Friday, June 24, 2011

my anticoagulant 2


“Ikan gelama di sungai dalam
Perahu mudik ke Tanjung Belia
Tujuh purnama kasih kupendam
Mengharap adik masih setia

Dia melirik pada Terawis di pangkin. Bunga kenanga yang kembang di pohon dipegang, lalu dia membalas.

“Petik sayur si daun maman
Makan berulam daun pegaga
Habis tahun berganti zaman
Kasih kekanda kunanti jua”

Megat Terawis bangun menghampirinya.

“Bunga rampai di dalam puan
Buluh perindu di atas gunung
Adakah sampai kepadamu tuan
Rindu kekanda tidak tertanggung”

Seisi dewan ralit menonton adegan mereka. Penuh romantis dalam kiasan dan santun.

 Dia menarik nafas.

“Burung merpati terbang melayang
Singgah sebentar di pohon meranti
Rindu hatiku bukan kepalang
Wajahmu tuan termimpi-mimpi”

Terawis tersenyum.

“Sayang Musalmah pergi ke taman
Hendak memetik sekuntum bunga
Sudah ada dalam genggaman
Bilakah dapat hidup bersama?”

Lembut  anak muda itu menutur pertanyaan, sambil tangannya jatuh di bahu Che Kamsiah. Pandangan dijatuhkan pada seraut wajah di depan mata.

Tangan itu terasa agak kaku pada mulanya. Dan entah kenapa, ada perasaan halus menyelinap.  Darah terasa mengalir laju. Jantung berdegup kuat. Cepat-cepat, dia menundukkan wajah. Senyuman malunya tergaris di bibir.

“Anak campuran Cina-melaka
Pulang ke rumah di Bukit Pekan
Andai kena dengan cara
Nyawa dan badan dinda serahkan”

Dia menuruni tangga, keluar dari dewan. Degup kuat jantung tetap tak reda...


Lisa tersedar dari lamunan bila Elle menepuk bahunya dari belakang.

“Panjang menung? Ingat mamat debater nombor 3 tu tadi ke?” Elle meletakkan gelas teh aisnya ke meja. Sampai je kolej tadi, dia dan Lisa menyinggah ke kantin.

Dia senyum.  Pangkal hidung diurut. “Please la…”

Kalau aku bagitau aku teringat romantic scene dalam play hari tu, mau haru!

Elle ketawa. Blazer pengawas dan begnya dialihkan di kerusi sebelah. “Eh, hi Hood!” Dia menyapa sebaik sahaja melihat kelibat Hood di kantin petang itu.

"Hi,"

Leher Lisa dilipat ke belakang.

“Kau dah ok ke?”

