Lisa masuk ke dalam bilik rehat Surau An-Nisa. Sudah jadi rutin, pagi Ahad lepas house meeting dan house cleaning, dia akan ke situ. Beg sandang dan buku-buku yang dipegang diletakkan ke lantai, lalu dia ke tempat mengambil wudhu’.
Selesai berwudhu', dia kembali. Suis kipas dihidupkan dan serta-merta bunyi putaran kipas di siling memecah suasana sunyi surau. Dia duduk melepas lelah di kerusi kayu berkusyen. Telekung yang diambil tidak terus dipakai.
Sekilas ingatannya melayang lagi pada imej Megat Terawis tempoh hari.
“Pisau di tangan Tuanku.Timun di tangan Tuanku. Dihiris tebal, teballah ia. Dihiris tipis, tipislah ia,” Terawis berujar dengan suara yang tertahan bila ditanya apakah dia membenarkan isterinya dikahwini Tengku Lela Pahlawan, anak Sultan.
“Abang…!” Dia terduduk menangis teresak-esak, sambil memeluk kaki Terawis. Airmatanya berlinang. Pilu.
Terawis tunduk memegang bahunya. “Dijunjung merekah kepala. Dipikul meruntuh bahu. Maafkan abang, Kamsiah,” Perlahan Terawis mengucapkan dengan nada sayu. “Kau kuceraikan dengan talak satu,”
Lisa memejam mata.
Demi Allah, pagi masa rehearsal , dia tak rasa apa-apa. Tiap kali masa jumpa Hood pun sama. Heart rate normal. Biasa. Malam tu je, dia rasa lain. Darah mengalir laju tiap kali ada scene berpegangan tangan. Muka Hood lain sangat masa tu. Real masculine…
Demi Allah, pagi masa rehearsal , dia tak rasa apa-apa. Tiap kali masa jumpa Hood pun sama. Heart rate normal. Biasa. Malam tu je, dia rasa lain. Darah mengalir laju tiap kali ada scene berpegangan tangan. Muka Hood lain sangat masa tu. Real masculine…
Entah kenapa bayangan Megat Terawis asyik datang. Renungan tajam mata ‘hero’ itu menghantui mimpinya tiap malam.
Astaghfirullah.
Dia meraup muka dengan tangan. Geram dengan diri sendiri.Terasa menyesal tak sudah join teater. Award tak seberapa, sekarang dia pulak yang gila!
Pintu bilik rehat itu terkuak tiba-tiba. Lisa mengangkat muka.
“Lisa…” Hood serba-salah. Ingat tak ada orang! “Er, sorry. Aku cari barang aku. Flash drive warna merah. Nampak tak?”
“Tak pulak,” Lisa menjawab. Kalau la Hood tahu...
Hood masih memerhatinya. “Dhuha?”
Lisa mengangguk.
“Nak join?”
Lisa gelak. “Dengan senang hati…”
“Add maths susah!!!” Sara melekapkan kepala ke meja. “Aku rasa nak kahwin je…”
Dia menoleh ke kiri, memandang deskmate yang dah berkerut seribu di celah-celah kertas soalan indices and logarithm yang diberi Puan Rafeah pagi tadi.
Prep petang di kelas hari itu agak sunyi berbanding biasa. Hampir separuh kawan-kawan sekelas hilang. Yang band members sibuk dengan latihan formation kat padang. Yang cadet polis ada pertandingan march pass. Belum lagi tolak prefects dan probationary prefects yang bertugas menjaga kelas prep juniors. Siapa kata time form four tu honeymoon year?
Prep petang di kelas hari itu agak sunyi berbanding biasa. Hampir separuh kawan-kawan sekelas hilang. Yang band members sibuk dengan latihan formation kat padang. Yang cadet polis ada pertandingan march pass. Belum lagi tolak prefects dan probationary prefects yang bertugas menjaga kelas prep juniors. Siapa kata time form four tu honeymoon year?
