Tuesday, April 17, 2012

my anticoagulant 17

“Abang, Lisa nak balik!”
“Tapi kan Lisa baru sampai…”
Lisa memicit kepalanya. Mati akal. Dia tak mahu lama-lama lagi di situ. “Lisa tak boleh duduk sini. Not here at least,” Bisiknya.
“Kenapa ni? Cuba cakap dengan abang,” Rauf melepas nafas panjang di telefon. Apa pula yang tak kena tiba-tiba ni?
“Kita pindah Ye Olde Smoke House ke? Please…jangan tanya kenapa,” Ikutkan hati memang dia nak meluru ke kereta terus pandu sampai rumah. Tapi bila mengenangkan keletihan Rauf dan keterujaan Kasih untuk bermanja dengan ayahnya, dia tak sampai hati.
Kenapa sengkuang tu mesti ada kat sini?!
“Fine,” Akhirnya Rauf  berkata.
“Abang terus balik sana. Biar Lisa pack barang,” Putus Lisa. Telefon diletakkan. Pandangan ditala pada Kasih yang sedang menonton tv.
‘Saya tak tahu awak ada anak…’
Jadi Mier ingat Kasih anak dia.
Lisa duduk berhampiran anak buahnya sambil membelai rambut anak kecil itu. Sesak di dada cuba diredakan.
Biarlah macam tu. Sedikit pun dia tak kisah.
Pada Kasih, Lisa pengganti mamanya. Yang menjadi tempat dia menumpang kasih sayang selepas Aliyya, ibunya, isteri Rauf meninggal setahun yang lalu. Anak itu terlalu kecil untuk mengerti yang ibu kandungnya sudah tiada.
Pemergian Aliyya setahun lalu benar-benar membuat hidup Rauf tak tentu arah. Mereka berkahwin pada usia yang masih muda, saat sama-sama masih menuntut di tahun akhir pengajian. Setelah pulang dari Perth dan bekerja di tanah air, kehadiran Kasih Sophea menambah bahagia Rauf dan Aliyya. Namun kegembiraan itu ternyata tak bertahan lama setelah Aliyya terbabit dalam nahas jalan raya yang meragut jiwanya.


“Mama, takut…” Kasih sudah merengek menjauhi kuda di depannya.
“Tadi Kasih yang kata nak naik kuda?  Kuda tu kecik je. Tengok, comel,” Lisa masih memujuk. Pagi itu dia membawa Kasih ke tempat menunggang kuda atas permintaan anak kecil itu. Seminar Rauf akan berakhir petang nanti.
Kasih masih menggeleng-gelengkan kepala.