“Erm. Haah. Ok dah kot,” Hood meletakkan buku bio atas meja mereka. Baru balik prep petang.  “Seminggu jugak aku melangut kat rumah. Semalam balik kolej. Macam mana debate?”
Kedua-duanya tersengih sungging.
“Kalau dah terdengar lagu kolej gegak gempita time bas masuk AQC tadi, faham sendiri la,” Balas Lisa.
Hood gelak. Adat budak kolej. Berita gembira bila menang akan dikongsikan sebaik sahaja kaki dijejakkan ke bumi Bukit Merbah. Biasanya supporters yang lagi semangat. Excited nyanyi sampai nak terkeluar anak tekak. Automatik satu kolej akan tahu.
“Congrats!”
Mereka senyum.
“Thanks,” Teh ais di depan mata disedut sehingga habis.“Lisa, aku balik dorm la,eh?”
“Tak makan?”
Elle geleng. “Tak jadi la. Nak mandi, sembahyang. Pastu nak qada’ tidur!”
“Kau naik la dulu. Aku kena makan jugak. Lapar sangat. Tadi cuak sampai tak lalu,” Balas Lisa. Tie di leher kemeja prefect dilonggarkan. Patut still rasa nak tercekik dari tadi. Teruja menang sampai lupa nak bukak.
 “Aku pun nak makan la…” Hood mengikat rambutnya.
“OK. Aku naik dulu eh.  Oh, Lisa, aku dapat permission warden tadi. Malam ni prep kita optional. Pass kan kat Fiza and Yanty, ”beritahu Elle pada Lisa.
Lisa mengangguk. Kelas prep optional, bermakna suka hati nak datang prep ke tak. Biasanya pilihan hati memang tak pergi la. Boleh duduk room. Rest.
“Kau nak makan apa? Aku ambilkan sekali,” ujar Hood pada Lisa sambil berdiri selepas Elle pergi.
“Tak silap aku ada bau Ayam Masak Merah tadi. Nasi separuh. Sayur apa-apa je. Thanks,” Lisa sengih. Berterima kasih sangat dengan pelawaan Hood. Dah tak larat nak berdiri. Kalau boleh tidur kat sini lepas makan, memang aku buat jugak…
Tak lama kemudian, Hood datang membawa dua piring nasi dan lauk yang sama. Masing-masing makan tanpa banyak cakap.
Dia dengan Hood memang tak rapat sangat. Kelas lain-lain dari tingkatan satu. Dorm pun tak pernah sama. Hood ada clique yang gila-gila. Dia pula jenis yang serious punya manusia. Memang clash…
Hood, aku tanya kau something, boleh?” Dia memecah hening.
Hood gelak. “Tanya je la,” Pelik la dia ni. Dah biasa kena cakap ‘Izin laluan’ agaknya…
“Malam tu, masa kat lounge, kira betul la kau dah kena Conjunc, kan?”
Hood terdiam.
“Tapi kenapa masa play, mata kau sihat wal afiat?” Berhati-hati Lisa mengeluarkan pertanyaan yang buat dia tak henti berfikir dari hari tu. Mata Hood masa on stage tak merah langsung! Ada satu kemungkinan je yang bermain di kepala. Tapi, rasanya mustahil sangat-sangat. Langsung tak logic!
“Actually, aku nak confess something dengan kau. Tapi, please jangan bagitau orang,”
Mata Lisa tak berkedip. Confess apa?
“Sebenarnya, aku…” Muka Hood serius. “ ada gen Edward Cullen sikit-sikit,” Bibirnya melakar sengih.
Wajah Lisa berubah ketat. Main-main la perempuan ni!
“Kau salah tengok kot masa tu. Aku duty kat sickbay malam lepas play. Masa tu yang kena jangkit,” Hood menyedut air blackcurrent sampai habis.
Sudu dan garfu di tangan masih pegun tak bergerak. Makes sense. Hood memang prefect sickbay. Tapi, mata dia sendiri tengok mata Hood kat lounge merah. Tak kan salah?
Soalan yang bermain di kepala dibiarkan berlalu.

Mier Izzuddin duduk menekur lantai.  
“Tolong aku, Mier…”
“Kau gila ke apa?!”
“Even mummy dengan daddy pun susah nak beza. Outing bermalam hari tu, kau dah banyak tolong aku practice kat rumah. Aku tau kau dah hafal semua skrip aku, acting aku. Siap practice silat Tok Chik lagi. Kau kan suka gila bab-bab filem Melayu klasik ni…”
“Kalau kena tangkap, macam mana? Ni rambut kau ni, tunggu tiga tahun lagi pun belum tentu rambut aku sepanjang ni…!” Sempat dia buat lawak keras.
“Aku ada wig. Takkan kantoi punya. Yang penting confident! Please la Mier ..."
WIG?!! Betul la kembar aku ni dah mereng! "Kau bukan sakit nak mati sampai tak boleh berdiri pun..."
"Aku kesian je dengan Lisa. Next week dia ada debate PPM Zon Selatan lagi. Kalau kena jangkit tak pasal-"
Wait…“Lisa siapa pulak ni?”
“Lisa Adelina. ‘Heroin’ aku,”
Masa tu, macam ada kuasa yang suruh dia terima idea gila Mya.
Dia dan Mya  twins. Bila Mya berpakaian lelaki, muka hampir seiras Mier .  Cuma air muka Mya lebih lembut dan rambutnya yang panjang mengurai menampakkan sisi ayu seorang gadis.
Malam tu, dia cuma menemankan Rauf fly. Ingat nak pekena roti canai dengan mee goreng mamak kat mapley depan Terminal One. Last-last kena tarik buat lencongan ke AQC. Satu-satunya sekolah yang dia tak teringin nak pergi!
Tambah tak sangka lagi, bila nampak Lisa berbual mesra dengan Rauf dalam hall lepas dia balik dari toilet. Gadis Ketua Pembangkang masa elimination round dulu tu ke awek Rauf?! 


