Monday, January 30, 2012

my anticoagulant 16

6 tahun kemudian

“Morning Ma!”

“Cuba bagi salam. Dapat jugak pahala,”

Lisa sengih. Pipi mama dicium. “Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh, Puan Asmah Zainuddin…” ujarnya lembut.

Mamanya senyum senang sambil menjawab salam. Bebanan di tangannya diletak di meja kaunter. “Kasih mana?”

“Tidur lagi. Malam tadi entah bila dia masuk bilik Lisa,” Tau-tau pagi tadi dah tidur tengah-tengah katil. 

“Dia rindulah tu,”

“Manja sangat dah cucu Mama tu,” Lisa meneguk jus oren. Aroma coklat kek yang baru dikeluarkan Mamanya dari oven begitu menggoda.

“Macamlah dulu Lisa tak macam tu. Dah nak masuk darjah satu baru nak tidur bilik asing!”

Sengih Lisa panjang ke telinga.  “Kek ni ke yang nak deliver pagi ni, Ma?” Mama. Pagi-pagi lagi dah kelentung-kelentang dapur dibuatnya.

“Ye…”

Lisa duduk melangut, merenung kek di atas meja.  “Cantik…” Selamba.

Pantas lengannya dicubit Puan Asmah.  “Kek kosong tak siap lagi. Cantik apanya?!”

Lisa gelak kecil. “Tu dah siap masuk kotak…?” Tukasnya. Memang tak pernah pun Mama buat kek plain macam ni. Paling koman pun ada bunga sebiji kat atas fondant.  

Sejak  Mama memulakan bisnes kek lewat blog lima tahun dahulu, rezeki mencurah-curah. Saban hari dan minggu, ada sahaja tempahan yang perlu dipenuhi di sekitar Seremban dan Lembah Klang.  Hidup mereka juga mula berubah lebih senang.

“Hari ni Lisa yang kena buat. Mama bagi Kak Ayu cuti. Bawa kek tu, hias dekat sana,”

Erk??  Lisa pandang Mamanya, tak percaya. “Lisa yang kena buat?!”

“Sampai bila nak tengok je Mama buat?”

Terdiam dia di situ. “Kalau tak cantik nanti macam mana? Tak pasal-pasal Mama hilang customer. Lisa tak nak tanggungjawab…”

“Jangan nak mengelat!” Mama melepaskan apronnya. Biar pun suara Lisa kedengaran bimbang, dia tahu kemampuan anak gadisnya. “Baik-baik bawa kereta. Mama dah janji nak tengok kawan sakit,”

“Siapa yang mengelat sebenarnya? Kata je la nak jumpa Pakcik Johari!”

Kali ini telinganya menjadi sasaran. 

“Auwww, sakit la Ma…” Manja.

Puan Asmah senyum. Bukan kerana usikan Lisa. Tapi kerana melihat perubahan pada diri anaknya.  Syukurnya dipanjatkan pada Tuhan. Dia dapat semula Lisa Adelina yang periang satu ketika dulu.




Dia menelek kertas bertulis alamat yang diserahkan Mama tadi sekilas. Kalau ikut alamat, betullah rumah ni. Lisa keluar lantas menekan loceng di pintu pagar. Seorang pengawal keluar mendapatkannya.

“Ada apa cik?”

“Saya wakil dari Dapur Asmah, nak hantar cake…”

“Oh, masuklah. Nanti saya panggilkan pembantu rumah,” katanya memotong percakapan Lisa. Pagar besar itu automatik terbuka.

“Terima kasih,” Lisa kembali ke keretanya lalu masuk ke dalam kawasan rumah. Kembaranya diparkir di tempat redup.

“Mbak yang nganterin kue buat majlis tunangannya Layla?” Seorang pembantu rumah Indonesia awal 20an menghampirinya.

Dia termangu beberapa saat. “Kuih? Nggak. Eh, tak!” Lidahnya dah tersasul sama. “Kek,” Dia menjeling perkarangan banglo mewah tiga tingkat itu semula.  Tunang? Mati-mati dia ingat kek yang dibawanya sejauh 90 km itu kek kahwin…

Gadis Indonesia tadi senyum. “Iya,ya. Kek,”

“Er, kejap saya ambil dalam kereta,” Dia bergegas membuka pintu co-driver.

“Mau dibantu, Mbak?” Pembantu rumah itu menawarkan diri.

“Boleh jugak,” Dia sengih. Kecik tapak tangan, kek besar dia tadahkan!  Hias kek tu satu hal, tak ada orang tolong tu satu hal pulak.

Kek besar berdiameter 40cm  tadi dibawa masuk ke dalam rumah, bersama perlengkapan yang lain. Setibanya di ruang makan, Lisa tercengang. Ruang sebesar satu  tennis court itu sudah dipenuhi dengan hidangan di satu dining table panjang.

“Mbak bisa kerja di sini. Ntar kalau udah selesai kabarin saya di dapur,” beritahu pembantu rumah tadi.