Horse stables di tengah-tengah rimbunan hutan cemara pagi itu masih tenang. Hanya beberapa pengunjung yang baru datang.
“You see that young man riding a horse over there? He looks like a prince charming, doesn’t he?” Lisa cuba menarik perhatian Kasih.
Anak kecil itu tiba-tiba tersengih. “A knight…!” Terpacul kata-kata itu dari mulut kecilnya.
Serentak dengan itu, lelaki yang dimaksudkan membuat putaran balik ke arah mereka. Lisa menarik nafas dalam-dalam. Indeed, he WAS  my knight in shining armour.
Doanya agar tidak terserempak dengan Mier ternyata tidak termakbul pagi itu.
Menyedari kehadiran Lisa dan Kasih, Mier mempercepatkan kudanya dan diberhentikan tepat di depan Lisa.
“Hai,”
Kasih tidak berganjak sedikit pun memandang kuda putih yang ditunggangi Mier. “I … like…your ‘orse,” Anak kecil itu berkata petah. Kagum merenung haiwan tunggangan di depannya.
“Thank you,” Mier melirik pada Lisa, kemudian kembali tersenyum pada Kasih. “Would you like to ride it with me?”
“No,” Balas Lisa cepat.
“Saya tanya anak awak. Bukan awak,” Ujar Mier selamba sambil melompat turun.
Lisa mengetap bibir.
“Mama, plishhh…” pinta Kasih dengan nada pelatnya.
Dia memandang anak buahnya. Tidak percaya.
Tadi takut sangat. Kenapa tiba-tiba berani pulak nak naik kuda besar?!
“Don’t worry. Saya takkan bawa dia lari. She’s safe with me,” Mier sudah mengangkat Kasih dan didudukkan ke pelana kuda.
Lisa tak mampu berkata apa-apa. Wajah Kasih yang sudah berubah gembira dikerling sekilas. Hasratnya mengambil Kasih turun dimatikan. Fine. Tapi kalau jadi apa-apa pada Kasih, sumpah dia takkan maafkan Mier…!
“Baik-baik bawak…” Pesan Lisa. Riak wajahnya penuh risau.
Kata-katanya membuatkan Mier memberhentikan kudanya sejenak lalu berpaling ke Lisa. Tangannya dihulurkan. “Naiklah sekali,” Ajaknya lembut. Tak sampai hati pula melihat kebimbangan di wajah bening itu.
Lisa merenung lelaki itu. Gila ke apa?! Cepat dia menggeleng.  
Mier turun dari pelana bersama Kasih. “Awak naik dengan anak awak, saya tuntun-tarik kuda…” Putusnya.
“Tak nak…!”
Rengekan Kasih mula kedengaran, membuatkan Lisa mengeluh perlahan. Degilnya melebur. Akhirnya dia naik juga mengikutkan kehendak si kecil.

Kaki diinjakkan berhati-hati ke pedal dan dia cuba memanjat.
Tiba-tiba, kakinya terasa tersadung sesuatu. Tubuhnya hilang keseimbangan. “Aaaa!!!” Dengan pantas, dia menangkap apa sahaja yang tercapai dek tangan.  

Sedar-sedar, dia sudah berada dalam dakapan Mier.
Air liur ditelan. Mukanya terasa panas. Darah berderau, memaksa jantung bekerja selaju-lajunya. Mata Mier bagai menusuk terus ke hati.
Ini kali pertama, dia berasa begitu hampir dengan lelaki itu sejak mereka berjumpa semula. Bagai terpukau dia seketika. Segala ciptaan Allah di wajah lelaki itu terlalu sempurna di matanya. Jarak waktu enam tahun tidak membawa banyak perbezaan kepada lelaki itu.

Cuma, lebih…kacak?
Refleks tangannya menolak Mier sekuat tenaga. Mujur lelaki itu tidak melawan. Dia mengambil Kasih. “Jom balik,”
Rengekan Kasih sudah tidak diendahkan.
“Lisa….” Mier cuba memanggil, namun Lisa sudah jauh meninggalkannya.


Mier membetulkan letak cermin matanya. Matanya terasa berpinar-pinar. Terus diletakkan semula cermin mata ke katil. Dia mencapai dompet di meja. Sekeping gambar dikeluarkan. Tubuh disandar ke belakang.
Gambar itu sudah tersimpan lama di situ tanpa pengetahuan sesiapa. Termasuk Mya. Rasanya Mya sendiri tak pernah perasan gambar itu wujud. Dulu waktu Mya minta dia tolong cucikan gambar di kedai, dia dah simpan gambar yang satu itu elok-elok. Sampai sekarang.
Gambar itu gambar dia sendiri bersama Lisa pada malam pementasan teater. Diambil saat adegan di taman bunga sekembalinya Megat Terawis dari berguru.
Memang…dia tak patut simpan gambar itu lebih lama. Namun baginya, senyuman Che Kamsiah pada Megat Terawis terlalu berharga.  Seraut wajah ayu berselendang batik itu ditatap.
Telefon bimbitnya berbunyi. Dia mengangkat malas.