“Sejak bila kau pandai panjat sini?”
Dia menoleh ke Rauf. Terkejut.
Panjang umur!
“Port kau ke? Aku tengok lubang ceiling tu boleh bukak, aku naik ah,” Balas Mier. Lima bulan pindah sekolah ni, macam-macam rules dia dah langgar.
 Rauf duduk bersila di tepi Meir.  Sejak join outbound kat Lumut March lepas, dia dengan Meir kamceng. Otak boleh masuk… “Dah lama tak naik sini. Dulu pernah kantoi dengan MJ,”
Dulu, panjat atap blok akademik memang satu kewajipan yang tak boleh miss tiap malam Jumaat. Masa tu je yang warden jarang nak check dan tak ada prep.
“Tak smoke pulak?” Selalu kalau ada Toi dengan Apis, hidungnya dah kena share bau asap.
Mier geleng kepala. “Memang tak smoke,”
Kening Rauf terjungkit sedikit. Impress kejap kat situ. Sebab benda-benda lain dia langgar je dalam sekolah  ni.

Masing-masing diam. Sesekali bunyi cengkerik kedengaran.

“Lisa tak boleh balik sekali. Debate PPM masa cuti ni,”
“Make sure lepas habis terus balik,”
“Ye la…”

Rauf mengeluh perlahan.

Hujung mata Mier dipicingkan ke Rauf. “Apasal kau? Rindu budak AQC tu ke?”
Ketawa Rauf lepas. Perlahan.  “Ha’ah,” Tiba-tiba ingatannya kembali pada malam Sabtu sebulan yang lepas. “Eh, hari tu yang tarik tangan kau, kembar kau eh?”
“Kau nampak?!” Mier terkejut.  Mampus!
“Nampak la,”
 “Jangan bagitau orang weh,”
Rauf naik pelik. “Kenapa?”
Tangan Mier mencabut rumput yang hidup terselit di celahan simen rooftop. “Tak... aku dengan dia, kitorang tak suka orang bandingkan kitorang berdua. Dari kecik…”  Bicaranya terhenti seketika. Malas pulak nak masuk memory lane yang tak best.  “Masuk sekolah menengah, dia pergi AQC, aku kat VI. Baru macam lega sikit. Bila tau aku dapat sini lepas PMR, we made a pact. No contact whatsoever in Seremban area. Unless if it’s urgent,”
Otak Rauf tak henti berpusing. Patutlah macam cacing kepanasan je hari tu masuk AQC. “Hari tu kira terdesak la?”
Mier diam.
Rauf menyembunyikan sengih dalam kegelapan malam. Sekarang dia dapat mengagak apa yang dia nampak dan dia tak mahu tanya banyak. Sendiri main api, sekarang gasak!
“Rauf, awek kau tu debater AQC,kan?” Spontan Mier gigit lidah. Dah banyak kali hati meronta suruh tanya. Tapi otak cakap jangan. Payah!
Rauf senyum segaris. Kan aku dah agak! “Kenapa?”
“Aaar? Erm… masa elimination round debat PPM-yang aku kena dare dengan Tajul tu, aku rasa macam dia…”
Rauf rasa nak ketawa. “Kau ke sengkuang yang mintak ‘izin laluan’ tengah-tengah ucapan penggulungan?”  Dia memang tak ambil tahu sangat penglibatan sekolahnya dalam debat Bahasa Melayu PPM. Tapi kalau dengar cara Lisa bercerita, memang nampak sangat dia hot gila dengan budak tu.  Mier Izzudin rupanya…
 “ ‘SENGKUANG’, DIA PANGGIL  AKU?!”
Senyuman makin lebar di bibir Rauf. Dia menepuk bahu Mier. “By the way, kau pergi PPM nanti untuk basketball,kan? Tengok-tengokkan dia untuk aku. Aku sayang dia sangat-sangat…” Rauf bangun.  “Blah dulu. Assalamualaikum,”
Mier menjawab dalam hati.
‘Aku sayang dia sangat-sangat…’
Air mukanya berubah lepas bayang Rauf hilang. Dia tarik nafas dalam.
Badan direbahkan. Mengadah ke langit malam yang penuh dihiasi bintang.
Lisa Adelina.
Kenapa balik-balik wajah itu yang terbayang?







canna: credit Pantun Berkasih Melayu Klasik:)

Tuesday, June 21, 2011

my anticoagulant 1


Suasana dalam lounge Block C hingar-bingar selepas selesai solat Maghrib berjemaah di musolla. Masing-masing sibuk dengan persediaan terakhir menjelang pertandingan malam itu. Satu backdrop dan kebanyakan props sudah mula dibawa ke belakang dewan.
“First formers, second formers and fourth formers yang under ‘Backdrop’, tolong angkat second backdrop pergi hall now!”
“Che’di, ‘pokok’ ni nak bawak sekali sekarang ke?”
“Siapa yang in-charge lightings and sound effect, Mr Tan panggil nak briefing depan Block A!”

