Wednesday, December 7, 2011

my anticoagulant 15



“Lisa tak payah risau lagi pasal duit operation tu. Cik Miah datang sini nak bagitau, yang  Cik Miah nak tolong  Lisa dengan mama.  Pakcik pun dah setuju,”
Lidah dia kelu, tak percaya dengan apa yang didengarnya. “Cik…Cik nak tolong…? “
Teman mamanya mengangguk lembut. “Cik Miah dah kenal mama lama. Mama dah macam adik Cik sendiri,”
Lisa tak dapat menahan rasa terharu. Sifat murah hati Cik Miah padanya sekeluarga tak pernah hilang. Tapi, mahu ke Mama terima kalau tahu?  Dia tahu sangat Mama macam mana. Mama memang pantang terima belas ihsan orang.
“Mama takkan nak, Cik,”
“Sebab tu Lisa tak boleh beritahu Mama,” tegas Cik Miah. “Lisa boleh tolong Cik, kan?  Yang penting Mama Lisa selamat,”
Dia diam. Pesan Mama supaya tak berhutang budi memang dia ingat sangat.  Tapi bila melibatkan nyawa, akal sihat mana yang akan menolak?
“Siapa penderma yang dah setuju nak derma buah pinggang dia tu?” Tanya Cik Miah lagi. “Kalau boleh kita buat cepat,”
“Lisa sendiri,” Jawab Lisa pendek, namun cukup untuk  cawan Cik Miah jatuh terlepas dari tangannya.

“Doctor tengah cek Mama aku untuk pre-op. InsyaAllah operation start pukul 10 ni,” Beritahu Lisa.
“Kau takut?” Tanya Elle di tepi katil.
Dia geleng.
“Kenapa tak?” Teman itu bertanya lagi. Soalan pandai atau bodoh, dia tak peduli. Makin hari, dia rasa dia makin tak kenal Lisa, walaupun dia temannya yang paling rapat. Lisa yang dia tahu masa masuk kolej  dulu dah berubah sangat-sangat.
 Lisa yang dingin, darah beku. Suka pencilkan diri dan dianggap sombong semua rakan.  
Waktu di tingkatan satu, cuma dia yang sudi menghulur salam persahabatan. Di sebalik wajah dingin gadis itu, dia tahu ada sesuatu yang membelenggu fikiran Lisa. Gadis itu seperti berperang dengan jiwanya sendiri. 
Dia tak tahu kenapa. Sampai satu hari bila Lisa sendiri yang cerita.  
 “Bila kau buat semuanya atas nama kasih sayang, kau takkan rasa takut,” jelas Lisa tenang.
“Even untuk orang yang kau tak kenal?” Kad ikrar penderma organ milik Lisa yang ditemuinya diletakkan Elle ke atas katil. Kalau takat jadi organ donor untuk mak sendiri dia boleh faham lagi. Siapa lagi kat Malaysia ni umur 16 tahun ada kad macam ni?!  “You really surprised me…”
 Lisa gelak kecil. “Pasal aku ni macam orang yang tak ada perasaan?”
 Elle sengih lemah. Hakikatnya, Lisa sendiri tahu dia orang paling last dalam dunia yang akan kata Lisa tak ada perasaan.  
“ Credit untuk penyakit Mama aku ni…” Lisa menatap kosong jambangan bunga di atas meja. “Aku pernah mimpi, aku berdiri kat bangunan tinggi. Someone suruh aku lompat ke bangunan sebelah. Aku bagitau dia, sampai sudah pun aku takkan lompat!  But then, tiba-tiba aku nampak Mama aku kat situ. Mama menjerit minta tolong, sebab bangunan tu kena jilat api,”
 “Kau terus lompat,” Elle meneruskan sendiri. Mula mengerti.
Lisa angguk. “ Aku boleh hidup dengan satu buah pinggang, tapi aku tak rasa aku boleh hidup tak ada Mama. Lagi pun, erti hidup pada memberi. Tak ada guna pun bawak semua internal organs masuk kubur lepas kita mati.
 Ada hikmah Mama aku sakit. Sekurang-kurangnya ada manfaat untuk orang lain lepas aku tak ada,” Sambungnya lirih.
Elle mendakap tubuh Lisa. “Tapi sebelum tu, aku doakan hidup kau bahagia,” bisiknya. Ada sebak yang cuba ditahan.
Senyum. “Amin,”
Dakapan dilepaskan.
“Elle?”
“Hmph?”
“Kau jangan bagitau orang…”
“Aku tau. Semua orang tau kau sakit je. Sakit apa, aku tak bagitau,”
“Thanks,”
“Cuma  ada yang jahat mulut kat kolej yang kata kau sakit sebab buatan orang. Tak tahulah siapa!” Mendidih balik darahnya bila ingat.
Ekspresi Elle berubah bila melihat Lisa ketawa.
“Tak kelakar, ok?!”
“Ok, ok. Tak kisahlah pasal tu. Yang penting orang tak tahu. Kalau cerita ni sampai kat abang aku, aku tak boleh bayang apa yang jadi,”
Dah tiga bulan berlalu lepas peristiwa Mama jatuh pengsan di rumah.  Setakat ini semuanya masih dapat dirahsiakan dari abangnya. Rauf masih berperang dengan paper SPM.
Di luar wad melalui celah pintu yang sedikit terbuka, Mier mendengar semuanya.