“Mama still nak pergi jumpa Wan yang pernah halau mama dulu? Yang tolak mama mentah-mentah?” Lisa bersuara perlahan. “Yang hina kita macam…” Tak sampai hati dia meneruskan. Dari tadi dia menahan diri dari berbicara di dalam kereta. Masih tidak pasti dengan keputusan mamanya kali ini.
Awal pagi tadi mereka dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari mama. Dari Fraser Hills, mereka bergegas pulang menjemput mama dan terus ke Gombak.
“Wan tenat, Lisa. Berapa kali mama nak cakap? Hal yang dulu tak payah diungkit. Cuba belajar maafkan orang. Baru hati sendiri tak sakit. Baru Allah lapangkan hati kita…” Lembut Puan Asmah menasihat.
Rauf yang sedang memandu hanya diam membatu. Dia tak salahkan Lisa kerana terlalu berdendam dengan keluarga belah ayah mereka. Waktu itu mereka terlalu kecil untuk memahami keadaan. Seperti Lisa, dia juga turut merasai keperitan yang sama. Malah dia masih ingat setiap kata-kata yang dilemparkan Wannya kepada mama dan mereka adik-beradik.
“Pergi kau dari rumah ni! Jangan kau berani datang sini lagi, perempuan murah! Aku tak nak tengok muka kau lagi!” Jeritan Wan umpama halilintar yang memecah bumi.
Dia yang waktu itu baru berusia lima tahun hanya mampu menangis melihat mama diherdik di depan orang ramai.
“Kau boleh bawak anak-anak kau pergi. Jangan kau harap aku nak terima diaorang ni jadi cucu. Entah-entah bukan zuriat Anuar. Macam aku tak tahu!”
Khabarnya, Wan memang dah lama sakit. Selama ini Tok Wannya cuba mencari mereka sekeluarga, namun usahanya tidak membuahkan hasil. Sehinggalah malam tadi Mama sendiri tergerak hati untuk menelefon kampung.
Perlahan-lahan, keretanya menjalar ke halaman sebuah rumah agam di hujung kampung. Sehelai kain putih kelihatan terikat di batang kayu yang dipacakkan di tepi pagar.
Rauf berpandangan sesama Lisa.
Mereka keluar dari kereta. Puan Asmah memberi salam pada sekumpulan orang kampung yang berada di depan rumah. Suara orang membaca Yasin di dalam rumah kedengaran bergema sehingga ke luar.
“Asmah kan?” Seorang wanita kira-kira sebaya Puan Asmah menyapa.
Lisa lihat mamanya mengangguk. “Apa khabar, Kak?”
“Baik. Ni anak-anak Mah?”
“Ya. Anak-anak Mah. Ini Rauf, yang itu Lisa. Bila mak meninggal?”
“Subuh tadi. Lepas sembahyang jenazah dah dikebumi,”
“Mah…” Satu suara garau memanggil. Mereka bertiga menoleh.
Wajah itu makin dimamah usia. Namun kudratnya masih kelihatan bertenaga. Sebatang tongkat dipegang di tangan kirinya.
Tok Wan.