“Kahwin je la,” Usulnya selamba.
Tangkas tangan Sara mencubit lengannya.
Ketawa Lisa berderai. Nak kahwin konon! Pigidah. Mengamuk Dato’ Burhanuddin tu karang anak dia tak habis SPM dah gatal miang.
Buku di depannya ditolak ke tepi. “Soalan yang mana?”
Buku di depannya ditolak ke tepi. “Soalan yang mana?”
“This one. Given that log5 2= q and log5 9 = p, express log5 8.1 in terms of q and p,”
Lisa menatap soalan yang diajukan.
“Tukar la 8.1 tu jadi pecahan, jadi log5 81/10. Pastu log5 81/10 sama dengan log5 81 –log5 10…“
“Oh. Ok,ok. Aku dah nampak jalan,”
“Tak jadi kahwin dah?” Lisa mengejek.
“Jadi. Lepas aku siapkan soalan ni,”
“Eyot!”
Sara menyeringai dengan mata tak lepas dari buku latihan.
“When I die , bury me deep
Four feet down and fast asleep
Place my Maths book on my head
Tell my teacher that I am dead
Place my Chemistry book on my chest
Tell my teacher how I am at rest
Place my Physics book in my right hand
Tell my teacher nothing I understand
Place my Biology book on my left
Tell my teacher I tried my best
Also tell my teachers not to cry
For they are the ones who made me die!”
“When I die , bury me deep
Four feet down and fast asleep
Place my Maths book on my head
Tell my teacher that I am dead
Place my Chemistry book on my chest
Tell my teacher how I am at rest
Place my Physics book in my right hand
Tell my teacher nothing I understand
Place my Biology book on my left
Tell my teacher I tried my best
Also tell my teachers not to cry
For they are the ones who made me die!”
Penuh perasaan Sara bermadah.
“Poem dah basi,” cemuh Lisa. Yang tu hafal pulak,kan?
Tumpuan dihalakan kembali pada English essay yang dikarang. Kena habiskan sekarang jugak. Pukul empat dah kena pergi bilik sumber jumpa Puan Maria, guru debat mereka.
Tumpuan dihalakan kembali pada English essay yang dikarang. Kena habiskan sekarang jugak. Pukul empat dah kena pergi bilik sumber jumpa Puan Maria, guru debat mereka.
“Biar. Aku lagi nak muntah tengok paper ni. Enjoy lagi buat Physics!”
Kening Lisa terjungkit. “Add maths susah, Physics doesn’t?”
“No.Physics buat aku terbuaaaaiiii…”
“Since when?”Setahunya Sara memang selalu tersengguk time dalam lab dan dia la yang selalu jadi tukang cubit. Lab gelap macam tu, memang mengundang ngantuk!
Sara pelik kejap. “Oh, lupa. Kau tak masuk hari Isnin lepas, kan? Hahaha…”
Pen di tangannya berhenti menari. “Ada apa Isnin lepas?”
“Ada laaaaa,” Sara naik seronok melihat dia terkebil.
“Mengada!”
pendeknya....tak puas2..hehe
ReplyDeleteyelah,xpuas..dah la xde Mier.uhuk uhuk,rndu tau..de ape isnin lepas?cpatttt smbg..
ReplyDeletejuling mata tgk soklan add maths...huhu
ReplyDeleteok laa jdk penawar rindu:)
Oh yes! Physics memang lagi best dari add maths! Hands down :)
ReplyDeleteade laki kacak plak ke dtg ajar physics?hee
ReplyDeletemegat terawis tu hood?
ReplyDeleteamboi...nama hood!
haha...lisa terangau...
ReplyDeletekompem hood subht ngn sengkuang kan2..
hihi twin vs twin..
sweet as usual make my blood glucose unstable..
~xyz~
bila nAK sambung ni.best jugak cite dia.
ReplyDeletebest best best nak lagi !
ReplyDelete