Pelakon dan penari pengisi slot side show masih sibuk mengenakan kostum masing-masing. 

Di tengah-tengah keriuhan, Lisa memandang wajahnya di cermin. Lama.Ada citra seorang gadis Melayu yang manis. Santun lagi ayu. Aku ke ni? Dia menggeleng kepala. Terasa nak muntah.
“Dah. Jangan usik lipstick tu!”G-ha menegah, bila melihat tangan Lisa sudah naik ke wajah. Aku patahkan jugak tangan tu kejap lagi!  Buat penat je sepenuh komited dia menjalankan kerja.

“Geli la. Merah sangat,” Tangan tetap menenyeh lipstick yang memerahi bibir sehingga hilang.
Akhirnya G-ha  cuma mampu menggelengkan kepala.  Arif sangat dengan perangai teman yang satu ini. Hitam-kata dia, hitamlah.
Lisa sengih lemah. Dia duduk bersandar di sofa yang tenggelam  di celah-celah props teater. Nafas ditarik dalam. Penat! Tubuh rasa tak berdaya sangat. Dah seminggu dia tak cukup tidur.

“Dah la hari tu kau suruh aku buat skrip untuk play ni dalam masa sehari. Hari ni kau nak suruh aku ganti budak tu jadi heroin pulak…” Geram tak terhingga dia semalam.
Ada ke suruh aku jadi Che' Kamsiah! Takde orang lain lagi ke?!

“Please la, Lisa. Aku tak tau nak handle macam mana dah,”Pujuk Syud lembut. Sebagai pengarah teater yang dilantik house committee Tun Fatimah, dia sedaya upaya menjalankan tugas dengan penuh amanah. Tapi, makin dia mencuba, banyak pulak masalah yang datang bertimpa-timpa.

Takat ni, dah 3 kali giliran guna hall mereka dibatalkan sebab ujian dan perhimpunan. Semalam rangka backdrop patah, sampai terkoyak sebelah. Hari ni si Fatin tu pulak kena Conjunctivitis!
Lisa mengeluh. “Kau tahu kan debate kitorang next week?”
“Tahu. Kalau aku tak desperate, aku tak minta tolong. Kau datang practice sekali je esok pagi, masa full rehearsal. Aku tau kau boleh. Skrip tu pun kau yang buat. I trust you already know it by heart…?”
Bukan dia tak tahu Lisa dah sibuk sebagai debater yang hari-hari bersengkang mata buat research dengan team dia. Tapi dia betul-betul terpaksa. Lisa memang berbakat besar dalam penulisan kreatif. Satu batch tahu  tak ada siapa yang boleh lawan Lisa dalam bab sastera. Dan pada Syud, cuma Lisa yang layak pegang watak heroin. Seribu kali lagi layak dari budak form two tu.
Lisa terdiam. Dengan Syud, dia memang tak boleh kata tidak. Syud terlalu baik. Hakikatnya, kebaikan Syud  sebenarnya yang jadi senjata. ‘Paksa’ Syud, paksa halus. Lembut. Dia yang keras hati pun boleh cair.

Tombak tiruan yang diperbuat dari crumpled paper berwarna silver di sebelah dibelek dengan pandangan kosong. 

Pertandingan Teater Bangsawan. Satu acara tradisi Kolej Ampuan Qaisarah. Format pertandingan tahun itu sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Empat rumah merebut gelaran juara. Tun Fatimah, Siti Zawiyah,Mahsuri dan Selindang Delima.

Kalau English Drama yang dipertandingkan antara tingkatan meningkatkan semangat berpasukan intra-batch, teater bangsawan pula menuntut semangat yang sama dari inter-batch. Tahun ini, tiba giliran mereka sebagai pelajar tingkatan empat menerajui rumah masing-masing. Pelajar tingkatan lima dan tingkatan tiga selalunya sudah direhatkan dari sebarang aktiviti kokurikulum menjelang tengah tahun. 

