Tuesday, July 19, 2011

my anticoagulant 5


“Wait. I know that look…” Hood rasa nak ketawa. “First, kau suruh mummy call aku keluar outing. Then, kau tiba-tiba tak kisah orang nampak kita berdua kat sini…”
Untuk kali pertama, dia dan Mier keluar berjumpa semasa outing harian di bandar Seremban. Lebih tepat di Seremban Parade, hari itu.
“Siapa kata aku tak kisah?”
Hood gelak.
Ye. Mereka duduk berhadapan di restoran makanan segera itu, tapi di dua meja berasingan.  Itu pun di tempat tersorok. Apa la nasib aku dapat kembar sengal macam ni… “Kenapa ni?” Lembut dia bertanya.
“Tak ada. Saja rindu. Salah ke jumpa kembar sendiri? ”
“Yeah, right,”
Mier melepas nafas panjang. “Fine. Aku miserable. You’re the reason I’m in this mess,”
“Bukan salah aku kalau kau ter-fall in love ngan Lisa…” Hood sengih.
Mier angkat kening.
 “Dari dalam perut mummy lagi aku dah boleh baca hati kau, abang…” Sengaja ditekan panggilan yang dah lama tak disebut. Agak-agak kalau perkataan 'abang' tu sebangsa dengan ferum, dah lama rasanya teroksidasi.
Pelayan restoran makanan segera itu dah pandang-pandang mereka dari tadi.
Hood tarik nafas.
“Mier, boleh tak aku duduk je depan kau? Mamat tu mesti ingat aku gila cakap sorang-sorang,”
“Tak boleh,”
Hood tetap bangun dan duduk semeja dengan Mier.
“Mya Asyikin, you’re wearing your baju rasmi and so do I-“
“Lantak la,” Pandangan Hood tertancap pada kelibat seseorang. “Lisa, sini!” Dia memanggil.
Mier menoleh sepantas kilat. Tiada siapa di situ. Matanya kembali mencerlung tepat pada Hood.
Ketawa Hood pecah. Sesaat kemudian air mukanya tegang. “Ok-ow… mulut aku memang masin hari ni. Mier, Lisa!
“Tak kelakar langsung…!”
“Hood?”
Suara seseorang di belakangnya membuatkan Mier kaku.
Gulp! “Hai, Lisa…” Hood menyapa perlahan. Mati la!
“Oh, sorry kacau. Aku tak tau kau tengah…dating...” Ujar Lisa bila menyedari ada individu lain duduk berhadapan Hood, berpakaian kemeja batik rasmi SDRA.
“Eh, tak…” Hood cuba membetulkan tapi kaki Mier yang menyepaknya di bawah meja membantutkan kata-kata. “Er, tak kacau pun,” Ya Allah, apa yang aku cakap ni? “Kenalkan, Mier. Mier, ni Lisa,”
Mier menoleh perlahan. Matanya dan mata Lisa bertentangan.
Darah Lisa berderau. Dan entah kenapa hati terasa macam kaca. Kaca yang dihempas ke batu.
“Hai,” Bibir Mier mengungkap sepatah.
“Hai,” Lisa membalas, hampir tak terdengar. Dia kembali mengukir senyum pada Hood. “Aku…pergi dulu...”


“Eh jangan!” Tegah Hood.
Riak wajah Lisa berubah hairan. “Kenapa?”
“Teman aku balik, please. Aku rasa tak sedap badan je dari tadi,” Suara Hood terus berubah. Seakan menahan kesakitan.
Muka Mier turut bertukar, pelik. “Dari tadi awak ok je,”
Awak?
Pape je la. The show must go on!
“Saya period pain!” Abang aku ni pun la, tak reti-reti ke nak act along? Nak kata bendul, tak jugak!
Lisa dah tak terkata melihat ‘kejujuran’ sang teman menyatakan jenis sakitnya secara specific di depan Mier.  “Ok,ok. Jom, kita balik. Naik cab,”
“Saya hantar sekali,” Cepat Mier menawarkan diri. Cuba menyembunyikan senyuman seboleh-bolehnya.
Mya, kau memang adik mithali!
 ****

