Sikunya ditekan ke dada penyerang tetapi tindakannya sia-sia. Lelaki itu ternyata lebih tangkas mengelak.
“Lisa, ni saya!” bisik Mier ke telinganya bila gadis itu masih cuba melawan.
Tubuh Lisa kaku mendengar suara lelaki itu. Dia menoleh dengan mulut yang masih tertutup. Jantung terasa dah keluar dari dada.
Setelah pasti Lisa takkan menjerit, Mier  melepaskannya, perlahan-lahan.
“Lisa?” Suara Wani yang baru masuk dari pintu depan menerjah. Sepantas kilat Mier menyembunyikan diri di balik tiang.
“Er…ye..aku kat belakang!” Sahut Lisa, hampir tergagap. Wajah Mier dikerling lantas dia masuk semula ke dalam. Peluh dingin merenik di dahi.
“Aku nak balik dah. Kau nak stay lagi ke?” Mier mendengar bicara Wani dari luar.
 “Ah…haah…” Lisa mengatur nafas.
Wani pandang Lisa, pelik. “Kenapa dengan kau? Macam nampak hantu je. Pucat gila!”
Mulut Lisa bagai terkunci. Nampak hantu lagi ok kot. “Tak ada pape..” Akhirnya dia menggeleng. “Kau nak pergi mana tu?” Tanyanya bila Wani dah berjalan menuju ke pintu belakang.
Wani mengintai ke luar, curiga. Setelah pasti tiada apa-apa di situ, dia kembali semula ke meja kerja. “Jomla balik sekali,”
“Kau balik dulu. Aku nak habiskan ni sikit je lagi,"
 “Ok. Jangan balik lambat sangat,” Begnya dicapai.
Lisa angguk.
Sebaik bayang Wani hilang, dia kembali ke pintu belakang. Mier keluar dari balik tiang bangsal bilik KH.
Hening.
“Macam mana boleh masuk sini?”
“Adalah…”
“Baik awak pergi, sebelum saya panggil guard,”
“Awak takkan…” ujar tenang Mier. Nak cakap kat kawan dia pun dia tak sanggup…
Lisa gigit bibir. Dibiarkannya Mier di luar.
“Awak…” Mier berdiri di muka pintu, tak sampai semeter di belakang gadis itu. “Saya datang… nak minta maaf,”
 Lepas jumpa minggu lepas kat dewan, dia dah tak mampu tahan rasa bersalah. Cuma dua minggu sekali mereka dibenarkan outing, dan untuk menunggu seminggu lagi, dia memang dah tak sanggup. Akhirnya dia nekad buat kerja gila.
Lisa berpusing semula menghadap Mier. Tak dapat dia bayangkan macam mana lelaki itu boleh lepas masuk kawasan AQC. Hatinya makin terusik bila melihat kedua-dua tangan Mier berbirat merah.

 “Saya dah lama maafkan…”
Dada Mier terasa lapang. Bagaikan ada batu besar yang dialihkan dari bahunya bila mendengar ungkapan dari mulut Lisa.
Lisa mencapai kotak First Aid Kit di tepi pintu. Kapas dan betadine dikeluarkan dan disua ke Mier. “Lap luka tu,”
Mier membelek tangannya. Baru sedar kesan calar dawai tajam waktu melepasi pagar tadi memberi rasa nyeri. “Tak payah. Sikit je ni,”
Lisa menuang cairan kuning tadi ke kapas putih. Sikit apa kalau dah darah sana sini…

“Auwww…! Pelan-pelan la, wak..” Muka Mier berkerut.
Gerak tangan Lisa berubah perlahan. “Bunyi macam tough sangat tadi...” Suaranya lebih lembut berbanding tadi. 
Mier sengih tawar.  Diam-diam dia mencuri pandang pada sebujur wajah di depan. "Saya rindu awak..."
Tangan Lisa bergetar. Kapas tadi diletakkan ke tepi dengan serta-merta. Mata Mier menggambar sesuatu yang sukar ditafsir. Dia berdiri.

"Baik awak balik..." Tuturnya perlahan.
Mier senyap.
Pap! Keadaan tiba-tiba menjadi gelap. Kedua-duanya tersentak. Lisa memusingkan kepalanya ke kanan, melihat lampu blok tingkatan lima yang turut terpadam sama. Black out?!
Derap tapak kaki dan suara pak guard yang sedang berjalan ke arah Bilik Seni kedengaran. Mereka saling berpandangan dalam pekat gelap. Lisa telan liur. 

Wednesday, October 19, 2011

my anticoagulant 11



Petang itu cuaca mendung. Lisa yang baru selesai bermain petanque mendongak ke langit bila titisan hujan mula mengenai tangannya. Guruh berdentum beberapa kali, menemani hujan yang makin lebat.
Dia berlari mencari tempat berteduh, bersama-sama beberapa pelajar lain yang sedang beriadah di padang. Setibanya mereka di laluan berbumbung, hujan deras membasahi bumi AQC.
“Amni baliklah dulu. Nanti akak bawak pergi dungeon,” katanya pada seorang junior yang dah kebasahan membawa bakul berisi bola petanque bersama.
 Junior itu mengangguk lega. “Thanks kak!”

Bola petanque dikira cermat. Serentak dengan itu, sayup-sayup lagu ‘My Memory’ versi piano dari dalam dewan menyapa telinga.
Terhenti dia di situ.


