Tuesday, August 9, 2011

my anticoagulant 7

“Tahniah. Saya bangga dengan awak semua,” Puan Maria memuji.

Baru sebentar tadi mereka diumumkan sebagai pemenang semi final pertandingan debat bahasa Melayu Piala Perdana Menteri. Terasa berbaloi segala penat lelah yang dicurahkan selama ini. Hanya tinggal satu pertandingan lagi. Peringkat akhir akan berlangsung bulan depan di Kuala Lumpur.
“Terima kasih cikgu. Semua ni berkat bantuan cikgu jugak,”ujar Elle ceria. Lisa, Yanty dan Fiza mengangguk. Kesabaran dan kegigihan Puan Maria memang tak ternilai.
“Oh ya. Pengetua beritahu sebelum dia balik tadi, ada old girl yang nak sponsor hadiah untuk awak semua. Tan Sri Maznah Mansor; dia dah book villa dekat Fraser’s Hill. Tiga hari dua malam,”
“Wooww!”  Fiza,‘adik bongsu’ pasukan debat mereka menjerit gembira.
Puan Maria ketawa, namun tawanya mati bila melihat wajah Lisa sedikit keruh. “Lisa, kenapa? Awak tak suka ke?”
Lisa serba salah. ‘Tak, cikgu. Saya kena tanya mama dulu,”
“Of course. Tanya dulu parents awak semua. Tapi saya harap tak ada masalah Bukan selalu dapat rezeki macam ni,”
“Haah. Cuti mid term pun panjang lagi. ” Yanty bersetuju.
Puan Maria kembali memandang Lisa. Lisa mengangguk.


“Ma?”
“Pergilah. Pandai-pandai jaga diri. Take a good care of yourself, ok?”Lembut suara Puan Asma’ memberi kebenaran menerusi corong telefon.
Hatinya lega. “I will. Thanks ma. Love you,”
“I love you more,”
“Kita ada penumpang tak diundang,” Elle yang baru mengambil tempat di sebelahnya di dalam bas berbisik. Beg galas sudah diletakkan di tempat letak bagasi di atas kepala.
Kening Lisa berkerut. Tak faham.
Serentak dengan itu, Puan Maria muncul di depan mereka bersama Miss Angeline, guru penasihat pasukan debat bahasa Inggeris AQC. “Assalamualaikum. Saya minta awak semua penuhkan tempat duduk bahagian depan, sebab kita ada tamu hari ni. Students dari SDRA join kita. Bas sekolah mereka rosak,”
Senyap.  Dini, Zehan dan Tasha yang tadinya duduk di belakang menurut arahan.
Beberapa detik kemudian, pasukan bola keranjang SDRA naik ke dalam perut bas, diikuti guru pengiring mereka. Puan Maria memberi laluan, sambil bertanyakan sesuatu kepada guru lelaki itu dan Miss Angeline.
Lisa melemparkan pandangan ke luar cermin bas saat Mier melewati tempat duduknya.
“Good morning young ladies, and gentlemen back there,” Miss Angeline berkata, kuat. “We will begin our journey shortly. I’m expecting your full cooperation so that all of us can have a nice, pleasant ride. Mr Chan has an interesting announcement to make,”
Guru yang bernama Mr Chan itu melempar senyum. “Selamat pagi semua. Saya bagi pihak SDRA  cukup terhutang budi dengan kesudian pihak AQC menumpangkan ahli pasukan kami. Saya difahamkan pelajar dari AQC diberi ganjaran penginapan tiga hari dua malam di Fraser’s Hill dari alumni AQC. Untuk pihak SDRA sendiri, bapa salah seorang ahli pasukan bola keranjang kami juga telah berbesar hati untuk menaja penginapan di Cameron Highlands sebagai hadiah johan,” Panjang lebar guru itu menjelaskan.
Elle menahan sengih nakal. Not bad cikgu SDRA ni. Gaya cakap macam pembaca berita TV3.
 “Oleh kerana kejadian yang tidak diduga pada pagi ini, mereka bersetuju untuk mengubah pelan asal masing-masing. Kamu akan bermalam sehari di Cameron Highlands dan semalam lagi di Fraser’s Hill,”
 Masing-masing terpaku. Hah?!
Lisa menarik nafas. Maknanya, tiga hari ke depan dia akan menatap muka sengkuang tu. It’s definitely not a ‘ganjaran’…
Dahi yang mula terasa berdenyut diurut.
Di kerusi paling belakang, Mier mengadah muka ke atas. Takdir memang kelakar.