“Ain, tak panggil Puan Wardah?” Lisa bertanya pada ketua kelas mereka
Kelas Biologi baru sahaja selesai. Sepatutnya Fizik dah start kira-kira sepuluh minit yang lalu.
Ain,  ketua kelas 4A bangun dengan mata kuyu. Tengah-tengah panas ni, memang ngantuk tak hengat! Di tambah pula dengan ceritera tentang diffusion dan osmosis dari suara lemah-lembut Mr Tan.
Sampai di pintu, dia seakan tersedar sesuatu. Terus dia berpatah balik. “Kenapa pulak aku kena panggil Puan Wardah? Dia tengah pantang kat rumah…”
“Afternoon, class!”
Serentak, satu kelas bangun memberi salam. Termasuk Lisa dan Elle, yang terkebil-kebil melihat guru baru mereka.
Di depan, lelaki yang dipanggil ‘Pakcik’ tempoh hari berdiri, lengkap berkemeja putih, berseluar hitam dan bertali leher.
Lisa telan liur.
‘Takat selipar jepun yang dah berkulat tu, beruk kat hutan belakang tu pun tak teringin nak curi…’
“Pakcik jaga, eh?” Elle di meja seberang merapatinya selepas doa penerang hati dibaca seisi kelas.
Sara dah sengih-sengih melihat kegugupan Lisa. “Kenapa? Kena sampuk?”
Mata yang tadi berat macam kena gam kembali segar melihat guru muda kacak itu di depan kelas. “Encik Haikal, cikgu praktikal yang ganti Puan Wardah!”
Lisa duduk perlahan-lahan, memerhati guru lelaki itu mula menulis di papan putih dengan tangan kidal. Kepala terasa berpusing laju.
“Saya dah janji nak bagi kuiz hari ni…” Haikal selesai menulis. Whiteboard marker ditutup dan dia mengangkat mukanya semula menghadap seluruh kelas. Matanya automatik tertala pada Lisa di baris kedua sebelah kanan. “You, come forward,”
Lisa dah rasa tak boleh bernafas. Dia bangun dan maju ke depan.
“Answer the question,” Marker merah dihulur Haikal.
Hanya bunyi kipas angin yang kedengaran.
“Saya tak suruh awak berdiri macam batu kat situ,” Kata Haikal lagi bila pelajar di depannya itu tetap berdiri pegun.
 Satu kelas hanya mampu memerhati. Lisa masih tak bergerak.
“Class, kita memang tak masuk lagi topic ni,” Ujar Haikal. “Tapi saya selalu beritahu, awak mesti study untuk topic yang awak akan belajar in advance. That’s why you have prep; to prepare,” Haikal terhenti di situ. “Bukan masa untuk curi selipar jepun saya malam-malam…”
Ada ketawa kecil kedengaran dari segelintir pelajar.
“It’s ok. You can go back to your seat now,” Haikal yang tadinya duduk di meja guru berdiri semula. “ Dia menarik kembali marker di tangan Lisa.
Marker pen itu masih tergenggam erat di celahan jemari Lisa.
Haikal memandangnya. Tak faham bahasa eh?
Kali ini Lisa tidak mengendahkan arahan Haikal. Dia berdiri menghadap papan putih. Tutup marker pen dibuka dan tangannya mula laju menulis.
Tiba di bahagian pengiraan, kalkulator Ain dicapai dan dibawa ke depan.

Tik! Dia memberi noktah di jawapan akhir.
Seisi kelas bersorak. Lisa kembali ke tempat duduk. Tenang.
Haikal senyum segaris. Dia menunduk memandang lantai sambil mengangguk-anggukkan kepala. Akur dirinya sengaja dikenakan, sekali lagi.



