Tuesday, September 13, 2011

my anticoagulant 9

“Dia kena rehat. Biarkan dia tidur,”
“Dia kena pergi hospital,nek…” Mier pandang Lisa yang dah terlena.
“Kamu nak pergi macam mana?”
Mier terdiam. Hujan di luar pondok lebat menggila. Sesekali kilat sabung menyabung dan guruh di langit kedengaran.  Hari pun dah malam. Dah pukul lapan.
“Kamu tak percaya dengan ubat nenek, kan?” Nenek tua itu senyum. “Itu akar cina putih dan keladi lekir, ubat bisa ular,”
Dia pandang herba di dalam mangkuk tadi. 
“Kamu tak payahlah risau. Bisa tu tak seberapa. Esok pagi kalau nak bawa juga pergi hospital, pergilah,”
“Nenek siapa?” Soalan yang nak ditanya dari tadi keluar juga dari mulutnya. Dari tadi dia dah rasa lain.  Dalam otak dah fikir macam-macam. Dalam hutan segini tebal, macam mana tiba-tiba ada nenek yang boleh survive tinggal sorang-sorang?
Jangan-jangan dia dah masuk kampung bunian…
“Nenek kebayan,” Kedut di wajah tua itu kelihatan dalam kesamaran lampu.
Wajah Mier tegang. Bulu romanya menegak.
Nenek itu ketawa perlahan. Selimut ditariknya menutupi badan Lisa. “Tak adalah. Nenek bidan kampung Dusun ni. Tapi selalu juga orang datang berubat. Panggil Nek Jah,”

Lisa terbangun malam itu dek bunyi guruh. Persekitarannya diamati dengan pandangan yang berkunang. Pondok buluh beratap rumbia itu suram, diterangi satu-satunya cahaya pelita. Di sebalik langsir yang memisahkan ruang depan dan bilik itu, Mier tidur dalam keadaan duduk memeluk lutut.
Darah berderau untuk kesekian kalinya. Lisa meraba tudungnya. Masih di kepala. Jacket Mier menutup badannya.Dia cuba duduk. Mier dipandang semula.
Hatinya tersentuh.
Bunyi guruh yang lebih kuat dari tadi mengejutkan Mier dari tidur. Terasa seseorang sedang menyelimutkan badannya. Dia angkat muka. Dilihat Lisa di depannya. Pandangan mereka bertemu.
Lisa terkesima. Dia mengundurkan semula duduknya ke belakang.
 “Sakit lagi?” Tanya Mier. Suara serak basah bangun tidur.
Soalan Mier tak dijawab. “Kita kat mana ni?”
“Berat awak berapa?” Mier bertanya tiba-tiba.
“Hah?” Kening Lisa berkerut.
“Nampak je kurus. Nak patah pinggang saya dukung awak …!”
Lisa mengetap bibir sambil memejamkan mata sesaat. Cuba menyembunyikan rasa malu separuh geram.  Tak payah la sebut!  “Dah tau sakit belakang yang pergi tidur macam tu lagi kenapa?” Sempat dia  mengomel.
Mier tahan senyum. Kalau dah debater tu, debater juga. Ada je nak jawab!
“Sakit lagi tak?” Tanya Mier sekali lagi. “Tadi Nek Jah bawa datang sini, kat pondok dia. Ubat tu dia yang bagi. Tak ingat?”
Lisa angguk perlahan. Baru teringat. Bayangan saat Mier mendukungnya di belakang dan berjalan dalam gelap muncul. Dan bayang seorang wanita tua memberinya minum air akar kayu malam tadi.  “Ok sikit rasanya,” Tak sesakit semalam.

Nafas berat perlahan dilepaskan bila teringat cikgu dan kawan-kawannya. “Diorang mesti risau…” Menyesal tak sudah dengan tindakan gila petang semalam.
“Esok pagi kita keluar. Tidurlah dulu. Nek Jah dalam bilik sebelah. Dah tidur jugak agaknya,” Mier bersuara lembut.
Lisa menyelak selimut yang meliputi kaki. Baru perasan buku lali kirinya berbalut.
“Nak pergi mana pulak tu?” Soal Mier bila Lisa mula mahu bangun.
“Saya belum sembahyang,” Jawab Lisa. Maghrib tadi pun terlepas.
Mier terdiam. “Saya tolong,” Katanya.
“Tak payah.”
“Kaki awak luka. Air perigi tu pulak kena timba. Jangan degil,” kata Mier. Nak kejutkan Nek Jah, dia tak sampai hati.
Lisa diam. Dia cuba berpaut pada tiang pondok untuk bangun. Bisa di kaki kiri yang terasa petang semalam berganti kebas. Dek hanya mengandalkan sebelah kaki untuk berdiri, dia terjelepok semula ke lantai.
Mier menghampiri.  
Lisa akur. Tangannya bergetar bila Mier membantunya berdiri, menuruni tangga dan memimpin dia ke bilik air, ditemani cahaya pelita yang dipegang di tangan kiri.
“Awak boleh keluar. Saya nak buka tudung,” kata Lisa perlahan bila Mier selesai menimba air. Berdua-duaan dengan Mier dari tadi betul-betul buat jantung bekerja separuh gila!
Mier angguk.
“Mier…” Tiba-tiba Lisa bersuara, sedikit teragak-agak.
Lelaki itu menoleh.
‘Jangan pergi mana-mana. Saya takut guruh…’  Kata-kata tersimpan di tekak. Tak terkeluar.  Antara segan dengan Mier dan takut guruh, dia lagi pilih segan... “Terima kasih,”
Mier angguk lagi.  “Saya tunggu kat luar ni. Jangan takut,” Dia tau Lisa gementar. Tadi masa memaut lengannya, pegangan Lisa lebih kuat terasa tiap kali terdengar guruh berdentum.
Lisa lega. Pintu bilik air ditutup dan tudungnya dibuka  Dia mencedok air. Refleks tangan ditarik semula. Grrr…sejuk macam air batu!