Perjalanan ke Cameron Highlands  memakan waktu lebih kurang satu jam setengah. Jalan yang bersimpang siur membuatkannya terasa mahu muntah. Lisa meletakkan novel yang dibaca sejak tadi ke riba. Gula-gula di dalam saku diseluk. Bungkus plastiknya dibuka dan gula-gula tadi dikulum.
Dia mengerling ke luar. Pemandangan hutan hujan tropika menjadikan dia ralit.
It came over me in a rush when I realized
that I love you so much
that sometimes I cry
but I can’t tell you why
why I feel what I feel inside

Sayup-sayup, lagu ‘In A Rush’ dendangan Blackstreet yang dipasang di radio bas menjadi halwa telinga. Terbuai dia seketika.
Di belakang, Mier menarik jacketnya ke dada. Sejuk aircond makin terasa. Telinganya mendengar lagu yang sama.

Lagu yang dah lama tak didengar. Kali ini setiap bait terasa memberi makna.

How I try
to express what’s been troublin’ my mind
but still I can’t find the words
but I know that something’s got a hold of me

Matanya dipejamkan.

Baby someday I’ll find a way to say
Just what you mean to me
but if that day never comes along
and if you don’t hear this song
I guess you’ll never know…


Kepala seseorang yang terlentok di bahunya membuatkan Mier terjaga dari tidur. Dia menoleh.
Lisa!
Entah bila gadis itu bertukar tempat ke sebelahnya, dia sendiri tak pasti. Jantungnya terasa berhenti berdegup. Sebujur wajah itu ditatap. Nyenyak Lisa tidur. Raut wajahnya tenang dan mendamaikan.
Hidungnya menangkap bau haruman lembut perfume Rose Marks & Spencer gadis itu. Mier terus memandang. Dibiarkan gadis bertudung itu terus larut dalam lena. 
And when I say inside I mean deep
You fill my soul
And that’s something I can’t explain
 It’s over me



“Mier, weh Mier!” Hairul mengejutkan teman di sebelahnya. “Bangun. Sampai dah,”
Mier membuka mata. Cahaya terik mentari membuatkan matanya dipicingkan semula. Dia menoleh ke sebelah. Kemudian ke depan. Di tempat Lisa duduk. Gadis itu masih di sana.
Segaris senyuman muncul di bibir.
Nice dream.