“Kau panggil dia ‘Pakcik’?!” Quin gelak besar.
Mereka berlima duduk mengelilingi meja di kantin. Habis je kelas Fizik tadi, semua meluru keluar untuk rehat, bersama sebahagian besar pelajar tingkatan lima dan empat yang lain.Waktu rehat pelajar tingkatan satu hingga tiga sudah lama tamat.
“Mana aku tahu dia tu cikgu praktikal!” Lisa membela diri. “ Takkan aku nak bahasakan dia ‘abang’? ‘Superman’ kat dining hall tu pun kita panggil ‘pakcik’…” Lepas peristiwa hari tu, baik dia mahupun Elle tak pernah teringat nak cerita pada sesiapa. Sehinggalah lepas jumpa 'Pakcik' tu tadi.
Sara sengih.
Betul jugak. ‘Superman’ alias Samsul, pekerja paling muda di dining hall tu rasa-rasa umur dalam 19 tahun lagi. Digelar Superman sebab suka sangat pakai t-shirt Superman. Kalau tak kaler biru, kaler hitam. Pastu merah. Esoknya lagi kelabu…
“Siapa yang curi selipar jepun dia?” Tanya Lisa. Pandangan dikalih dari Sara ke Quin. Kemudian Achom. Paling lama.
Quin melirik pada Achom yang tengah bersemangat menghirup kuah mee kari. “Cik Umi Kalsom binti Salleh la. Siapa lagi…”
“Ala, aku saja kacau manja,” Achom buat muka comel. “Suka sangat control cool, gaya-mutu-keunggulan!”
“Sekali dia ngadu kat Miss Becky…” Elle menyengih.
 “Kau dengan Lisa patut tengok malam Achom curi selipar dia tu. Sian dia balik naik motor kaki ayam…” Sara mengadu.
Diam sesaat, sebelum terburai gelak yang ditahan.
Lisa geleng kepala. Memang, muka masing-masing innocent. Serious. Hampir ¾ dari pelajar kelas mereka terdiri dari prefects. Tapi, sekali keluar mode nakal…wassalam!
Elle menolak piring mee goreng yang dah licin ke tepi. “Mujur kau yang kena tadi, Lisa…”
“Ha’ah…aku tak pernah tengok pun soalan SPM spesies tu,”
“Tu bukan soalan SPM…” Lisa bersuara, datar.
“Habis tu?” Spontan Elle, Achom, Quin dan Sara bertanya.
Lisa menarik nafas. “A Levels,” Cari pasal lagi, Lisa. Habis la hidup tak tenang lepas ni!


Wednesday, July 13, 2011

my anticoagulant 4


“Kak Lisa, Kak Eliza, kitorang balik dulu eh,” Fiza dan Joey, junior tingkatan dua mereka meminta diri. Elle melambai tangan.


Lisa angguk. Dia pun tengah sibuk mengemas file yang berlonggok atas meja bilik sumber, bersiap-siap nak balik. Sebagai ahli pasukan debat sekolah, mereka diberi keistimewaan untuk menggunakan bilik itu yang bersambung dengan perpustakaan utama pada waktu prep. Di situ mereka dapat mengakses semua maklumat dan rujukan yang diperlukan sebagai persediaan. 
Jam di dinding menunjukkan pukul 10.40 malam.
Yanty tahan mulut dari menguap. “Bye korang…aku nak pergi jumpa Puan Khadija kat flat dia. Tak terus balik,”
“Ok,”
Tinggal dia dan Elle di situ.
“Ah, Lisa. Aku ikut pergi Block C sekali. Nak pinjam stok Reader’s Digest Hanan!”Ujar Elle. Sling bag disarung merentang badan.
“Tapi aku nak balik kelas jap,” Lisa memakai semula tudung yang dibukanya sejak masuk ke bilik sumber. Satu lagi perangai tak senonoh yang diwarisi dari senior zaman berzaman. Mentang-mentang sekolah-mandul-pelajar-lelaki. Sesuka hati free hair kat blok akademik.
Jacket batch selabuh lutut berwarna maroon disarung, menutup baju kurung cotton yang dipakai. Suis lampu dan aircond dimatikan. Pintu dan gril bilik sumber dikunci kemas.