 “G-ha, baju aku koyak …” rungut Hood, laju menuruni tangga dari dorm.
Lisa mengerling Hood yang dah siap berbaju melayu dengan sehelai kain hitam diikat di kepala. Tak ubah anak muda zaman dulu. Kena dengan peranan Megat Terawis yang dipegang. Hood memang free hair. Rambutnya yang separas bahu dilepaskan, seperti biasa.
Sekali pandang malam tu, memang orang tak akan perasan yang Hood sebenarnya perempuan. Kecantikannya tersembunyi di balik imej ‘tampan’.
Dah nama sekolah berasrama penuh perempuan. Heroin perempuan, hero pun perempuan!
Apa pun, wajah Hood malam itu mengingatkannya pada seseorang. Lisa meneliti Hood lebih lama dari jauh. Sama sangat! Macam mana selama ni dia tak perasan?!
“Jahitlah sendiri. Tu ada jarum dengan benang...” balas G-ha lembut.
“Mana aku reti….” Hood kerut dahi. Muka aku, menjahit? Baik-baik baju ni boleh pakai, karang jadi kain lap!
“Suruh Hanan jahitkan. Aku tengah busy,”G-ha masih tekun mencalit make-up pada Pa’an, junior mereka yang memegang watak antagonis, Tengku Lela Pahlawan.
Hanan yang sedang memasangkan headgear pemain caklempong menoleh. “Ni ada lima orang lagi, kalau kau nak tunggu…”
Syud awal-awal dah angkat tangan. Walkie talkienya berbunyi lagi. Terdengar suara Fina yang berada di dewan. Sesekali dia mencelah dan memberi arahan, sambil mata masih memerhati anak buahnya bekerja.
Lisa meninggikan kepalanya lebih sedikit dari props batu besar yang menutup pandangan.
“Meh la aku tolong,”
Refleks tubuh Hood tersandar ke belakang. Terkejut. “Bila masa pulak kau jadi penunggu Batu Belah Batu Bertangkup ni?!” Nasib tak keluar bunga silat aku tadi!
G-ha gagal menahan ketawa. Eye-liner yang dipegang hilang orientasi di tangan, mencomotkan wajah juniornya. Pa’an merungut perlahan. “Sorry, sorry,” Tisu dicapai.
 “Very funny,” Lisa tarik muka. “Cepat, tengah aku baik hati…” Tangan Lisa mencapai jarum dan benang yang masih terletak di atas meja bulat. Tempat tu dah macam tongkang pecah!

Hood duduk membelakangi Lisa dan membiarkan bahagian belakang bajunya dijahit.
Kau makan apa sampai koyak baju ni?” 

Hood menyengih. “Kuih cara berlauk  kat dining hall petang tadi. Sedap gila. Rugi kau tak pergi,”
Tak ada pengaruh pun sebenarnya dia makan banyak ke sikit. Badan kurus macam tu jugak. Saja nak bagi Lisa panas.  Sibuk sangat dengan debate dia sampai tak ada life!
Lisa menjeling temannya. Jemarinya masih lincah bekerja. “Dah…” Sikit je pun. Manja yang lebih.
Hood meraba belakang bajunya dengan tangan. “Thanks,” Satu senyuman dihadiahkan.Saat itu, Lisa tiba-tiba terpaku.
“What?” Hood angkat kening bila menyedari perubahan di wajah Lisa. “Aku ‘handsome’ sangat ke malam ni sampai kau tengok aku macam tu?” 
Lisa memandangnya,serius. “Mata kau tu ha, dah berjangkit dengan budak Fatin tu pulak ke…?”
“Hah?!”
Mereka berpandangan sesama sendiri.
Yang lain masih sibuk dengan kerja masing-masing. Tak ambil peduli dengan keadaan keliling.
“Lisa, abang kau datang!”Awa melaung.