“Er…baik,” Lisa mengangguk laju. Dia memulakan kerjanya di sudut hujung ruang makan.  Cupcakes comel yang sudah disiapkan sebelumnya disusun pantas. Fondant putih yang melapisi kek besar dicucuk hiasan kuntuman orkid dari bahan serupa.  Kemudian dia mencapai berus dan mula mengecat  dengan pewarna.   


Ralit, tanpa mempedulikan beberapa orang pekerja catering  membawa masuk pinggan dan cawan.

“Pandai kamu hias…” ujar seseorang dari belakang.

Dia menoleh, terkejut.

Seorang wanita berusia lewat 60an berdiri di belakangnya.  “Terima kasih…”  Tak tahu gelaran yang harus disebutkan. Toh Puan? Puan Seri? Datin?  Inilah padahnya main terima tugas tak usul periksa.

Apa yang dia tahu, kawasan elit Bukit Tunku ini dari dulu banyak didiami orang kenamaan dan individu penting dalam kerajaan…

“Panggil Mak Engku. Kamu anak Asmah?”

 “Ya, saya, Mak Engku,” Lisa mengiyakan.

“Cantik sangat,” Puji wanita itu lagi. Bahunya ditepuk beberapa kali. “Teruskanlah kerja. Mak Engku tak nak kacau. Oh ya, tadi Layla pesan, jangan letak nama atas kek dia. Macam-macam songeh…”

Lisa senyum. “Tak ada masalah,”

Wanita itu mengangguk dan berlalu, meninggalkan Lisa mengakhiri tugasnya.

 “Rosli, cuba telefon tanyakan rombongan Mier dah di mana?”

Berus di tangan Lisa jatuh. Bunyi  dentingan pinggan dan cawan yang disusun di sebelah sana tidak sedikit pun menenggelamkan kata-kata yang didengarnya.

Mier?

Dia menundukkan kepalanya.Jari-jemarinya terasa bergetar.




“Bila nampak Abang Long layan Lisa semalam, hati ibu Cik ni dapat rasa Haikal betul-betul sayangkan Lisa. Kalau memang Lisa yang boleh bahagiakan Abang Long, Cik Miah lagi suka,” kata Cik Miah lagi. 

Dia tak mampu kata apa-apa. Tekak kering Ditelan mati mak. Diluah mati bapa. 

“Cik Miah tahu ni semua tiba-tiba. Tapi percayalah, Cik Miah tak ada niat nak buat Lisa terhutang budi atau paksa Lisa terima Abang Long. Lisa ada hak untuk tolak. Cik Miah faham,”

Kepala yang dah pening makin terasa berpusing.

“Menung apa tu?”

Lisa tersedar bila Puan Asmah menyapanya dari pintu bilik. “Bila Mama balik?”

“Lama dah. Lisa je yang tak perasan,” Puan Asmah duduk di katil bersebelahan Lisa.  “Kenapa ni?’

Dia menyandarkan kepala ke bahu Mamanya sambil melepas nafas panjang. “Tak ada apa. Penat je,”

“Ingat cik abang ke? Tadi Haikal telefon. Esok dia balik, flight pukul 3 petang. Pergilah jemput,” Hidung anak gadisnya dicuit lembut.

Lisa cuba menyembunyikan perasaannya. Betul. Dia dah ada Haikal. Berita pertunangan Mier siang tadi tak bermakna apa-apa.

Kan?

Selesai sahaja tugasnya siang tadi, dia terus pulang. Urusan pembayaran juga ditinggalkan begitu saja. Biarlah Mama yang deal dengan Mak Engku tu nanti. Dia tak sanggup tunggu lama-lama.

Mier cuma sebahagian dari sejarah. Dia tak mahu ingat semua yang jadi dulu.

Tapi kenapa hati mesti sedih…?





Lisa memandu keretanya dengan berhati-hati. Jalan dengan selekoh tajam memang mengundang bahaya kalau tidak berwaspada. Apalagi  awal pagi tadi hujan. Jalan masih basah dan licin. Sesekali dia menyanyi kecil, menghilangkan kebosanan mengikut lagu yang dipasang.

Anak berusia 2 tahun di sebelah dikerling.  Malam tadi anak itu menangis mahukan papanya. Sudahnya, dia beralah. Pujukannya menjadi dan pagi ini dia mengotakannya.

Akhirnya dia tiba di balai pengawal pintu masuk Fraser Hills. Kenderaan sudah banyak berkumpul, menanti. Keretanya dihentikan.  Dia menjeling jam kereta. Masih ada beberapa minit lagi sebelum giliran kenderaan yang di atas turun berakhir. 

Brek tangan ditarik dan tingkap kereta dibuka. Angin dingin dari luar segar menerpa. Dia mencapai telefon bimbit .

'Lisa dah sampai. Abang still seminar ke?'

Sms dikirim. Seketika kemudian, telefonnya berdering. Laju dia mengangkat. Teruja. “Assalamualaikum!”

