“Bila Abang long sampai?” tanya Puan Salamiah bila melihat anak terunanya sudah berada di ruang rehat keluarga.
“Baru je,” terang Haikal sambil bangun mencium tangan emaknya yang baru pulang. “Abah mana?”
“Pergi masjid. Ada mesyuarat katanya. Sejak jadi ketua JKK ni, sibuk bukan main!” Emaknya mengomel.
“Mak pun sama je. Marhaban sana sini…” Haikal menyakat selamba.
Emaknya tersengih sungging. Bertuah punya anak. Dalam baik dia terkena batang hidung sendiri. Langkah Puan Salamiah terhenti semula bila melihat Haikal kembali duduk menatap album lama di sofa. “Apa mimpi buka album lama ni?”
Haikal senyum kecil tanpa sedikit pun menoleh. Ada sesuatu mencuit hatinya. “Saja,”
“Ada apa-apa yang mak kena tau ke?” Cuba memancing. Makin lama, makin banyak perubahan yang dilihat pada Haikal. Anak sulung itu makin ceria. Tak macam setahun dulu...
“Mak kata nak ikut Abang long balik Seremban. Jadi tak?” Dia mengubah topic.
“Jadi. Mak dah bagitau abah kamu. Teringin betul beli ikan sembilang salai tu dekat pasar sana. Ajak abah kamu, malas memanjang. Kalau la Hanisa ada…”
Wajah Haikal berubah serta-merta bila nama itu terpacul keluar dari mulut emaknya. Nafas panjang ditarik tanpa mampu disembunyi. Album diletak ke tepi.
Puan Salamiah juga terdiam. Rasa bersalah datang menerpa.
Hening suasana digamatkan dengan suara Hanif yang menjerit memanggil abangnya dari bawah.
Lisa merapati katil paling hujung wad, tempat mamanya terbaring tidak sedarkan diri. Wajah separuh abad itu ditatap sayu. Di sebalik kedutan yang makin kelihatan, mamanya masih tampak tenang.
Dia mencium dahi Puan Asmah lembut. Air mula bergenang di tubir mata. Tangan mamanya digenggam. Dia menangis teresak-esak dengan kepala menekur ke tilam.
“Mama tak bagi Lisa quit. Mama still larat jaga diri sendiri,” kata mamanya saat dia menyuarakan hasrat untuk keluar dari sekolah berasrama penuh tiga tahun dulu. “Lisa ingat senang ke dapat masuk sekolah tu?!”
Dia tersentak bila mama melenting. Tak pernah mama marah sampai macam tu. “Lisa…Lisa risaukan mama…” Suaranya tertahan. Siapa yang nak jaga mama kalau dia pun pergi? Abang dah dekat SDRA…
“Dah. I don't want to hear all this kind of nonsense. Pergi cepat siap!”
Pagi tadi dia mendapat panggilan dari Kak Ayu, yang memberitahu mamanya pengsan di rumah. Pemergiannya ke pertandingan akhir debat dibatalkan serta-merta atas persetujuan pihak sekolah. Tempatnya digantikan Fiza.
“It’s chronic kidney disease. Dialisis boleh bantu Puan Asmah bertahan, tapi kita tetap kena buat transplant…”jelas doktor yang merawat mamanya tadi.
Dia cuma mampu tunduk diam. Buah pinggang dah ada penderma. Tapi mana mahu dicekau duit berpuluh ribu tu?
Sejak mama diberhentikan kerja masa ekonomi teruk tahun 1997 dulu, hidup mereka memang susah.
Perlahan-lahan bahunya terasa diusap lembut. “Akak tak bagitau Rauf, macam yang Lisa minta. Tapi kita tak boleh terus rahsiakan dari dia. Lambat-laun Rauf tahu juga,” ujar Kak Ayu, jiran sebelah rumah yang banyak membantu selama ini.
Lisa angguk perlahan. Airmatanya dilap dengan tangan.“Terima kasih, kak. Lisa tak nak bebankan dia pasal mama. Buat masa ni biar abang focus dekat trial SPM dia dulu,” Sendu.
Rauf memang tak pernah diberitahu tentang masalah kesihatan mama. Mama sendiri yang tak bagi. Pandai mama berahsia. Dia tahu dulu pun pasal Kak Ayu secara tak sengaja terlepas cakap.
“Assalamualaikum,”
Lisa mengangkat muka. Bibirnya menjawab salam.
“Oh, Kak Miah! Lisa, ni kawan mama Lisa yang tolong hantar pergi hospital tadi,” beritahu Kak Ayu sambil melebarkan bukaan langsir yang menjadi pemisah ruang katil Puan Asmah.