 “Aku tunggu kat bawah la, eh. Tak takut kan naik sorang-sorang?” Elle dah sengih. Tak larat nak memanjat tangga, walaupun blok tingkatan empat mereka cuma dua tingkat.
Lisa buat muka. “Tak…”
Kelas-kelas tingkatan 4 di atas bilik sumber semua dah gelap. Prep malam dah berakhir kira-kira sepuluh minit lepas. Cuma bilik IT di sebelah kelasnya yang masih terang-benderang. Kakinya melangkah mendaki tangga.
“Cepat sikit. Jalan macam mak nenek…” Bebel Elle lagi dari bawah.
“Ye la!”
Perut yang berkeriuk mengingatkan kelaparan yang menggila. Cekap otak me-recall menu supper di dining hall. Rabu…biskut kelapa dengan air Wahi. Dia tarik nafas. Tak cukup kenyang untuk orang yang tengah kebulur gila ni…
Tangan kanan meraba saku jacket. Rasa-rasanya ada lagi seringgit lima puluh sen tadi. Boleh singgah co-op beli roti. Makan dengan Nutella, sedap!
Bunyi dentingan duit syiling yang terjatuh dari saku menghentikan langkahnya. Dia tunduk di tengah-tengah  koridor blok tingkatan 4 itu. Saat itu, pintu bilik IT terbuka.
Sepasang kaki dengan tracksuit biru navy berdiri di muka pintu.
Lisa mengangkat kepala. Dipaksakan sebuah senyuman tanda hormat.
 “Nak curi selipar saya lagi?” Suara empunya kaki terdengar di telinga.
Kening Lisa berkerut.
Lelaki yang berusia awal 20-an itu memandangnya. Tajam.
 Mata Lisa menjeling selipar biru putih yang tersadai di situ. “Takat selipar jepun yang dah berkulat tu, beruk kat hutan belakang tu pun tak teringin nak curi…” Ada nada sinis dalam kelembutan suara.
“Saya nampak awak semalam, pakai jacket maroon ni, terbongkok-bongkok depan bilik IT. Lepas tu bila saya nak balik, selipar saya hilang!”
“Pakcik, jacket macam ni, SATU BATCH FORM FOUR ADA, tahu?”


Tangannya mengutip duit syiling 50 sen tadi dan dia terus berlalu. Geram masih berbaki. Di bawah, Elle menanti.
“Siapa pulak tu? Tak jadi ambil barang kau kat kelas?” Bisik Elle pelik.
“Orang gila yang paranoid selipar jepun dia kena curi!” Balas Lisa perlahan. “Esok la ambil…”
 “Haha..orang gila yang gila handsome. Apa dia buat kat bilik IT? Aku tak pernah nampak pun?”
“Entah. Jaga kolej yang baru lampu kot - tolong tutup lampu? Cepatlah. Aku dah lapar ni,” bisik Lisa, melajukan langkah. Blok mereka sudah jauh ditinggalkan.
Elle bercekak pinggang. “Siapa yang tunggu siapa dari tadi?!”
Dia berpatah balik dan menarik lengan Elle. “Meh, sayang….” Mereka ketawa sambil berjalan beriringan menuju ke koperasi.
Dari koridor, Haikal memerhati sehingga mereka hilang dari pandangan mata.
PAKCIK?!!!!




Mier menghenyakkan badan ke katil.
“Oi, mandi dulu la. Kang shower tu penuh!” Jaz menyuruh. Badan berlengas macam tu boleh terus landing atas katil!
“Penat. Kejap la,” Baru balik practice basketball. Pagi-pagi Subuh tengah orang lain sedap mimpi atas katil, mereka satu team dah kena suruh round padang lima kali dengan coach sebelum berlatih.
Kalau selalu otak dok teringat bantal empuk yang ditinggalkan di dorm masa jogging, lately ni lain. Ada bayang wajah lain di ruang mata.
Bantal empuk ditekup ke muka, kuat.
“Weh,weh…kenapa kau ni?!”
Mier berkata sesuatu di balik bantal. Hanya bunyi mumbling yang kedengaran.
“Hah?!”
Bantal dilepaskan. “Aku angau, pekak...!”
Jaz diam sekejap. Macam kena sumpah jadi batu dengar pengakuan Mier. Tiba-tiba, ketawanya bergema. Sumpah, kelakar! “Dengan siapa?”
“Lisa Adelina,”
Senyap. Sunyi kembali.
“Rauf tahu?” Suara Jaz dah lain macam. Kering jap tekak...
Mier geleng kepala. “Tak lagi kot,”
“Kau jangan cari pasal, Mier...”
“Aku tahulah,”
“Dahlah. Kau nak keluar outing tak esok ni?”