“Waalaikumsalam.  Lisa, abang habis petang. Kunci abang tinggalkan dekat receptionist.  Lisa rest dulu dengan Kasih dekat bilik. Kalau nak makan order je kat room service, ok?”

“Ok!”Senyum terbit di wajahnya.

“Kasih ok?”

Saat itu, matanya melekat  pada kelibat seseorang yang bersandar di pintu kereta di depannya. Jantungnya berdetak pantas dengan tak semena-mena.

“Lisa?”

“Hah? Er…ok,” Balas Lisa sedikit tergagap.

“Dengar macam tak ok je? Kenapa ni?”

“Tak. Gate nak buka dah. Bye,” Telefon dimatikan. Kelibat itu diamatinya cermat.  Sah, memang dia. Pantas Lisa menutup kembali cermin kereta.

Apa dia buat kat sini?!



Dia menatap pemandangan di balkoni bilik. Ketenangan hutan malar hijau banjaran Titiwangsa di depannya tak mampu menghilangkan kegalauan hati yang dirasakan saat ini.

“Lisa dah fikir masak-masak?” Tanya Haikal, selepas Mier keluar dari wadnya enam tahun dulu. “Abang tak nak Lisa menyesal,”

Dia angguk. “Satu je Lisa mintak. Bagi Lisa masa…”

Masa. Yang orang kata akan menyembuhkan semua luka. Tapi lepas bertahun-tahun, kenapa rasa itu mesti ada lagi? Lepas apa yang dia dah ada hari ini?

Lisa meraup mukanya. Lesu.

“Mama…” Suara kecil dari belakang menyapa.

Dia mengangkat muka, terkejut.

“Sayang mama dah bangun?” Rambut panjang mengurai gadis kecil itu dibelai. “Come, duduk sini…”


Kasih  membiarkan dirinya diangkat ke buaian untuk duduk bersebelahan Lisa. Botol susunya masih erat dipegang. Kepalanya terus dijatuhkan ke ribaan Lisa.

“Mengantuk lagi?” Tanyanya lembut.

Kasih angguk.

Lisa sengih tawar. Mana taknya…malam tadi pukul 3 pagi baru tidur lepas meragam kerana kemahuannya tidak diendahkan. Tak ubah perangai ayahnya!

You've got that smile
That only heaven can make.
 I pray to God everyday,
That you keep that smile.

Perlahan-lahan dia mendodoikan Kasih dengan lagu.

You are my dream
There's not a thing I won't do
 I'll give my life up for you
Cos you are my dream.

And baby, everything that I have is yours
You will never go cold or hungry
 I'll be there when you're insecure
Let you know that you're always lovely
Girl, cos you are the only thing that I got right now
One day when the sky is falling
 I'll be standing right next to you
 Right next to you
Nothing will ever come between us
I'll be standing right next to you
Right next to you.
You are my child
You make my life complete.
Just to have your eyes on me
That'd be mine forever.

Ubun-ubun Kasih dicium penuh kasih. Dialah penawar, dialah racun, yang menjadi penyeri hari-hari mereka sekeluarga.

“She’s so cute,” Suara dari atas memeranjatkannya.

 Lisa menoleh.

Reka bentuk hotel dengan balkoni yang bertingkat seperti tangga memudahkan pandangannya pada sesusuk tubuh yang berdiri di balkoni atas.

Wajah itu terlihat lebih matang. Cermin matanya juga sudah berganti frameless.  Mulut Lisa masih terkunci. Kaku dengan pertemuan yang tak diduga. Mujur dia masih mengenakan tudung yang belum dilepas sejak mereka tiba. Entah berapa lama dia diperhatikan dari tadi!

“She looks just like you,” ujar Mier. “Saya tak tahu awak dah ada anak,”

Lisa mengalih pandangannya kembali pada Kasih. Anak kecil itu sudah terlelap semula.

8 comments:

  1. Nice one! Tak sabar nak tunggu selepas ni. :) :)

    ReplyDelete
  2. hayarkkkk..bukn dgn mier ka???daku tumpang kuchewa sprt mier rasa huwaaaa....how life doc???:))

    ReplyDelete
  3. wah..apakah yg telah terjdi..
    knpa dgn haikal plak..
    aduss..palpitation smpi thp shock ni..
    xyz~

    ReplyDelete
  4. lisa ngan haikal? Owh....

    ReplyDelete
  5. Ni mesti anak abang Lisa.... Rauf...
    sambunggggg..... kasihan Lisa dan Meir

    ReplyDelete
  6. phew..! selamat marathon epi 1-16..!!
    adeyyy...pedih ati saye.. tp rasenye ni anak abg die ni.. c rauf tu.. herm, lisa bertunang ngan haikal ke.. nti mtk2 rauf citer la kat mier.. tp mier pon da tunang.. :((

    ReplyDelete
  7. Salam, adakah citer nie dah dinovelkan? Prasaan dah x karuan nk tahu ending citer nie.

    ReplyDelete