Monday, August 1, 2011

my anticoagulant 6


“Namun setelah kami kaji dan kami teliti, terdapat kelemahan dan ketidak-relevanan usul kerajaan pada hari ini. Dengan izin Tuan yang Dipertua, saya mohon meminda frasa…” Sedang dia memulakan kalimat pendahuluan, matanya menangkap kelibat seseorang di barisan penonton.
Lidah tiba-tiba kelu.
“Ehemmm…” Fiza berdehem beberapa kali. 
Lisa menoleh. Seluruh dewan masih menanti butir bicara darinya. Fikiran yang tak menentu cuba ditenangkan. Dia menyambung perbicaraan.

“Kenapa dengan kau, Lisa? Lately ni aku tengok kau banyak menung. Selalu hilang focus. Tadi pulak masa lawan SASS, tiba-tiba kau macam kena sumpah jadi batu. Freaky, tau tak?!” Elle mengomel.
Mereka berjalan beriringan menuju ke aspuri. Fiza dan Yanty sudah terlebih dahulu pulang.
Lisa hembus nafas. “Aku pun tak tau…”
Hari ini masuk hari keempat mereka berkampung di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Pahang. Pasukan debat Bahasa Melayu kolej baru sahaja mengesahkan tempat ke semi final sementara pasukan debat Bahasa Inggeris mereka masih mempunyai satu pusingan untuk dilangsaikan malam nanti.
 “Ada problem ke? Nak share dengan aku?” Tanya Elle lagi. Keadaan Lisa buat dia betul-betul risau. Mujur menang tadi. Kalau tak…
Petang itu cuaca redup. Di gelanggang bola keranjang, pertandingan sedang rancak berlangsung.
Lisa menghentikan langkah.
“Lisa? Kau nak tengok ke?” Tanya Elle yang baru perasan Lisa sudah ketinggalan beberapa tapak di belakang.
“Baliklah dulu. Aku nak jumpa someone kejap,”
Elle mengangguk lalu melangkah pergi.
Wisel penamat berbunyi bila dia sudah semakin menghampiri gelanggang. Sorak gembira dari pasukan yang menang bergema.

“Ada apa nak jumpa saya?” Tanya Mier. Terkejut bila Hairul kata Lisa nak jumpa. Peluh yang bercucuran di dahi diseka dengan bahu tshirt.
Sekilas tubuh Mier dipandang. Pemuda itu tampak tegap bila mengenakan sleeveless tshirt. Kulitnya kemerahan dibakar mentari.
Lisa melancarkan tekaknya. Matanya dilarikan jauh-jauh. “Congrats,” Meluncur kalimat itu dari bibirnya.
 Riak Mier berubah. Satu senyuman mekar di wajah.
“Saya nak mintak tolong,”ujar Lisa lagi.
“Tolong?”
“Tolong jangan datang tengok saya debate lagi,” Laju dia mengungkap.
Mier pandang wajah Lisa lama. “Kenapa tak boleh?”
“Saya tak suka,”
“Kalau saya datang jugak?”
“Awak tak faham bahasa eh?” Tanya Lisa, tak senang. Terdengar bunyi-bunyi usikan nakal dari bangku pemain SDRA. Dia cuba buat tak endah. Kalau tak jumpa sekarang, entah bila lagi aku boleh jumpa dia. “Please, jangan tengok,”
Sengih Mier terbit.“Mati kata bila saya ada?”
Darah terasa naik ke muka Lisa.
 “Macam yang awak rasa sekarang?” Mier sengaja menguji lagi.
Sekali lagi, lidah Lisa kelu. Dia, yang selama ini jaguh berbicara dan berdebat di khalayak ramai, tiba-tiba hilang punca untuk bersuara. Kenapa sengkuang ni berani sangat ni? Aku bagitau Hood baru tahu!
“Kenapa diam?”
Lisa tak menjawab. Kerlingan mautnya menyinggah, sebelum langkahnya laju meninggalkan Mier di belakang.
Mier cuma memerhati Lisa pergi. Dia menarik nafas.
Rauf yang suruh saya tengok-tengokkan awak...


