Wednesday, November 2, 2011

my anticoagulant 13

Lisa menolak Mier ke pintu belakang. “Lari!” bisiknya cemas. Suara Pakcik Abdullah yang sedang menelefon di koridor depan dia cam betul.
Saat itu tanpa dijangka, Mier menarik tangan Lisa keluar bersama melalui pintu belakang.
Lisa tersentak.  Kenapa tarik tangan orang?!
Dalam kebingungan, dia ikut berlari di sepanjang koridor belakang bangunan.  Dadanya berombak kencang. Larian pantas Mier memaksa dia membesarkan langkah. Bilik Seni jauh ditinggalkan. Tiba di laluan berbumbung yang memisahkan blok makmal dan blok tingkatan empat, Mier berhenti.
Lisa tercungap-cungap. Dalam banyak-banyak benda, part lari dia paling fail. Acara merentas desa dengan saringan olahraga tak pernah lepas. Tangannya ditarik kuat dari pegangan Mier.
“Saya suruh awak je lari. Bukan tarik saya sekali!” marahnya perlahan dalam nafas terputus-putus. Dekat tiga kali dia tersadung batu pasal tak nampak jalan. Malam tu jangan kata bulan, satu bintang pun tak ada.
“Syhhh!” Sekali lagi Mier menarik Lisa bila terdengar bunyi deruan motor di depan blok tingkatan empat. Mereka bersembunyi di balik pasu-pasu besar Taman Sains depan makmal.
Dari tempat mereka berdiri, Lisa melihat bayang guru praktikalnya menaiki tangga. Lampu motornya dibiarkan bernyala.
“Macam mana dia boleh senang-senang masuk sini malam-malam?” Tanya Mier tiba-tiba.
Lisa menoleh dengan kening berkerut. “Soalan jenis apa tu? Of course la dia boleh masuk. Dia cikgu!” bisiknya, kembali memandang ke depan.
Mier buat muka tak puas hati. Malam minggu macam ni nak ngajar apa? Dah tak ada kerja sangat kat rumah?
Dia ingat lagi pagi Lisa dan dia ditemui di Bukit Fraser. Haikal terus berkejar mendukung Lisa ke keretanya disaksikan teman-teman dan guru lain.  Tak ada siapa yang mempersoalkan.
Right. Sebab dia cikgu.
 “Siapa kat bawah tu?!”
 Wajah Lisa berubah tegang. Suara Encik Haikal dari tingkap bilik IT buat dia panik. Mati la kalau Encik Haikal jumpa
Haikal yang tadinya masih mencari sesuatu di tingkat dua  menyuluh torchlight tepat ke Taman Sains, arah datang bisikan tadi. Tiada siapa di situ.
Seketika kemudian, keadaan kembali terang.
Nun jauh di sana, bertentangan dengan blok tingkatan empat, dua kelibat sudah selamat menyelinap masuk ke Dewan Alamanda.  