Lisa menunaikan solatnya dalam keadaan duduk. Selesai solat, dia berteleku di sejadah Nek Jah.
“Papa awak dah meninggal?”
Suara Mier di balik langsir buat Lisa menoleh terkejut. Ingatkan dah lama tidur!
“Sorry. Masa tidur awak mengigau,” Suara Mier perlahan, diiringi bunyi renyai hujan yang makin reda di luar. Dia tak boleh lupa sendu sedan dan linangan air mata Lisa dalam tidur. ‘Papa, jangan pergi!’  Berkali-kali gadis itu mengulang dalam lena.
Lisa senyap sejenak. “Tahun lepas,”
Mier diam.
“Tempat ni banyak ingatkan saya pasal papa,” Tercetus kata-kata dari mulutnya tanpa diminta.
Batuk Nek Jah menyebabkan mereka berdua berpaling.
“Kamu dah bangun rupanya. Eloklah. Kejap lagi dah Subuh,” Nek Jah menghampiri Lisa. “Macam mana cu? Sakit lagi?”
“Dah baik sikit rasanya, nek. Terima kasih sebab tolong,” Lisa senyum.
Pintu pondok itu tiba-tiba diketuk. Nek Jah bangun menghala ke pintu.
“Nek, Ati nek. Ati dah nak bersalin!” Lelaki di hadapan pintu berkata dengan nafas terputus-putus.
“Hah… Ya lah. Tunggu kejap,” Nek Jah mencapai bungkusan kain batik di tepi pintu, seraya berpaling pada mereka berdua. “Kamu tau jalan balik tak? Kalau tak, tunggu nenek balik nanti, nenek hantar…”
“Eh, tak apa nek. Takut lambat sangat nanti,” Cepat Mier membalas.
“Kalau macam tu, kamu ikut denai depan pokok rambutan tu nanti. Keluarnya tak jauh dari pekan,”
“ Terima kasih sekali lagi nek” ucap Lisa.
Nek Jah  senyum.
Lisa menoleh sekilas pada Mier sebaik saja Nek Jah pergi. Tinggal mereka berdua di situ. Mier melihat.
Cepat dia berpaling kembali, ke arah kiblat. Serba tak kena.
Mier senyum sedetik. Jangan risau, wak. Saya bukan orang jahat pun. Dia bangun menuju ke dapur.

“Sure ke jalan ni?”
“Saya lalu jalan ni semalam. Saya tahulah,”
Lisa lihat sekeliling. “Tapi saya rasa dekat tiga kali kita berpusing kat tempat ni,” Dahlah jalan bertongkat. Kalau dah dua tiga kali tawaf kat tempat ni, memang tak kelakar…
“Betul denai ni. Boleh jalan lagi tak?” Tanya Mier. “Ke nak berhenti kejap?”
 Dia menggeleng. “Tak payah. Jalan je terus,” Luka terasa begitu perih terkena embun dari tadi, walau kaki berbalut. Tapi, kalau sikit-sikit berhenti, bila nak sampai?
Mier mengerling ke kaki Lisa. Di situ tumpuannya terpaku. Balutan Nek Jah mula bertukar warna. Warna darah. Dia mengangkat semula muka memandang Lisa. Sungguh la dia ni degil…!
Dia melutut di depan Lisa. Hujung baju tshirt yang dipakai dikoyak dengan sekali carik. Dibalut ke kaki gadis itu.
Lisa hanya memerhati gerak tangkas jari Mier membuat lilitan dan simpulan. Kenapa mesti  macam ni, Mier?
Peristiwa didukung Mier malam tadi terimbas kembali.

Kerisauan Mier saat itu jelas terbayang. Lelaki yang selama ini hanya memandang dengan pandangan dingin, panik memikul dia di belakang.

Dan dia... di sebalik cemasnya Mier ketika itu, dia dah rasa dia cukup selamat.  
Mier ditenung lagi. 
As if you're meant to be my knight in shining armour.... 
Simpulan selesai. Mier memandangnya semula dengan senyuman. Menawan hati dan menggetar perasaan.
 I might give up my heart without a fight.

7 comments:

  1. wah....!!! suka sangat!!!

    ReplyDelete
  2. So Sweet..
    baik betul hati Mier kan...

    ReplyDelete
  3. perghhhh....alahaiiii..inche MIr cam sengaja xmau cari jln kluar ja ni hihihi =)

    ReplyDelete
  4. ade yg jatoh cinta nampak...;)

    ReplyDelete
  5. adoi.. palpitations aku membaca crite ni~

    ReplyDelete
  6. ecececececehhhhhhh...best giler!!

    ReplyDelete
  7. alahai.... r0mantica de am0ur sungguh aih

    ReplyDelete