Friday, June 24, 2011

my anticoagulant 2


“Ikan gelama di sungai dalam
Perahu mudik ke Tanjung Belia
Tujuh purnama kasih kupendam
Mengharap adik masih setia

Dia melirik pada Terawis di pangkin. Bunga kenanga yang kembang di pohon dipegang, lalu dia membalas.

“Petik sayur si daun maman
Makan berulam daun pegaga
Habis tahun berganti zaman
Kasih kekanda kunanti jua”

Megat Terawis bangun menghampirinya.

“Bunga rampai di dalam puan
Buluh perindu di atas gunung
Adakah sampai kepadamu tuan
Rindu kekanda tidak tertanggung”

Seisi dewan ralit menonton adegan mereka. Penuh romantis dalam kiasan dan santun.

 Dia menarik nafas.

“Burung merpati terbang melayang
Singgah sebentar di pohon meranti
Rindu hatiku bukan kepalang
Wajahmu tuan termimpi-mimpi”

Terawis tersenyum.

“Sayang Musalmah pergi ke taman
Hendak memetik sekuntum bunga
Sudah ada dalam genggaman
Bilakah dapat hidup bersama?”

Lembut  anak muda itu menutur pertanyaan, sambil tangannya jatuh di bahu Che Kamsiah. Pandangan dijatuhkan pada seraut wajah di depan mata.

Tangan itu terasa agak kaku pada mulanya. Dan entah kenapa, ada perasaan halus menyelinap.  Darah terasa mengalir laju. Jantung berdegup kuat. Cepat-cepat, dia menundukkan wajah. Senyuman malunya tergaris di bibir.

“Anak campuran Cina-melaka
Pulang ke rumah di Bukit Pekan
Andai kena dengan cara
Nyawa dan badan dinda serahkan”

Dia menuruni tangga, keluar dari dewan. Degup kuat jantung tetap tak reda...


Lisa tersedar dari lamunan bila Elle menepuk bahunya dari belakang.

“Panjang menung? Ingat mamat debater nombor 3 tu tadi ke?” Elle meletakkan gelas teh aisnya ke meja. Sampai je kolej tadi, dia dan Lisa menyinggah ke kantin.

Dia senyum.  Pangkal hidung diurut. “Please la…”

Kalau aku bagitau aku teringat romantic scene dalam play hari tu, mau haru!

Elle ketawa. Blazer pengawas dan begnya dialihkan di kerusi sebelah. “Eh, hi Hood!” Dia menyapa sebaik sahaja melihat kelibat Hood di kantin petang itu.

"Hi,"

Leher Lisa dilipat ke belakang.

“Kau dah ok ke?”