Sebaik saja memasuki dewan melalui pintu kanan paling belakang, Lisa terpempan.
Dek kerana terlalu cemas melarikan diri, dia lupa hampir seisi warga kolej malam itu berada di dewan untuk menonton. Kakinya terasa kejang. Tangan yang dari tadi tanpa disedari memegang lengan Mier dijatuhkan.
Mier juga dah telan liur. Lisa, awak bawak saya direct masuk kandang singa!
Tepat di sebelah pintu, satu suara yang tak asing lagi memanggil. “Weh Lisa, sini!”
Dalam ramai-ramai umat manusia, Elle berada di situ. Gadis itu memanjangkan leher untuk melihat kelibat di belakang Lisa.
Lisa tahan nafas. Tak ubah macam menunggu masa bom meletup.
“Eh, Hood pun ada. Tadi kata tak nak tengok…” G-ha di sebelah Elle tiba-tiba menyapa.
Ek?!  Lisa kerling ‘Hood’ di sebelahnya.
Kala itu, dia macam dapat pencerahan agung. “Aku paksa dia ‘date’!” balas Lisa tanpa teragak-agak.
Tempat Mier berdiri agak terlindung, menyebabkan wajahnya hanya samar-samar kelihatan. Topi yang dipakai Mier sedikit membantu menutup rambut pendek yang membezakan dia dengan Hood.
Mier pandang dia. Dalam gugup, dia terasa nak gelak. That’s so sweet dear, but can’t you be more ironic?
“Korang datang on time. Show baru nak start pasal black out tadi,” Elle dah bersila di dinding kanan dewan.  “Yang tercegat lagi kat situ kenapa? Duduklah wei…” ujarnya pada dua manusia yang masih terkebil-kebil di depannya.
Dalam teragak-agak dan separuh terpaksa, Mier dan Lisa mengambil tempat di sudut paling hujung. Skrin besar di atas pentas sudah mula menayangkan nama casts ‘Ten Things I Hate About You’. Seluruh dewan bersorak dalam gelap. Lisa menjarakkan dirinya sedikit lebih jauh dari Mier.
Duduk situ diam-diam sampai Encik Haikal dengan pakcik jaga pergi…
“Nah, dorang jual Dunkin Donuts kat depan tadi…” Elle menawar sekotak donut di tangan.
Tangan Lisa menyambut. “Thanks,” Bau filling di dalamnya buat dia terliur. Strawberry!
 Dihulur donut terakhir yang bersalut coklat pada orang sebelah tanpa perasaan.
Tiada reaksi.
Tak nak sudah…
 Saat mulut dah siap dingangakan untuk mengggigit, tiba-tiba lengannya terasa ditarik. Donut kesayangan yang baru hendak masuk ke mulut lenyap separuh dibaham depan mata.
Mier!!!!!
Di sebelahnya, lelaki itu mengunyah penuh nikmat tanpa rasa bersalah.  Mata Lisa merenung penuh geram. Mulut terkunci rapat. Tak ada satu suara pun yang mampu keluar.
Mier buat tak tahu. Jerit la, jerit…


Di dormnya malam itu, Lisa bersandar di kepala katil sementara menunggu loceng ‘lights off’ dibunyikan. Satu demi satu bayang dorm-mate kelihatan. Kaki yang terasa lenguh berlari ditumbuk pelan.
Di akhir tayangan tadi, Mier selamat menyusup keluar dari perkarangan AQC.  Selamat dari Pakcik Abdullah, selamat dari Encik Haikal.
Dia menarik nafas panjang.
Syukur. Tak terbayang nasib kalau ditangkap basah bersama.
Seketika madah Kat untuk Patrick terngiang kembali. Dia senyum tawar. Serentak benaknya ligat mengarang poem “Ten Things About You’ versi sendiri.
I hate the way you talk to me
I hate it when you stare
I hate the way you appear in front of me out of nowhere
It pissed me off so much i couldn't bear

I hate it when you make my heart jumps out of my chest
And the way you read my mind
I hate you so much that it makes me sick
It even makes me ryhme

I hate the way you snatch my doughnut
I hate the way you looked perfect when you didn't even try
I hate it when you make me grin unconsciously
Even worse when you make me cry

But then I also hate it when you're not around
And the fact that I always see you everytime I stare blankly at the wall
But mostly I hate the way I don't hate you
Not even close, not even a little bit, not even at all.

7 comments:

  1. selamat pun ingatkan dah terkantoi...
    xkan haikal pun nk kat lisa....
    nk lisa ngan mier...

    next2...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. haa....terlepas....siap dpt chance berdating lagi (walau kt tgh2 umat manusia)

    ReplyDelete
  4. cayalah canna~ keep it up!

    ReplyDelete
  5. sedap poem versi lisa tu....

    ReplyDelete
  6. Nasib baik terlepas ...
    kalau x masak lah Lisa n Mier ....hehehe...
    Mier cemburu sebab Cikgu Haikal pun suka dengan Lisa ...
    Layannnnn

    ReplyDelete
  7. bedeb0r abes mula2 td... fuhhhh.... seb bek sume ok..

    ReplyDelete