Kening Mier terangkat bila satu kelibat yang tak asing lagi kelihatan di celah-celah kaum wanita yang sedang membaca Yasin. Gadis berbaju kurung biru air itu masih tenang melantunkan bacaan.
Terus dia menundukkan kepalanya di balik tiang. Teragak-agak dengan niat asalnya. Pastinya saat dia masuk banyak mata yang akan bertumpunya padanya.
Patut ke dia masuk? Ke tak?
“You!”
Rasa nak gugur jantung sekejap. Entah waktu bila Lisa tiba-tiba muncul di sebelahnya. Perlahan-lahan dia menegakkan badannya semula. Cuba berlagak selamba.
“Awak buat apa kat sini?" Tanya Lisa. "Jangan cakap awak jadi stalker, ikut mana-mana saya pergi…”
Spontan dia membuat muka. “Jangan nak perasan boleh tak? Ni rumah Tok Wan saya. Ikut suka hati sayalah, mana saya nak pergi…” Balas Mier laju.
Lisa memandang tak berkelip. “Siapa Tok Wan awak?”
“Tok Wan dia, Tok Wan Lisa juga,” Haji Ahmad menerangkan dari belakang. Serentak mereka berdua berpaling ke belakang.
“Kamu berdua dah kenal?”
Lisa geleng. “Tak-”
“Ya…” Pintas Mier.
Mereka berpandangan di antara satu sama lain.
 “Tak kenal mana. Adik dia kawan Lisa dekat kolej dulu,” Lisa menjelaskan supaya Tok Wannya tidak salah faham. Yang sengkuang ni pun…!
“Mya?”
“A’ah. Rauf senior Mier…”Tambah Mier.
Haji Ahmad menganggukkan kepala.
“Tok Wan, Lisa balik dulu. Nak ambil Kasih,” Lisa cepat-cepat meminta diri. Cukuplah berkali-kali dia terserempak dengan Mier sepanjang minggu!
“Malam nanti Lisa balik sini ya?”
Seketika Lisa terdiam. Serba-salah. “InsyaAllah. Pergi dulu, Tok Wan…” Tangan Tok Wannya dicium dan dia terus berlalu.
Haji Ahmad mengalihkan pandangannya ke Mier semula setelah Lisa pergi. “Yang kamu tercegat dekat sini lagi kenapa?”
“Hah? Er..tak ada apa. Maaf Tok, Mier memang nak balik cepat. Tapi kereta rosak. Ni balik pinjam kereta kawan,” Ekor matanya mencari bayang Lisa. Kelibat gadis itu sudah tidak kelihatan. “Tok Wan…”
“Dia cucu kandung Tok Wan, anak Pakcik Anuar,” Potong Haji Ahmad. “Kenapa? Kamu suka dia?” Seakan sudah dapat membaca isi hati cucu yang satu itu.
Mier hanya melepaskan ketawa kecil. Dia menggeleng. “Orang tu dah ada anak pun Tok Wan. Mier baru jumpa semalam,”
Kening Haji Ahmad berkerut seribu. “Setahu Tok, Lisa belum kahwin. Rauf yang dah ada anak…”


9 comments:

  1. akhirnyeee....ad gak sambungan..
    lme tngu hehe,tq....

    ReplyDelete
  2. Lama tunggu baru timbul....
    tu lah siapa suruh serkap jarang ja....
    Ada mulut tanya jangan buat telahan sendiri... kan dua-dua makan hati....
    Layannnn

    ReplyDelete
  3. ahaaa lisa! kantoiii... :D

    ReplyDelete
  4. heheheeee,long time no see....next plizzz!

    ReplyDelete
  5. yeahhhh!! finally,.ader sambungan,, n finally terbongkar jugak status lisa.. hailaa2.. korang dua ni laa communication failed.. :)

    ReplyDelete
  6. ingtkan xde org nk follow dh.rupanya byk yg tunggu.sorry ye korang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik Canna,

      cepat2lah sambung, tak sabar nie nak tau....

      kak has

      Delete
  7. hehe..finally boleh comment kat sini..
    aik lisa maen kejar2 dgn mier plak..
    erm new story bru start..

    ape cer agknya ngn hero n heroin x jadi dorang ni?\\

    bakso~

    ReplyDelete
  8. uhh bru jupe blog ni td n mmg ta leh na brenti bace smpi bb 17..
    really ta suke kt haikal n cik miah y amik ksmptn..huhu na tlg,tlg la secara ikhlas..ok myb diorg ikhlas im a bit emo here..
    n lisa knape stuju na tng ngan haikal..kalau suka ckp suka, kalau tak nak cakp tak nak..ok emo lg..n btul ke layla tu tng mier..plis jgn buat layla tu tng mier..haha demand btol..
    hope to see next entry by this weekend..tq so much writer..

    ReplyDelete