“Erm. Haah. Ok dah kot,” Hood meletakkan buku bio atas meja mereka. Baru balik prep petang.  “Seminggu jugak aku melangut kat rumah. Semalam balik kolej. Macam mana debate?”
Kedua-duanya tersengih sungging.
“Kalau dah terdengar lagu kolej gegak gempita time bas masuk AQC tadi, faham sendiri la,” Balas Lisa.
Hood gelak. Adat budak kolej. Berita gembira bila menang akan dikongsikan sebaik sahaja kaki dijejakkan ke bumi Bukit Merbah. Biasanya supporters yang lagi semangat. Excited nyanyi sampai nak terkeluar anak tekak. Automatik satu kolej akan tahu.
“Congrats!”
Mereka senyum.
“Thanks,” Teh ais di depan mata disedut sehingga habis.“Lisa, aku balik dorm la,eh?”
“Tak makan?”
Elle geleng. “Tak jadi la. Nak mandi, sembahyang. Pastu nak qada’ tidur!”
“Kau naik la dulu. Aku kena makan jugak. Lapar sangat. Tadi cuak sampai tak lalu,” Balas Lisa. Tie di leher kemeja prefect dilonggarkan. Patut still rasa nak tercekik dari tadi. Teruja menang sampai lupa nak bukak.
 “Aku pun nak makan la…” Hood mengikat rambutnya.
“OK. Aku naik dulu eh.  Oh, Lisa, aku dapat permission warden tadi. Malam ni prep kita optional. Pass kan kat Fiza and Yanty, ”beritahu Elle pada Lisa.
Lisa mengangguk. Kelas prep optional, bermakna suka hati nak datang prep ke tak. Biasanya pilihan hati memang tak pergi la. Boleh duduk room. Rest.
“Kau nak makan apa? Aku ambilkan sekali,” ujar Hood pada Lisa sambil berdiri selepas Elle pergi.
“Tak silap aku ada bau Ayam Masak Merah tadi. Nasi separuh. Sayur apa-apa je. Thanks,” Lisa sengih. Berterima kasih sangat dengan pelawaan Hood. Dah tak larat nak berdiri. Kalau boleh tidur kat sini lepas makan, memang aku buat jugak…
Tak lama kemudian, Hood datang membawa dua piring nasi dan lauk yang sama. Masing-masing makan tanpa banyak cakap.
Dia dengan Hood memang tak rapat sangat. Kelas lain-lain dari tingkatan satu. Dorm pun tak pernah sama. Hood ada clique yang gila-gila. Dia pula jenis yang serious punya manusia. Memang clash…
Hood, aku tanya kau something, boleh?” Dia memecah hening.
Hood gelak. “Tanya je la,” Pelik la dia ni. Dah biasa kena cakap ‘Izin laluan’ agaknya…
“Malam tu, masa kat lounge, kira betul la kau dah kena Conjunc, kan?”
Hood terdiam.
“Tapi kenapa masa play, mata kau sihat wal afiat?” Berhati-hati Lisa mengeluarkan pertanyaan yang buat dia tak henti berfikir dari hari tu. Mata Hood masa on stage tak merah langsung! Ada satu kemungkinan je yang bermain di kepala. Tapi, rasanya mustahil sangat-sangat. Langsung tak logic!
“Actually, aku nak confess something dengan kau. Tapi, please jangan bagitau orang,”
Mata Lisa tak berkedip. Confess apa?
“Sebenarnya, aku…” Muka Hood serius. “ ada gen Edward Cullen sikit-sikit,” Bibirnya melakar sengih.
Wajah Lisa berubah ketat. Main-main la perempuan ni!
“Kau salah tengok kot masa tu. Aku duty kat sickbay malam lepas play. Masa tu yang kena jangkit,” Hood menyedut air blackcurrent sampai habis.
Sudu dan garfu di tangan masih pegun tak bergerak. Makes sense. Hood memang prefect sickbay. Tapi, mata dia sendiri tengok mata Hood kat lounge merah. Tak kan salah?
Soalan yang bermain di kepala dibiarkan berlalu.

Mier Izzuddin duduk menekur lantai.  
“Tolong aku, Mier…”
“Kau gila ke apa?!”
“Even mummy dengan daddy pun susah nak beza. Outing bermalam hari tu, kau dah banyak tolong aku practice kat rumah. Aku tau kau dah hafal semua skrip aku, acting aku. Siap practice silat Tok Chik lagi. Kau kan suka gila bab-bab filem Melayu klasik ni…”
“Kalau kena tangkap, macam mana? Ni rambut kau ni, tunggu tiga tahun lagi pun belum tentu rambut aku sepanjang ni…!” Sempat dia buat lawak keras.
“Aku ada wig. Takkan kantoi punya. Yang penting confident! Please la Mier ..."
WIG?!! Betul la kembar aku ni dah mereng! "Kau bukan sakit nak mati sampai tak boleh berdiri pun..."
"Aku kesian je dengan Lisa. Next week dia ada debate PPM Zon Selatan lagi. Kalau kena jangkit tak pasal-"
Wait…“Lisa siapa pulak ni?”
“Lisa Adelina. ‘Heroin’ aku,”
Masa tu, macam ada kuasa yang suruh dia terima idea gila Mya.
Dia dan Mya  twins. Bila Mya berpakaian lelaki, muka hampir seiras Mier .  Cuma air muka Mya lebih lembut dan rambutnya yang panjang mengurai menampakkan sisi ayu seorang gadis.
Malam tu, dia cuma menemankan Rauf fly. Ingat nak pekena roti canai dengan mee goreng mamak kat mapley depan Terminal One. Last-last kena tarik buat lencongan ke AQC. Satu-satunya sekolah yang dia tak teringin nak pergi!
Tambah tak sangka lagi, bila nampak Lisa berbual mesra dengan Rauf dalam hall lepas dia balik dari toilet. Gadis Ketua Pembangkang masa elimination round dulu tu ke awek Rauf?! 


“Sejak bila kau pandai panjat sini?”
Dia menoleh ke Rauf. Terkejut.
Panjang umur!
“Port kau ke? Aku tengok lubang ceiling tu boleh bukak, aku naik ah,” Balas Mier. Lima bulan pindah sekolah ni, macam-macam rules dia dah langgar.
 Rauf duduk bersila di tepi Meir.  Sejak join outbound kat Lumut March lepas, dia dengan Meir kamceng. Otak boleh masuk… “Dah lama tak naik sini. Dulu pernah kantoi dengan MJ,”
Dulu, panjat atap blok akademik memang satu kewajipan yang tak boleh miss tiap malam Jumaat. Masa tu je yang warden jarang nak check dan tak ada prep.
“Tak smoke pulak?” Selalu kalau ada Toi dengan Apis, hidungnya dah kena share bau asap.
Mier geleng kepala. “Memang tak smoke,”
Kening Rauf terjungkit sedikit. Impress kejap kat situ. Sebab benda-benda lain dia langgar je dalam sekolah  ni.