Di dalam dewan, sepasang tangan  menari di atas chord piano, mengintrepretasikan sheet music di depannya menjadi nada-nada indah di telinga. Gerakannya natural dan penuh karisma. Tenang, setenang hati pemainnya.
Bunyi hujan dan guruh di luar dewan seakan menggamit memori di Fraser’s Hills tempoh hari.  Sekilas ingatannya melayang pada kejadian semalam.
Satu tumbukan mengenai pelipis kirinya, sebagai balasan dari Rauf.
“Lisa tu adik aku la, ngok!”
Matanya terpejam rapat, sementara tangannya masih tekun bermain.
Balik dari outing semalam, dia terus mencari Rauf di bilik. Dekat sejam dia tunggu di tangga depan pintu B7. Menjelang Maghrib, baru bayang senior yang tua setahun itu muncul.
“Kau nak apa lagi?”Sudut mulut kanan Rauf  masih bengkak.
Rasa bersalahnya melangit. “Asal tak bagitau?”
“Dah kau tak tanya…”Selamba Rauf membuka pintu bilik.
Dia terdiam seketika. “Aku minta maaf…”
Rauf tarik nafas dalam-dalam. Dia tahu bukan dia yang sepatutnya bengang. Memang dia yang sengaja buat Mier salah faham. 

“Aku tau kau suka dia, and aku tau kau just nak protect dia…” ujarnya perlahan.

Lisa menapak masuk ke dalam dewan melalui pintu kiri yang tidak berkunci. Dewan itu suram. Satu-satunya cahaya yang menyinari menerobos dari lubang ventilation fan di balik pentas. Bunyi piano kian jelas terdengar.
Hood?
Dari bawah, kelibat Hood kelihatan di sebalik grand piano sisi kanan pentas. Ralit bermain, tanpa menyedari kehadiran Lisa di situ.  Bakul tadi diletakkan di tepi. Tanpa sebarang bunyi, dia melabuhkan punggung di anak tangga.
Alunan irama sentimental itu dihayati hingga ke akhir. Dewan sepi setelah Hood berhenti.
Lisa tetap membatu, terpesona. Diam-diam dia mengagumi bakat Hood. Selepas Kak Adyn, tugas di bangku pemain keyboard diambil alih gadis itu. Mengiringi lagu kolej, lagu Negeri Sembilan dan Negaraku yang dinyanyikan warga AQC setiap kali perhimpunan. Persembahannya tak pernah menghampakan setiap kali ada acara yang melibatkan rumah atau tingkatan. Memukau!
Tidak lama, irama piano berganti. Mata Lisa tertancap pada mic yang terletak di tempat emcee.
‘Saat ku merindukan dirimu…’
Bunyi piano tadi terhenti. Terkejut agaknya mendengar suaranya berkumandang menerusi mic.

Lisa menoleh, tersengih. Sesekali nak jiwang tak salah kan?

Mata Hood merenungnya sedetik, lalu dia menyambung. Membiarkan Lisa terus mengiringinya dengan nyanyian.

‘Jiwa meronta kau ku damba
Oh gerhana seluruh pancaindera

Ku hilang dalam memori cinta
Membakar dalam seluruh jiwa raga
Hanya kau untukku, kau tiada dua

Senyap.

Mic ditutup.  Lisa menghela nafas panjang. “There’s a saying…” ujarnya. “It says, ‘Life is like a piano. The white keys represent happiness, black keys represent sadness. But as you go through life’s journey, remember that the black keys make the music too’,” Dia berhenti sejenak di situ.

Akhir-akhir ini dia rasa lebih tenang. Dada tak sesak macam selalu. Migrain pun dah jarang menyerang.

Pintu utama dewan tiba-tiba dibuka.
 “Apa awak buat kat sini?!”
Lisa bingkas bangun, terkejut. Kelibat yang disangkanya Hood tadi turut berdiri. Dia terpaku. Mier!  
“Saya tanya, kamu buat apa berdua-duaan kat sini?!” Suara Cik Hasnita memetir lagi.
 “Kami bertiga dari tadi, cikgu. Ini kembar saya,” Tiba-tiba suara Hood di belakang Mier menerangkan.
Cik Hasnita mendegus. “Kenapa pula kembar awak ada sini? Siapa bagi awak permission guna hall?!”
“Puan Rokiah yang bagi. Saya practice piano untuk majlis perpisahan Encik Junaidi. Abang saya datang tolong,”
Wajah warden yang terkenal cengil di kalangan pelajar AQC itu bertambah ketat bila mendengar nama ketua warden disebut. “Waktu melawat habis sejam lagi. Jangan sampai kembar awak tak keluar kolej by 6.30.Lepas guna susun balik kerusi. And no mic!”
Lisa diam memerhati warden itu pergi dengan pandangan mata. Pandangannya beralih pula kepada pasangan kembar di atas pentas. Kepala terasa berpusing.
Semua yang selama ni menjadi tanda tanya bagaikan tercantum jawapannya di depan mata.
“Lisa…” Hood cuba bersuara.
 “Malam tu...” Lisa memotong perlahan, sebelum sempat Hood meneruskan kata.   Mier Izzudin. Mya Asyikin… Kenapa selama ni dia tak terfikir?!  “It was him, wasn’t it? Dia yang ganti jadi Megat….”
Hood mati kata.