Dia angguk.
“Karang tinggalkan pas keluar kau kat aku. Aku mintak sign warden sekali,” Jaz keluar mencapai tuala. Sempat dia geleng kepala melihat pe'el sang sahabat. "Lisa Adelina tu..."

Mier senyap.
“Mummy, suruh Mya keluar outing Ahad ni,”
“Aik? Nak jumpa ke?”Mummy hairan.
“Adalah,”Jawabnya pendek. Susah jugak nak contact budak kecik tu. Mya tak bawak handphone. Internet pun dia jarang bukak. Last-last Mummy jadi ‘medium’ perantara. Takkan nak pakai snail mail suruh dia keluar Seremban?!
“OK,”




“Cerita apa ni?” Lisa merebahkan diri di kerusi sebelah Fatim sambil tangan mengoyakkan bungkus cikedis di riba. Lounge dah separuh penuh dengan teman-teman satu tingkatan. Riuh. Kerusi lounge dah tersusun depan TV. Baik punya formation.
“With Love,” ujar Fatim tanpa menoleh.
“Yutaka Takenouchi ?!” Excited tiba-tiba bila tengok hero Jepun favourite dia terpampang di kaca tv.
Fatim baru tersedar melihat Lisa di sebelah. “Aku mimpi ke apa tengok kau kat sini?!”
 “Aku dah tak boleh tengok TV lagi ke?” Bunyi merajuk.
G-ha, Juan, Nisa, Fina dan Awa di kerusi depan dah gelak. "Tak!"
Assistant house captain Tun Fatimah itu ketawa. “Eleh bucuk-bucuk. Boleh. Bak sini Cheezels tu sikit. Ufti!” Mindmap Sejarah di riba akhirnya dilipat. Wujud kat situ pun sekadar jadi ubat tak-nak-rasa-guilty- esok-nak-test-Sejarah-Puan-Hamidah-hari-ni-ngadap-TV.
Lisa sengih. Cheezels dihulur. Sebentar sahaja bungkusan itu dah bertukar tangan, di pass sampai ke depan.
Memang dah lama sangat dia tak join duduk lepak kat lounge sambil menonton tv petang-petang Sabtu macam tu. Weekdays sibuk. Hari sekolah, waktu menonton cuma dari lepas prep petang sampai 7 malam. By 7 semua dah kena siap mandi dan wajib turun dinner di dewan makan. Malam setelah solat maghrib dan isya’ di surau, prep malam sampai pukul 10.
“Sapa bagi bunga kat aku ni weh???!!” Kedengaran suara dari atas menjerit. Seketika kemudian kelibat empunya suara kelihatan menuruni lounge. Keningnya berkerut seribu membelek sekuntum bunga ros yang berbalut plastic.
“Uuuu, Megat Terawis ada secret admirer!” usik Hanan yang baru masuk.
Gamat lounge itu jadinya.
“Gila. Ni dah masuk dua kali ada bunga ros atas katil aku, kau tau? Budak kolej mana yang sengal sangat ni? Aku perempuan lah!” Hood jengkel. Dari form one, dia dah biasa diberi peran jadi lelaki. Baik dalam teater bangsawan atau English drama. Sampai melekat nama Hood dari play Robin Hood tu sekarang. Tapi, tak pernah la pulak jadi macam ni.
“Sebab kau perempuan la budak tu bagi bunga, ngeng!” 
Lisa tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala. Dah sebulan lebih kot malam play tu berlalu tapi penangan auranya masih terasa. “Kira acting kau berkesan habis la Hood. Bikin cair sampai orang angau…”
Kerutan di dahi Hood hilang serta-merta bila mendengar kata-kata Lisa. Senyuman nakal muncul. “Kau pun ke…?”
“Heck, no!” Balas Lisa cepat.
“Alalala…” Hood menggoda lagi. “Sudikah kiranya andai kuhadiahkan mawar ini kepadamu, Kamsiah?”
“Aaahhhh, so sweeeeeeeet,” G-ha mencelah dengan sengih tak lekang.
Ketawa Lisa pecah juga akhirnya. “Mangkuk! Boleh nightmare aku malam ni…!”
“Shoosh…” Juan kembali menumpukan diri pada drama Jepun di skrin.
Hood memandang Lisa sekali lagi. “By the way, who are you? What have you done to our Lisa?” 
“Not funny anymore, Hood,” Lisa menghenyakkan kusyen ke temannya itu.
“Kau amek tempat aku…”
“Ah, first come first serve,”
“Mana boleh-”
“Syyyyhhhhh!!!” Orang-orang kerusi depan dan sebelah kiri dah sound.
“Eleh, macam boleh faham pun…” Hood merungut kecil. “Tepi sikit Lisa. Aku pun nak tengok,”
Lisa ketawa perlahan. Dia memberi sedikit ruang untuk Hood duduk.
Hood merebahkan diri, sambil ekor matanya mengerling pada teman di sebelah.
“Kat mana aku nak tukar baju ni?” Tanya Mier.
Dia terdiam sekejap. “Dungeon?”