Fiza mengetuk-ngetuk meja. “Serious Kak Lisa tak nak pergi ni? Karang menyesal…”
Lisa menggelengkan kepala. “Tak nak,” Char Kuew Teow terakhir disuap ke mulut.
Elle, Yanty, Dini, Zehan, Tasha dan Joey baru saja ke Rose Valley petang itu. Tinggal dia dengan Fiza di hotel. Akhirnya mereka ke gerai makan berkanopi yang terletak tak jauh dari hotel.
“Do you mind? Everywhere else’s full,” Tiba-tiba Hairul sudah berada di depan mereka. Mier di sisinya.
Pertanyaan Hairul tidak terus dijawab. Lisa menoleh ke kiri dan kanan mereka. Meja lain sudah penuh terisi selain meja dia dan Fiza.
Mier sudah menarik kerusi di depannya dan terus duduk.
“Kalau saya cakap saya kisah pun, kawan awak dah duduk,” balas Lisa. Sungguh dia tak selesa, sebenarnya...
Hairul sengih. Kawan aku ni pun… Dia turut duduk.
 “Kak, nak beli bunga ros?” Seorang budak dalam lingkungan 7 tahun datang ke tepi Fiza. “Sepuluh ringgit dua plastik ni,”
Spontan Fiza bersin beberapa kali.“ Sorry, dik. Akak allergic,” Tisu dicapai cepat dan hidungnya ditutup.
Adik tadi mengalihkan pula pandangannya ke Lisa. Lisa hanya senyum menggeleng. Duit yang ada cuma cukup buat makan je. Sebab tu jugak dia tak ikut yang lain. Takut hati tak tahan!
Mier memandang penjual cilik itu dari atas ke bawah. Not sepuluh ringgit dikeluarkan dari saku dan dihulurkan kepadanya.
 Budak itu senyum. “Nah,”
“Tak apa. Ambil je duit tu. Ikhlas,”
“Tapi saya bukan minta sedekah. Nanti mak marah!”
Mier terdiam.
 “Nah. Terima kasih, bang,” Sejambak ros tadi ditinggalkan di depannya.
Mier membelek kuntuman ros beraneka warna di depannya. Diletakkan ke depan Lisa lalu dia bangun.
Dahi Lisa berkerut. “Apa ni?”
“Hadiah menang,”
“Saya tak nak…”
“Tak nak, buang,” Selamba Mier berkata. “Jom,” Dia mengajak Hairul.
Terkebil Hairul dibuatnya. “Tak jadi makan ke? Aku lapar lagi ni….”
Mier tetap bangun dan terus berlalu.
“Weh Mier, tunggu!” Hairul ikut bangun akhirnya.
Fiza ternganga melihat adegan di depannya. Seketika kemudian senyuman merekah di wajah.
Lisa masih terpaku. Hati di dalam dah tak keruan. Gila ke bagi orang bunga? Hood dia nak campak mana?!
“Eh Kak Lisa, bunga!” ujar Fiza bila melihat Lisa bangun perlahan menuju ke kaunter, membayar harga makanan.
“Tinggal je kat situ,”
Fiza menggeleng-gelengkan kepala. Bunga ros di atas meja disambar juga sementara tangan kiri menutup hidung. Malu tapi mahu. Macam la aku tak tau…



Malam itu, Lisa duduk di balkoni bilik hotel. Elle sudah lama tertidur. Kepenatan berjalan seharian.
Ros sejambak yang ditinggalkan Fiza di atas meja dicapai. Ditenungnya lama. Hidungnya didekatkan pada kuntuman mawar segar. Wangi. Satu senyuman terukir tanpa disedari. Namun senyuman itu hilang perlahan-lahan.
Buah berangan di dalam puan
Hendak dibawa ke Indragiri
Apa gerangan maksudmu tuan
Memberi hamba mawar berduri
Dia melepas nafas panjang. Langit malam penuh bintang di atas sana bagai mengerti isi hati.

10 comments:

  1. heh.
    biar izah jawab utk mier.
    'Bunga Cina jambangan Cina
    Bungkus inai dalam kertas
    Sungguh saya bena tak bena
    Di dalam hati haram tak lepas'
    ngeeee...=D

    ReplyDelete
  2. hahaha
    terbaik la izah:)

    ReplyDelete
  3. bestt..hehe...pantun izah pun best...kite tak reti nk bls..hehe ;)

    ReplyDelete
  4. tu dia..ingt betul yg dream tu..
    haha..sweet dream..
    canna ag..
    ramadan kareem..
    bakso~

    ReplyDelete
  5. kih kih kih,sangat suke!..

    ReplyDelete
  6. zura:awk lg terer ok:)
    bakso:ramadhan kareem to you too!
    anon: :D meceh
    bulanhijau:mengada,eh? hahah

    ReplyDelete
  7. adei lisa...hood dgn mier kan tuttt...

    ReplyDelete
  8. update. mohon update anti coagulant :')

    ReplyDelete