Mier menarik nafas.  Wajah redup Lisa yang masih belum sedar ditatap lama.
Pembedahan sudah tamat dua jam yang lalu, namun dia masih tak berganjak dari situ.  Gadis itu tetap damai dalam tidurnya yang panjang.
Siapa awak sebenarnya, Lisa Adelina? An angel in disguise, yet  a damsel in distress?

Akhirnya Mier bangun, lalu melangkah keluar.

“Thanks, Eliza,”
“Aku buat ni pasal aku rasa kau patut tahu. I owe you one. Kau dah selamatkan dia dekat Fraser’s Hills dulu,”
“Don’t mention it,”  Fikiran Mier bercelaru. “It’s safe, right?”
“InsyaAllah,” Elle duduk, melepas lelah. “Kau sayangkan dia,kan?”
Senyap.
“Enough for you to fly and break into AQC grounds…” Elle menyindir dalam tenang.
Mier menoleh.
“ Terkejut? Aku bukannya rabun sangat sampai tak boleh beza lelaki dengan perempuan malam tu…” Pembahas terbaik AQC itu berkata lagi. “Don’t ever do that again. Dia dah banyak tanggung derita sebelum ni. Jangan tambah sakit dia,”

Dia masih bersandar di kerusi koridor di luar wad Lisa. Mata yang perih digosok perlahan.  
“Awak buat apa kat sini?” Seseorang melempar soalan di belakangnya.
Dia memusingkan badan.   Melihat sesusuk tubuh di depannya, hatinya membengkak. “Cikgu buat apa kat sini?” Sengaja soalan dilontar kembali.
Haikal merenung mata Mier dalam. “Saya nak tengok Lisa,”tuturnya.
Mier ketap giginya kuat.  Isn’t that obvious?  Sinis hatinya mendesis.
Bunyi gelas pecah di dalam wad Lisa menyentakkan mereka. Tanpa berlengah, masing-masing meluru ke dalam.
“Lisa, kenapa ni?”
“Abang…” Lisa cuba bangun, namun cepat dihalang Haikal. Mindanya berkecamuk. Dah berapa lama dia tak sedarkan diri?  Mama…Mama mana?! 
“Jangan. Awak tak boleh bangun dulu,” Haikal menekan punat memanggil nurse di kepala katil.
Abang?!   Mier yang menjadi pemerhati di situ mengangkat keningnya. No way. Kalau ya, kenapa Haikal bahasakan Lisa ‘awak’?  
“Berapa ramai abang yang awak ada Lisa?” Soalan Mier datar, membuatkan kedua-duanya berpaling kepadanya.
 Lisa yang baru menyedari kehadirannya di belakang Haikal berubah gelisah.  Panik. “Mier…awak buat apa kat sini? Mana awak tahu saya dekat sini?!” Tanyanya lemah.
Mier hanya berdiri tegak.
“Rauf tak tahu,kan? Please…cakap yang dia tak tahu…” Rayu Lisa. Pandangan yang masih berpinar-pinar kesan ubat anestetik umum cuba difokuskan pada Mier.
Lelaki itu membuka mulut. Namun tiada kata-kata yang keluar. Akhirnya dia cuma menggeleng.
Mata Haikal masih melekat pada Mier. Sebalnya memuncak.  “Get out,” Suaranya mencerun.
Mier angkat muka, melawan renungan tajam guru muda itu.  “Apa sebenarnya hubungan Cikgu dengan Lisa?” Terasa kesabarannya menipis.
Suasana hening. Tegang.
“Awak tak ada hak untuk ambil tahu,”
“Mier,please? Balik…”
 Permintaan dari mulut Lisa tambah mendidihkan darah Mier. “Saya takkan balik selagi saya tak dapat jawapan! ”
“Dia bakal tunang saya…” Ceplos Lisa, tanpa memandang ke arah Mier.  Dadanya mendadak terasa sakit mendengar kata-katanya sendiri. Hati bagai ditoreh pisau belati.

4 comments:

  1. Kenapa sedih sangat...
    Kasihan Mier... nak nagis sama dengan Mier lah...
    kasihan Lisa ...

    ReplyDelete
  2. akhirnya...ada gak n3. tq.
    betul ker lisa akan bertunang dgn haikal? huhu....cian lisa n mier.
    ~nor..

    ReplyDelete
  3. best..smbg cpt.

    ReplyDelete