Masing-masing diam. Sesekali bunyi cengkerik kedengaran.

“Lisa tak boleh balik sekali. Debate PPM masa cuti ni,”
“Make sure lepas habis terus balik,”
“Ye la…”

Rauf mengeluh perlahan.

Hujung mata Mier dipicingkan ke Rauf. “Apasal kau? Rindu budak AQC tu ke?”
Ketawa Rauf lepas. Perlahan.  “Ha’ah,” Tiba-tiba ingatannya kembali pada malam Sabtu sebulan yang lepas. “Eh, hari tu yang tarik tangan kau, kembar kau eh?”
“Kau nampak?!” Mier terkejut.  Mampus!
“Nampak la,”
 “Jangan bagitau orang weh,”
Rauf naik pelik. “Kenapa?”
Tangan Mier mencabut rumput yang hidup terselit di celahan simen rooftop. “Tak... aku dengan dia, kitorang tak suka orang bandingkan kitorang berdua. Dari kecik…”  Bicaranya terhenti seketika. Malas pulak nak masuk memory lane yang tak best.  “Masuk sekolah menengah, dia pergi AQC, aku kat VI. Baru macam lega sikit. Bila tau aku dapat sini lepas PMR, we made a pact. No contact whatsoever in Seremban area. Unless if it’s urgent,”
Otak Rauf tak henti berpusing. Patutlah macam cacing kepanasan je hari tu masuk AQC. “Hari tu kira terdesak la?”
Mier diam.
Rauf menyembunyikan sengih dalam kegelapan malam. Sekarang dia dapat mengagak apa yang dia nampak dan dia tak mahu tanya banyak. Sendiri main api, sekarang gasak!
“Rauf, awek kau tu debater AQC,kan?” Spontan Mier gigit lidah. Dah banyak kali hati meronta suruh tanya. Tapi otak cakap jangan. Payah!
Rauf senyum segaris. Kan aku dah agak! “Kenapa?”
“Aaar? Erm… masa elimination round debat PPM-yang aku kena dare dengan Tajul tu, aku rasa macam dia…”
Rauf rasa nak ketawa. “Kau ke sengkuang yang mintak ‘izin laluan’ tengah-tengah ucapan penggulungan?”  Dia memang tak ambil tahu sangat penglibatan sekolahnya dalam debat Bahasa Melayu PPM. Tapi kalau dengar cara Lisa bercerita, memang nampak sangat dia hot gila dengan budak tu.  Mier Izzudin rupanya…
 “ ‘SENGKUANG’, DIA PANGGIL  AKU?!”
Senyuman makin lebar di bibir Rauf. Dia menepuk bahu Mier. “By the way, kau pergi PPM nanti untuk basketball,kan? Tengok-tengokkan dia untuk aku. Aku sayang dia sangat-sangat…” Rauf bangun.  “Blah dulu. Assalamualaikum,”
Mier menjawab dalam hati.
‘Aku sayang dia sangat-sangat…’
Air mukanya berubah lepas bayang Rauf hilang. Dia tarik nafas dalam.
Badan direbahkan. Mengadah ke langit malam yang penuh dihiasi bintang.
Lisa Adelina.
Kenapa balik-balik wajah itu yang terbayang?







canna: credit Pantun Berkasih Melayu Klasik:)

8 comments:

  1. haha...siot je rauf...die da tw hood ngn mier adk beradik...tp mier xtw lisa ngn rauf pn same kn?mier suka lisa kn...kn?ke x?rauf plak cm sje je nk bg mier pns.."aku syg dia sgt2"...haha...i like

    ReplyDelete
  2. oheemmmjayy
    jangan cakap, Mier suka Lisa.
    Hehehe..

    ReplyDelete
  3. dah terjatoh chenta ngan citer ni:)

    ReplyDelete
  4. Anonymous24 June, 2011

    hik hik,pekehal plak ngan romantik scene mlm tu...??

    ReplyDelete
  5. Anonymous25 June, 2011

    kan kan? tade plak cer pasal adegan romantik tu. mencari juge sampai akhir entry. tsk tsk.

    ReplyDelete
  6. Anonymous25 June, 2011

    ha3..nice....nk lg...
    -ana-

    ReplyDelete
  7. marathon yg ni plak...ngeeee

    ReplyDelete