Sunday, October 23, 2011

my anticoagulant 12


“Aku dah agak dah kau kat sini!””
Lisa tersentak. Dadanya diurut laju. Ya Allah… “Tak reti bagi salam eh?”
“Tau pun terkejut. Duduk lagi sorang-sorang kat sini malam-malam camni,”  balas Elle sambil menutup hidung bila bau turpentine dari bilik KH sebelah menyengat hidungnya.
Malam itu malam minggu. Tiada prep malam. Blok akademik sunyi. Cuma lampu blok tingkatan lima yang menyala selain mereka.

Dah la Bilik Seni ni paling hujung sebelah hutan!
“Tadi Wani ada. Dia pergi kantin kejap,” balas Lisa sambil meletakkan berus catnya ke tepi.
Mata Elle masih tak lepas dari merenung tembikar comel buatan Lisa yang selesai diwarnakan dengan cat acrylic. Ukiran tiga dimensi hidupan laut menghiasi kelilingnya. “Cantik…” ujar Elle.
Lisa senyum segaris. "Thanks," Projek itu projek pertama untuk mata pelajaran Pendidikan Seni SPM. “Tinggal letak mentol, cable, pasang terendak, then poof, jadi lampu tidur untuk bilik budak...” 
Teman baiknya itu menggeleng. “Bila kau kata kau nak ambil subjek ni jadi subjek elektif, aku ingat kau main-main. Tak cukup dengan Prinsip Akaun...” Dia duduk di atas meja.
Lisa tak membalas.

Sekilas Elle dikerling. Baju kurung yang dipakainya semasa dinner dan ke surau tadi dah berganti. Yang kau dengan baju pajama siap bawak Barney Stink-son ni nak pergi mana?” Sesuka hati datang blok sekolah pakai baju tidur...
 Elle sengih. “ Jom teman aku tengok film show. Kau dah siap main kaler-kaler ni kan?” Excited terlebih rasa malam ni nak tengok.
Dua minggu sekali, lori yang membawa projector akan datang menyediakan ‘wayang pacak’ di sekolah mereka. Venue; Dewan Alamanda. Tempat duduk: Free seat, atas lantai jubin.
 “Tak nak,” Seluruh perhatiannya tertumpu pada proses shading dengan cat acrylic yang tersisa.
“Jomla . Ain kata malam ni ‘Ten Things I Hate About You ’...” Elle tak putus asa memujuk.
Tangannya berhenti bekerja. Berfikir dua kali bila mendengar tajuk filem. Hati sapa tak goyah kalau cerita tu...
Elle bangun, sambil tersengih. “Eight thirty, kat hall,”
Lisa melihat jam di dinding setelah Elle berlalu. Pukul 8.15 malam. Dia termangu kejap. Nak pergi ke tak nak?
Akhirnya dia mencapai tudung. Tembikar yang hampir selesai diwarnakan digeser ke tepi. Dia ke sinki membasuh berus.
Saat lampu hendak dimatikan, tak semena-mena dia dikejutkan dengan satu bunyi pelik di pintu belakang. Dia menoleh. Kaki lima di luar Bilik Seni yang menghadap ke hutan itu kelihatan sepi.

“Siapa tu?”
Senyap. Tiada balasan.
Bulu romanya tegak meremang. Memang sebelum ni dia pernah dengar cerita-cerita hantu di sekolah itu dari senior-senior. Cerita pontianak di bawah pokok kemboja. Hantu di bilik antoi. Lembaga shower di dungeon. Tapi dia tak pernah nak percaya...
Dia memasang telinga. Cuma bunyi cengkerik yang kembali kedengaran. Langkah perlahan dihala ke pintu belakang. Kepala dijengukkan ke luar.
Tiba-tiba satu tangan pantas menutup mulutnya dari sebelah kiri. Lisa meronta cemas. Sikunya ditekan ke dada penyerang tetapi tindakannya sia-sia. Lelaki itu ternyata lebih tangkas mengelak.
“Lisa, ni saya!” bisik Mier ke telinganya bila gadis itu masih cuba melawan.
Tubuh Lisa kaku mendengar suara lelaki itu. Dia menoleh dengan mulut yang masih tertutup. Jantung terasa dah keluar dari dada.
Setelah pasti Lisa takkan menjerit, Mier  melepaskannya, perlahan-lahan.
“Lisa?” Suara Wani yang baru masuk dari pintu depan menerjah. Sepantas kilat Mier menyembunyikan diri di balik tiang.
“Er…ye..aku kat belakang!” Sahut Lisa, hampir tergagap. Wajah Mier dikerling lantas dia masuk semula ke dalam. Peluh dingin merenik di dahi.
“Aku nak balik dah. Kau nak stay lagi ke?” Mier mendengar bicara Wani dari luar.
 “Ah…haah…” Lisa mengatur nafas.
Wani pandang Lisa, pelik. “Kenapa dengan kau? Macam nampak hantu je. Pucat gila!”
Mulut Lisa bagai terkunci. Nampak hantu lagi ok kot. “Tak ada pape..” Akhirnya dia menggeleng. “Kau nak pergi mana tu?” Tanyanya bila Wani dah berjalan menuju ke pintu belakang.
Wani mengintai ke luar, curiga. Setelah pasti tiada apa-apa di situ, dia kembali semula ke meja kerja. “Jomla balik sekali,”
“Kau balik dulu. Aku nak habiskan ni sikit je lagi,"
 “Ok. Jangan balik lambat sangat,” Begnya dicapai.
Lisa angguk.
Sebaik bayang Wani hilang, dia kembali ke pintu belakang. Mier keluar dari balik tiang bangsal bilik KH.
Hening.
“Macam mana boleh masuk sini?”
“Adalah…”
“Baik awak pergi, sebelum saya panggil guard,”
“Awak takkan…” ujar tenang Mier. Nak cakap kat kawan dia pun dia tak sanggup…
Lisa gigit bibir. Dibiarkannya Mier di luar.
“Awak…” Mier berdiri di muka pintu, tak sampai semeter di belakang gadis itu. “Saya datang… nak minta maaf,”
 Lepas jumpa minggu lepas kat dewan, dia dah tak mampu tahan rasa bersalah. Cuma dua minggu sekali mereka dibenarkan outing, dan untuk menunggu seminggu lagi, dia memang dah tak sanggup. Akhirnya dia nekad buat kerja gila.
Lisa berpusing semula menghadap Mier. Tak dapat dia bayangkan macam mana lelaki itu boleh lepas masuk kawasan AQC. Hatinya makin terusik bila melihat kedua-dua tangan Mier berbirat merah.

