Tuesday, July 19, 2011

my anticoagulant 5


“Wait. I know that look…” Hood rasa nak ketawa. “First, kau suruh mummy call aku keluar outing. Then, kau tiba-tiba tak kisah orang nampak kita berdua kat sini…”
Untuk kali pertama, dia dan Mier keluar berjumpa semasa outing harian di bandar Seremban. Lebih tepat di Seremban Parade, hari itu.
“Siapa kata aku tak kisah?”
Hood gelak.
Ye. Mereka duduk berhadapan di restoran makanan segera itu, tapi di dua meja berasingan.  Itu pun di tempat tersorok. Apa la nasib aku dapat kembar sengal macam ni… “Kenapa ni?” Lembut dia bertanya.
“Tak ada. Saja rindu. Salah ke jumpa kembar sendiri? ”
“Yeah, right,”
Mier melepas nafas panjang. “Fine. Aku miserable. You’re the reason I’m in this mess,”
“Bukan salah aku kalau kau ter-fall in love ngan Lisa…” Hood sengih.
Mier angkat kening.
 “Dari dalam perut mummy lagi aku dah boleh baca hati kau, abang…” Sengaja ditekan panggilan yang dah lama tak disebut. Agak-agak kalau perkataan 'abang' tu sebangsa dengan ferum, dah lama rasanya teroksidasi.
Pelayan restoran makanan segera itu dah pandang-pandang mereka dari tadi.
Hood tarik nafas.
“Mier, boleh tak aku duduk je depan kau? Mamat tu mesti ingat aku gila cakap sorang-sorang,”
“Tak boleh,”
Hood tetap bangun dan duduk semeja dengan Mier.
“Mya Asyikin, you’re wearing your baju rasmi and so do I-“
“Lantak la,” Pandangan Hood tertancap pada kelibat seseorang. “Lisa, sini!” Dia memanggil.
Mier menoleh sepantas kilat. Tiada siapa di situ. Matanya kembali mencerlung tepat pada Hood.
Ketawa Hood pecah. Sesaat kemudian air mukanya tegang. “Ok-ow… mulut aku memang masin hari ni. Mier, Lisa!
“Tak kelakar langsung…!”
“Hood?”
Suara seseorang di belakangnya membuatkan Mier kaku.
Gulp! “Hai, Lisa…” Hood menyapa perlahan. Mati la!
“Oh, sorry kacau. Aku tak tau kau tengah…dating...” Ujar Lisa bila menyedari ada individu lain duduk berhadapan Hood, berpakaian kemeja batik rasmi SDRA.
“Eh, tak…” Hood cuba membetulkan tapi kaki Mier yang menyepaknya di bawah meja membantutkan kata-kata. “Er, tak kacau pun,” Ya Allah, apa yang aku cakap ni? “Kenalkan, Mier. Mier, ni Lisa,”
Mier menoleh perlahan. Matanya dan mata Lisa bertentangan.
Darah Lisa berderau. Dan entah kenapa hati terasa macam kaca. Kaca yang dihempas ke batu.
“Hai,” Bibir Mier mengungkap sepatah.
“Hai,” Lisa membalas, hampir tak terdengar. Dia kembali mengukir senyum pada Hood. “Aku…pergi dulu...”


“Eh jangan!” Tegah Hood.
Riak wajah Lisa berubah hairan. “Kenapa?”
“Teman aku balik, please. Aku rasa tak sedap badan je dari tadi,” Suara Hood terus berubah. Seakan menahan kesakitan.
Muka Mier turut bertukar, pelik. “Dari tadi awak ok je,”
Awak?
Pape je la. The show must go on!
“Saya period pain!” Abang aku ni pun la, tak reti-reti ke nak act along? Nak kata bendul, tak jugak!
Lisa dah tak terkata melihat ‘kejujuran’ sang teman menyatakan jenis sakitnya secara specific di depan Mier.  “Ok,ok. Jom, kita balik. Naik cab,”
“Saya hantar sekali,” Cepat Mier menawarkan diri. Cuba menyembunyikan senyuman seboleh-bolehnya.
Mya, kau memang adik mithali!
 ****