Teringat keadaan gelap bilik bawah tanah di Dewan Alamanda yang ceritanya dulu merupakan bilik persalinan. Sekarang tempat tu jadi stor alatan sukan. Cepat-cepat Hood menggeleng-gelengkan kepala. “Tak boleh. Tempat tu keras. Hari tu ada budak nampak ada ‘benda’ tengah mandi kat shower-"
“Kau nak takutkan aku ke apa? Bukan play kau dah nak start ke kejap lagi?!" Mier memotong.
Hood ketawa.“Kat surau la,” Tempat tu je yang rasanya selamat dari pandangan mata orang.“Kalau Lisa tau, mati aku agaknya, Mier. Aku rasa guilty gila. This conscience’s killing me!”
“Do you want to help her or not…?”
Memori itu mati di situ. Hood ketuk-ketuk jari di lengan kerusi. Nak bagitau ke tak nak? 


"Lisa, aku cakap kau jangan marah eh?" Hood membuka mulut.


Senyap.


Hood pusing kanan. Dilihatnya Lisa dah terlena dengan leher yang hampir terkehel.

Saturday, July 2, 2011

my anticoagulant 3


Lisa masuk ke dalam bilik rehat Surau An-Nisa. Sudah jadi rutin, pagi Ahad lepas house meeting dan house cleaning, dia akan ke situ. Beg sandang dan buku-buku yang dipegang diletakkan ke lantai, lalu dia ke tempat mengambil wudhu’.
Selesai berwudhu', dia kembali. Suis kipas dihidupkan dan serta-merta bunyi putaran kipas di siling memecah suasana sunyi surau. Dia duduk melepas lelah di kerusi kayu berkusyen. Telekung yang diambil tidak terus dipakai.
Sekilas ingatannya melayang lagi pada imej Megat Terawis tempoh hari.
“Pisau di tangan Tuanku.Timun di tangan Tuanku. Dihiris tebal, teballah ia. Dihiris tipis, tipislah ia,” Terawis berujar dengan suara yang tertahan bila ditanya apakah dia membenarkan isterinya dikahwini Tengku Lela Pahlawan, anak Sultan.
“Abang…!” Dia terduduk menangis teresak-esak, sambil memeluk kaki Terawis. Airmatanya berlinang. Pilu.
Terawis tunduk memegang bahunya. “Dijunjung merekah kepala. Dipikul meruntuh bahu. Maafkan abang, Kamsiah,” Perlahan Terawis mengucapkan dengan nada sayu. “Kau kuceraikan dengan talak satu,”
Lisa memejam mata.