Wajah wanita yang dikenalkan Kak Ayu direnung.
“Tak ingat Cik?” Tanya wanita sebaya mamanya itu, lembut.
“Cik Miah dari Kampung Baru dulu…?”
Puan Salamiah angguk sambil tersenyum.
Lisa bangun. Tangan wanita itu dicium penuh hormat. “Terima kasih Cik,” ucapnya.
“Sama-sama,” Tubuhnya didakap Puan Salamiah erat. "Mama tak sedar lagi?"
Lisa menggeleng.
Puan Salamiah angguk tanda mengerti. “Lama tak jumpa Lisa. Dah sama tinggi dengan Cik sekarang,”
Lisa mengukir senyum lemah. Memang. Dekat 6 tahun juga tak jumpa lepas keluarganya pindah ke Seremban. Dulu, dia dimanja dan diusung ke mana-mana wanita itu pergi. Disayang macam anak sendiri. Cik Miah tak ada anak perempuan. Tiga-tiga anaknya lelaki.
Saat itu, pintu wad 132 itu terkuak lagi. Kali ini kelibat pemuda yang menapak masuk membuat dia terpinga.
“Tu… Abang long, yang Lisa suka sangat dulu,” ujar Puan Salamiah, tanpa menyedari usikannya membuat tekak Lisa kering tak terkata.
Haikal, di sebaliknya, nampak tenang.
“Abang long,eh?” Dia memulakan bicara. Dari tadi meja di hujung cafeteria hospital itu senyap. Dua-dua berat buka mulut!
Haikal senyum tawar.
Lisa pandang raut muka guru praktikalnya itu sekilas. Sumpah dia memang tak cam langsung anak sulung Cik Miah itu sebelum ni. Lain gila…
Masa dia di darjah empat, Abang long masuk MCKK. Terus tak jumpa lepas tu. Dari apa yang dia dengar, Abang long dapat tawaran belajar ke Jepun lepas SPM.
“Kenapa tak bagitau?” Tanyanya. Janggal. Nak bahasakan diri apa pun dia keliru. Lisa? ‘Orang’?
“Abang long pun tak cam mula-mula,” jelas Haikal.
Memang dia tak perasan. Tapi lepas jumpa Puan Asmah di hospital dulu, Haikal mula sedar gadis itu pernah menjadi sebahagian dari keluarganya. Album lama yang dibuka semalam mengimbau semua kenangan dulu.
“Makanlah sikit. Nanti masuk angin perut tu,” Dalam lembut Haikal memujuk.
Wajah di depannya kelihatan runsing. Sugul. Sebentar tadi Puan Salamiah suruh dia bawa Lisa makan di bawah. Gadis itu mulanya keberatan namun akhirnya menurut.
Lisa diam sekejap.
Lelaki ini pernah jadi idolanya. Mentornya selain Rauf. Anak Cik Miah- yang paling pandai dan paling baik. Tapi dulu serabai bukan main. Rambutnya tak pernah terurus. Muka gelap dan agak cengkung sebab aktif sangat bersukan.
Haikal letak sudu dan garfunya ke pinggan. “Yang dari tadi dok pandang muka Abang long ni kenapa? Handsome sangat sampai susah nak percaya?”
Lisa tarik paksa senyum selamba. Agak la…“Abang long yang bayar duit hospital Lisa hari tu?” Tak susah mengagak, bila difikir-fikir balik...
Air muka Haikal berubah serba-salah. Akhirnya dia mengangguk perlahan.
“Nanti Lisa bayar balik,”
“Tak payahlah. Anggap tu tanda terima kasih Abang long untuk arwah papa Lisa sebab banyak tolong ajar dulu,”
Setiap butir nasi yang dikunyah Lisa terasa bagai pasir. You shouldn't have said that...
“Nanti Lisa bayar,”
“Degil…” Tukas guru muda itu.
“Baru tau ke...?”
Haikal gelak kecil , menampakkan sebaris giginya yang tersusun rapi. “Lama dah tau. Orang paling keras kepala dalam dunia…!”
lorrrr... ade kaitan rupenyerr.. abg long suka lisa ye... :p
ReplyDeleteaiyok...cne ngn abg hood nti....heheh...ish xpe ke rauf xtw...satg kalau die tw mse exam ke ape lg pyh...at least kalau tw awal mse terganggu sblm exam..huuu
ReplyDeleteadoiiii...
ReplyDeleteAbang Long ada hati dengan Lisa kan...
ReplyDeletehahaha... macaman dengan Mier .... ada yang makan hati ni....
layannnn
kenal rupe yer..abes ler mier...
ReplyDelete