Suasana di Dewan Alamanda sudah meriah malam itu. Dia melangkah masuk ke dalam dewan, di celah-celah orang ramai. Tak seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini AQC turut mengalu-alukan kehadiran  ibu bapa dan keluarga pelajar menyaksikan persembahan.
“Buat apa kat sini? Terkejut orang bila Awa bagitau abang datang…” Dia menghampiri Rauf yang duduk di kerusi penonton bahagian belakang dewan. “Dah tak ada kerja sangat kat sekolah tu sampai nak datang tengok Lisa perform?”
Rumah Siti Zawiyah baru memulakan persembahan. Sekejap lagi rumah dia pulak. Ambil nafas…!
“Duduk dulu, boleh tak? Ada ke gitu sambut abang datang?” ujar Rauf lembut.
Lisa menarik sebuah kerusi ke sebelah Rauf, lalu melabuhkan punggungnya. Beberapa orang pelajar di baris depan sempat mengerling ke arahnya. Dia buat tak endah.
 “Mama kata hari ni adik ada teater bangsawan. Saja nak bagi moral support…”
Bibirnya mencebik sinis.  Moral support konon! Macamlah aku tak tau dia nak ambil chance jumpa Aliyya.
“Fly lagi la ni?”
Baru minggu lepas outing bermalam SDRA kalau tak silap. Sama macam outing kolej. Dia dan Rauf je yang tak balik.
Rauf menyengih.
“Bawak-bawak la taubat. Tahun ni nak SPM. Tak takut ke?” Soalnya lembut. Dia yang risau. Dari form one perangai  tak berubah. Macam mana boleh jadi assistant head boy pun aku tak tahu la…
“Kalah Mama la…” Kepala Lisa diluku. “Orang tahulah nak hidup macam mana. Ni nak tanya, sejak bila pandai main teater? Time adik lambai tadi abang ingat perempuan Melayu terakhir mana nak usha!”
Memang nak terkeluar biji mata tengok Lisa berkain batik dan berkebaya. Sehelai kain batik biru tersarung di kepala. Macam dara pingitan desa! Tak rugi aku fly datang Bukit Merbah ni…hahaha
“Something came up. Kena heret jadi heroin,” Kalau tak mengenang house, memang tak adanya Lisa Adelina Anuar nak masuk teater!  “Abang fly sorang pulak? Toi tak ikut?”
“Toi tengok budak orchestra practice,”
Lisa menyengih lagi. Toi…semangat habis dengan band! “Cakap kat dia, sorry la. SDRA tak boleh lawan college!”
“Blah la!” Rauf menjeling.
SDRA. Sekolah Rauf; Sekolah Datuk Rahim Alauddin. Jiran SBP all-boys yang paling dekat dengan AQC. Musuh tradisi secara tak rasmi. Sampai kadang boleh jadi perang kat rumah.
“Mier!” Rauf memanggil seseorang. “Weh, sini…”
Lisa menoleh ke arah orang yang dipanggil abangnya. Darahnya menyirap ke muka. Sengkuang ni!Pandangan Lisa dan Mier berlaga. Api permusuhan panas terasa. Lisa menjeling ke Rauf. Macam mana abang boleh datang dengan dia?!
Mier Izzudin berjalan selamba melewati Lisa.
“Lisa, backstage, now,” Beritahu Achom yang tiba-tiba muncul di belakangnya.
Lisa melemparkan pandangannya sepintas ke Rauf dan makhluk empat mata itu, sebelum berjalan keluar. Langkahnya dipercepatkan, sampai dia tiba ke belakang dewan.
“Lisa, kau nampak Hood tak?” Syud bertanya sebaik sahaja Lisa menyertai mereka di belakang hall. Semua TF members yang terlibat dah berkumpul, menunggu dan memberi laluan ahli rumah Siti Zawiyah keluar.
Keningnya berkerut. “Tadi ada je kat lounge…”
“Tu la. Tadi ada. Tiba-tiba MIA!” Fatim yang in-charge sound effect menambah.
Syud menarik nafas panjang. Boleh hypertension aku macam gini… “Kita tunggu 20 minutes,”
Tiga puluh minit berlalu.

Persembahan selingan dari Tun Fatimah dah nak habis. Backdrop dan props sudah ditata rapi. Tinggal menunggu curtain dibuka. Masing-masing resah. Mana Hood pergi?
“Hood!” Ba'ie hampir menjerit bila melihat Hood muncul. Semua menoleh.
“Sorry. Lambat,” Hood terbatuk-batuk. Dalam kesamaran lampu, bayang Hood kelihatan.
Syud menggeleng kepala. “Doesn’t matter. Cepat. Your scene dah nak start!”
Lisa merenung wajah Hood sekali lagi.
Macam ada yang tak kena.