Demi Allah, pagi masa rehearsal , dia tak rasa apa-apa. Tiap kali masa jumpa Hood pun sama.  Heart rate normal. Biasa. Malam tu je, dia rasa lain. Darah mengalir laju tiap kali ada scene berpegangan tangan. Muka Hood lain sangat masa tu. Real masculine…
Entah kenapa bayangan Megat Terawis asyik datang. Renungan tajam mata ‘hero’ itu menghantui mimpinya tiap malam.
Astaghfirullah.

Dia meraup muka dengan tangan. Geram dengan diri sendiri.Terasa menyesal tak sudah join teater. Award tak seberapa, sekarang dia pulak yang gila!

Pintu bilik rehat itu terkuak tiba-tiba. Lisa mengangkat muka.
“Lisa…” Hood serba-salah. Ingat tak ada orang! “Er, sorry. Aku cari barang aku.  Flash drive warna merah. Nampak tak?”
“Tak pulak,” Lisa menjawab. Kalau la Hood tahu...
Hood masih memerhatinya. “Dhuha?”
Lisa mengangguk.
“Nak join?”
Lisa gelak. “Dengan senang hati…”



“Add maths susah!!!” Sara melekapkan kepala ke meja. “Aku rasa nak kahwin je…”
Dia menoleh ke kiri, memandang deskmate yang dah berkerut seribu di celah-celah kertas soalan indices and logarithm yang diberi Puan Rafeah pagi tadi.

Prep petang di kelas hari itu agak sunyi berbanding biasa. Hampir separuh kawan-kawan sekelas hilang. Yang band members sibuk dengan latihan formation kat padang. Yang cadet polis ada pertandingan march pass. Belum lagi tolak prefects dan probationary prefects yang bertugas menjaga kelas prep juniors. Siapa kata time form four tu honeymoon year?
“Kahwin je la,” Usulnya selamba.
Tangkas tangan Sara mencubit lengannya.
Ketawa Lisa berderai. Nak kahwin konon! Pigidah. Mengamuk Dato’ Burhanuddin tu karang anak dia tak habis SPM dah gatal miang. 


Buku di depannya ditolak ke tepi.  “Soalan yang mana?”
“This one. Given that log5 2= q  and log5 9 = p, express log5 8.1  in terms of q and p,”

Lisa menatap soalan yang diajukan.
“Tukar la 8.1 tu jadi pecahan, jadi log5 81/10. Pastu log5 81/10 sama dengan log5 81 –log5 10…“
“Oh. Ok,ok. Aku dah nampak jalan,”
“Tak jadi kahwin dah?” Lisa mengejek.
“Jadi. Lepas aku siapkan soalan ni,”
“Eyot!”
Sara menyeringai dengan mata tak lepas dari buku latihan.

“When I die , bury me deep
Four feet down and fast asleep
Place my Maths book on my head
Tell my teacher that I am dead
Place my Chemistry book on my chest
Tell my teacher how I am at rest
Place my Physics book in my right hand
Tell my teacher nothing I understand
Place my Biology book on my left
Tell my teacher I tried my best
Also tell my teachers not to cry
For they are the ones who made me die!”

Penuh perasaan Sara bermadah.

“Poem dah basi,” cemuh Lisa. Yang tu hafal pulak,kan?


Tumpuan dihalakan kembali pada English essay yang dikarang. Kena habiskan sekarang jugak. Pukul empat dah kena pergi bilik sumber jumpa Puan Maria, guru debat mereka.

“Biar. Aku lagi nak muntah tengok paper ni. Enjoy lagi buat Physics!”

Kening Lisa terjungkit. “Add maths susah, Physics doesn’t?”

“No.Physics buat aku terbuaaaaiiii…”

“Since when?”Setahunya Sara memang selalu tersengguk time dalam lab dan dia la yang selalu jadi tukang cubit. Lab gelap macam tu, memang mengundang ngantuk!

Sara pelik kejap. “Oh, lupa. Kau tak masuk hari Isnin lepas, kan? Hahaha…”

Pen di tangannya berhenti menari. “Ada apa Isnin lepas?”

 “Ada laaaaa,” Sara naik seronok melihat dia terkebil.

  “Mengada!”