 “Saya dah lama maafkan…”
Dada Mier terasa lapang. Bagaikan ada batu besar yang dialihkan dari bahunya bila mendengar ungkapan dari mulut Lisa.
Lisa mencapai kotak First Aid Kit di tepi pintu. Kapas dan betadine dikeluarkan dan disua ke Mier. “Lap luka tu,”
Mier membelek tangannya. Baru sedar kesan calar dawai tajam waktu melepasi pagar tadi memberi rasa nyeri. “Tak payah. Sikit je ni,”
Lisa menuang cairan kuning tadi ke kapas putih. Sikit apa kalau dah darah sana sini…

“Auwww…! Pelan-pelan la, wak..” Muka Mier berkerut.
Gerak tangan Lisa berubah perlahan. “Bunyi macam tough sangat tadi...” Suaranya lebih lembut berbanding tadi. 
Mier sengih tawar.  Diam-diam dia mencuri pandang pada sebujur wajah di depan. "Saya rindu awak..."
Tangan Lisa bergetar. Kapas tadi diletakkan ke tepi dengan serta-merta. Mata Mier menggambar sesuatu yang sukar ditafsir. Dia berdiri.

"Baik awak balik..." Tuturnya perlahan.
Mier senyap.
Pap! Keadaan tiba-tiba menjadi gelap. Kedua-duanya tersentak. Lisa memusingkan kepalanya ke kanan, melihat lampu blok tingkatan lima yang turut terpadam sama. Black out?!
Derap tapak kaki dan suara pak guard yang sedang berjalan ke arah Bilik Seni kedengaran. Mereka saling berpandangan dalam pekat gelap. Lisa telan liur. 

11 comments:

  1. sangat suspen!!! apa jadi ye??? jgn kena tangkap basah sudah.....

    ReplyDelete
  2. semakin mendebarkan
    what happen?......next plz

    ReplyDelete
  3. arggh!!! takut plak....kena tangkap basah abeslah..huhu

    ReplyDelete
  4. best!best!xsngka mier brani ckp rindu kt lisa..hakhakhak!macho sungguh!!!

    ReplyDelete
  5. Mier betul-betul berani ya..
    Sebab rindu sanggup tangan terluka ...
    Janji hati terubat...
    next ....

    ReplyDelete
  6. alolo sweettooth doc,,lu bikin gue penasaran lor:))hadeh,,xkn kena g sx,,hadoiii next2 :))

    ReplyDelete
  7. ohh dear,mampos lar..

    ReplyDelete
  8. tgkp bsh?aih...sat g lisa benci plak kt mier...err...snanye nk ckp komen yg lpas ni utk episod sblm ni...tp xdan...i like part yg lisa men petanque tu...kehkehkeh

    ReplyDelete
  9. best,,, sambung lagi...

    ReplyDelete
  10. waha....marathon dr bab 1 spai 12, xleh nak stop. giler best citer ni.

    tuan rumah, cepat sambung. jgn biarkan k.org berada dlm debaran mcm ni. tp mier sempat selamatkan dirikan? sure lisa cover baik punyer.

    ~nor..

    ReplyDelete
  11. erk.... saspen..saspen..

    ReplyDelete