“Ain, tak panggil Puan Wardah?” Lisa bertanya pada ketua kelas mereka
Kelas Biologi baru sahaja selesai. Sepatutnya Fizik dah start kira-kira sepuluh minit yang lalu.
Ain,  ketua kelas 4A bangun dengan mata kuyu. Tengah-tengah panas ni, memang ngantuk tak hengat! Di tambah pula dengan ceritera tentang diffusion dan osmosis dari suara lemah-lembut Mr Tan.
Sampai di pintu, dia seakan tersedar sesuatu. Terus dia berpatah balik. “Kenapa pulak aku kena panggil Puan Wardah? Dia tengah pantang kat rumah…”
“Afternoon, class!”
Serentak, satu kelas bangun memberi salam. Termasuk Lisa dan Elle, yang terkebil-kebil melihat guru baru mereka.
Di depan, lelaki yang dipanggil ‘Pakcik’ tempoh hari berdiri, lengkap berkemeja putih, berseluar hitam dan bertali leher.
Lisa telan liur.
‘Takat selipar jepun yang dah berkulat tu, beruk kat hutan belakang tu pun tak teringin nak curi…’
“Pakcik jaga, eh?” Elle di meja seberang merapatinya selepas doa penerang hati dibaca seisi kelas.
Sara dah sengih-sengih melihat kegugupan Lisa. “Kenapa? Kena sampuk?”
Mata yang tadi berat macam kena gam kembali segar melihat guru muda kacak itu di depan kelas. “Encik Haikal, cikgu praktikal yang ganti Puan Wardah!”
Lisa duduk perlahan-lahan, memerhati guru lelaki itu mula menulis di papan putih dengan tangan kidal. Kepala terasa berpusing laju.
“Saya dah janji nak bagi kuiz hari ni…” Haikal selesai menulis. Whiteboard marker ditutup dan dia mengangkat mukanya semula menghadap seluruh kelas. Matanya automatik tertala pada Lisa di baris kedua sebelah kanan. “You, come forward,”
Lisa dah rasa tak boleh bernafas. Dia bangun dan maju ke depan.
“Answer the question,” Marker merah dihulur Haikal.
Hanya bunyi kipas angin yang kedengaran.
“Saya tak suruh awak berdiri macam batu kat situ,” Kata Haikal lagi bila pelajar di depannya itu tetap berdiri pegun.
 Satu kelas hanya mampu memerhati. Lisa masih tak bergerak.
“Class, kita memang tak masuk lagi topic ni,” Ujar Haikal. “Tapi saya selalu beritahu, awak mesti study untuk topic yang awak akan belajar in advance. That’s why you have prep; to prepare,” Haikal terhenti di situ. “Bukan masa untuk curi selipar jepun saya malam-malam…”
Ada ketawa kecil kedengaran dari segelintir pelajar.
“It’s ok. You can go back to your seat now,” Haikal yang tadinya duduk di meja guru berdiri semula. “ Dia menarik kembali marker di tangan Lisa.
Marker pen itu masih tergenggam erat di celahan jemari Lisa.
Haikal memandangnya. Tak faham bahasa eh?
Kali ini Lisa tidak mengendahkan arahan Haikal. Dia berdiri menghadap papan putih. Tutup marker pen dibuka dan tangannya mula laju menulis.
Tiba di bahagian pengiraan, kalkulator Ain dicapai dan dibawa ke depan.

Tik! Dia memberi noktah di jawapan akhir.
Seisi kelas bersorak. Lisa kembali ke tempat duduk. Tenang.
Haikal senyum segaris. Dia menunduk memandang lantai sambil mengangguk-anggukkan kepala. Akur dirinya sengaja dikenakan, sekali lagi.



“Kau panggil dia ‘Pakcik’?!” Quin gelak besar.
Mereka berlima duduk mengelilingi meja di kantin. Habis je kelas Fizik tadi, semua meluru keluar untuk rehat, bersama sebahagian besar pelajar tingkatan lima dan empat yang lain.Waktu rehat pelajar tingkatan satu hingga tiga sudah lama tamat.
“Mana aku tahu dia tu cikgu praktikal!” Lisa membela diri. “ Takkan aku nak bahasakan dia ‘abang’? ‘Superman’ kat dining hall tu pun kita panggil ‘pakcik’…” Lepas peristiwa hari tu, baik dia mahupun Elle tak pernah teringat nak cerita pada sesiapa. Sehinggalah lepas jumpa 'Pakcik' tu tadi.
Sara sengih.
Betul jugak. ‘Superman’ alias Samsul, pekerja paling muda di dining hall tu rasa-rasa umur dalam 19 tahun lagi. Digelar Superman sebab suka sangat pakai t-shirt Superman. Kalau tak kaler biru, kaler hitam. Pastu merah. Esoknya lagi kelabu…
“Siapa yang curi selipar jepun dia?” Tanya Lisa. Pandangan dikalih dari Sara ke Quin. Kemudian Achom. Paling lama.
Quin melirik pada Achom yang tengah bersemangat menghirup kuah mee kari. “Cik Umi Kalsom binti Salleh la. Siapa lagi…”
“Ala, aku saja kacau manja,” Achom buat muka comel. “Suka sangat control cool, gaya-mutu-keunggulan!”
“Sekali dia ngadu kat Miss Becky…” Elle menyengih.
 “Kau dengan Lisa patut tengok malam Achom curi selipar dia tu. Sian dia balik naik motor kaki ayam…” Sara mengadu.
Diam sesaat, sebelum terburai gelak yang ditahan.
Lisa geleng kepala. Memang, muka masing-masing innocent. Serious. Hampir ¾ dari pelajar kelas mereka terdiri dari prefects. Tapi, sekali keluar mode nakal…wassalam!
Elle menolak piring mee goreng yang dah licin ke tepi. “Mujur kau yang kena tadi, Lisa…”
“Ha’ah…aku tak pernah tengok pun soalan SPM spesies tu,”
“Tu bukan soalan SPM…” Lisa bersuara, datar.
“Habis tu?” Spontan Elle, Achom, Quin dan Sara bertanya.
Lisa menarik nafas. “A Levels,” Cari pasal lagi, Lisa. Habis la hidup tak tenang lepas ni!


3 comments:

  1. habislah....lisa buat musuh dgn cekgu...

    ReplyDelete
  2. Anonymous19 July, 2011

    hehehee,agak nye Mier n si Haikal tu bkal brsaing x?..

    ReplyDelete