“Lisa, jom makan maggi!”
Lisa masuk ke dalam dorm. Elle, Yanty dan beberapa teman mereka dari sekolah lain sudah berkumpul dan bersila di tengah-tengah dorm, mengelilingi sebuah baldi merah. Hidungnya menangkap bau maggi kari.
Baldi itu ditenung.
Dia cepat-cepat menutup mulut, menahan rasa loya dari tekak.
Yuyun, teman satu dorm mereka dari STF ketawa. “Kitorang dah berus bersih-bersih la baldi ni. Tak jumpa mangkuk. Jom join…”
Laju dia menggelengkan kepala. “No, thank you,”
“Tak nak sudah,”
Lisa ikut duduk bersila, melihat teman-temannya menikmati maggi mereka beramai-ramai. Jaja dan Fira, pemain bola keranjang dari SEMESTA yang jarang kelihatan di dorm juga tak ketinggalan. Sesekali gelak ketawa dan perbualan mereka mengisi ruang.
Menyertai pertandingan debat sehingga ke peringkat ini bukan saja menambah pengetahuan dan mempertajamkan penguasaan berbicara, tapi turut menambah kenalan yang berbagai ragam dan mempererat silaturrahim di antara pelajar SBP.
“Kau jumpa Mier eh tadi kat court?” Fira tiba-tiba bertanya.
 Terkejut Lisa dengan pertanyaan itu. “Ah…” Perlahan dia menjawab.
Tumpuan semua temannya sudah terarah penuh pada Lisa.
“Boyfriend kau ke?” Tanya Fira lagi.
“TAK!””
Elle sengih. “Kau tanya salah orang la. Perempuan ni arteri hati dia banyak tersumbat. Arteriosclerosis...” Kuah kari itu dihirup lagi. “Agaknya kena cari lelaki yang ada anticoagulant-factor baru dia normal…”
Belakang tubuh Elle didebik kuat.
“Auww…sakit la ngek!”
“Mulut tu memang nak kena cili api, kan?” Degus Lisa.
Yanty, Jaja dan Yuyun ketawa.
“Mulut bertih jagung aku ni la yang tolong korang menang petang tadi,” Elle menjawab lagi. Selamba.
Lisa senyum. Betul la jugak. “Cakap pasal cili api, aku nampak ada pokok cili api kat bawah,” Dia mengalih pandang pada Jaja, penghuni asli blok aspuri yang mereka diami sekarang. “Siapa yang tanam pokok tu? Nak petik 4-5 biji boleh tak?”
Jaja sengih. “Ambil je la. Makcik cleaning service aspuri yang tanam. Dia pernah kata kalau nak, ambil je,”
 Senyuman Lisa makin melebar.
“Tu takde lain nak makan dengan maggi ayam. Kau sakit perut esok, aku sekeh sampai lunyai…” Elle memberi amaran. Faham sangat dengan selera tekak Lisa.
“Makan maggi dalam baldi penuh daki tu tak sakit perut la?” Dia membalas.
“Dah basuh la!”
“Budak AQC ni memang garang-garang ke?” Yuyun naik kening.  
“Memang. Mak tiri sorang-sorang..”Yanty menggetus.


Lisa duduk sambil mengerling ke jam di dinding. Sudah hampir 30 minit pertandingan debat semi final itu berlangsung. Mereka berperanan sebagai kerajaan yang membawa usul  ‘Penggunaan Internet Menyebabkan Masalah Sosial yang Berleluasa Di Kalangan Masyarakat’.
“Anda sering melayani internet?” Rashad, Pembangkang Ketiga memandang tepat ke arahnya yang baru sahaja mengajukan pertanyaan menerusi izin laluan.
“Ya,”
“Dan anda masih bertudung?”
“Ya,” Muka Lisa dah pelik.
“Lihatlah Tuan-Tuan dan Puan-Puan.  Perdana Menteri kita di barisan kerajaan masih lagi bertudung, masih lagi mengamalkan adat timur dengan budi bahasa dan bersopan santun. Yang menyejukkan hati bakal-bakal ibu mertua di luar sana. Mana mungkin kita mengatakan penggunaan internet dapat menyebabkan masalah sosial di kalangan masyarakat. Tuan Yang Dipertua…”
Muka Lisa merah menyala. “Izin laluan, Yang Berhormat.  Izin laluan…!” Serentak dia , Elle, dan Yanty meminta.
Rasyad tidak menghiraukan mereka. Melanjutkan hujah dengan penuh bergaya…
Nun di hujung sana, Lisa lihat Mier tersengih.
Mier menyilangkan kedua-dua kaki. Santai membalas renungan tajam Lisa. 

7 comments:

  1. Lagi lagi dan lagi, please :)

    ReplyDelete
  2. semakin best! semakin best! bagi impak betul....

    ReplyDelete
  3. hahahaha...sopan santun memikat hati bakal mak mertua..x bleh blah pnya ayat..cayalah..
    oit lisa ngn mier ni dan ag eh duk main jeling2 ni..
    juling kang..
    haha..nak lagi dan lagi..
    xyz~

    ReplyDelete
  4. kenapa pendek sangat x puas..
    tapi so sweet... layannn..

    ReplyDelete
  5. adoyai,ketagihan lar..next!

    ReplyDelete
  6. sukee sangat!!!!

    ....suka mier-lisa.....suka masak maggi dlm baldi, rindu time dok asrama dulu2.......suka sangat time lisa terkena masa debate tu......

    harap cepat dpt baca n3 baru...!!!!

    ReplyDelete
  7. Bila boleh baca lagi ni? terujalah...

    ReplyDelete