Monday, August 15, 2011

my anticoagulant 8


Perjalanan mereka keesokan harinya berjalan lancar. Kenderaan ke Fraser’s Hill tidak sebanyak kenderaan yang bertali arus ke Cameron. Mereka tiba di Fraser’s Hill lebih awal dari yang dijangka. Bas AQC berhenti betul-betul di depan sebuah villa berkembar ala-Tudor di atas bukit.
 Lisa melangkah keluar dari bas bersama yang lain.
Villa comel dengan halaman yang tertata rapi itu dipandang. Di luarnya, terletak sebuah buaian besi diapit pohon mawar renek di kanan dan kiri. Angin dingin yang berhembus menyapa wajah. Seakan menyambut dia kembali.

“Papa, amik gamba adik kat sini!” Dia duduk di buaian itu sambil ketawa riang.
  Papanya tersenyum dan mula membidik kamera. Seketika kemudian Rauf berlari menyertainya.
“Abang sibuk!” Dia menjerit marah.
“Abang pun nak ambil gambar jugak!”
“Jangan gaduh…”

Terasa ada air yang bergenang di kelopak matanya.
“Lisa, kau nak berdiri kat situ sampai Subuh esok ke?” Yanty yang berada di belakangnya tersengih melihat dia yang dari tadi masih terpacak di situ.
Lisa senyum sesaat.
Mier yang sedang mengangkat beg galasnya di tempat letak bagasi bas mengerling seketika. Sepasang mata bening itu kelihatan sayu.

Makan tengah hari pada hari itu disediakan khas oleh pihak pengurusan villa. Atas cadangan Mr Chan, mereka menikmati makan tengah hari bersama-sama di atas rumput di halaman belakang villa. Masing-masing kelaparan. Cuaca dingin  menambah selera makan.
“Assalamualaikum,”
“Haikal!” Puan Maria terkejut.  “Waalaikumsalam,”
Semua mata tertumpu pada lelaki di sebelah Miss Angeline.
 “I met him at the lobby by coincidence,” Miss Angeline memberitahu sambil tersenyum. “Dia baru mahu makan, so I invite him to join us,”
Puan Maria mengangguk. Haikal dikenalkan kepada Mr Chan. 
“Datang seorang?” tanya Mr Chan.
“Datang dengan kawan. Saya nampak bas AQC masuk tadi,” Guru muda itu berkata. “Tak tahu pula ada trip AQC pergi sini. Kalau tahu saya tumpang dari mula. Save duit minyak kereta saya…”
Puan Maria ketawa kecil. “Lisa,” Panggilnya bila Lisa melewati. Langkah Lisa terhenti. “Tolong ambilkan pinggan untuk Encik Haikal kat dalam,” Pinta gurunya.
Lisa melirik sekilas pada guru Fiziknya. Hasratnya untuk mengelak dari berdepan Haikal tak kesampaian. “Baik cikgu,”
Mata Haikal menyoroti langkah gadis itu.
 “Saya minta maaf tentang malam tu. Tapi memang bukan saya yang curi selipar cikgu,” Petang itu juga Lisa datang menemui dia di cubicle-nya.
Dari hanya menoleh, kali ini Haikal memusingkan kerusinya menghadap Lisa, perlahan.
 Dia bukan jenis pendendam. Tapi entah kenapa bila melihat Lisa pagi itu di kelas, akalnya nakal mahu mengenakan. Ternyata gadis itu lebih bijak!
Wajah itu direnungnya.“Siapa ajar awak Physics?”
Lisa terdiam seketika. “Arwah papa…”
Sebuah pinggan dihulur Lisa tepat di depannya. Haikal senyum menyambut. "Terima kasih,"
Mier yang duduk  di bawah cemara sana cuma memerhati.

“Cepat kau balik?” Tegur Zaim bila melihat Hairul menghampiri dia dan Mier di anjung.
 “Bosan la. Tak ada apa pun. Sepuluh minit dah habis tawaf tempat ni …” Hairul meletakkan jacket ke kerusi lalu ikut duduk menekur papan catur, menyaksikan perlawanan Mier dan Zaim.  Tangan gatalnya menggapai knight Mier. Ditempatkan di depan queen Zaim.
Mier menyambar semula knight hitamnya dan diketuk kuat ke kepala Hairul, sebelum meletakkannya semula ke posisi asal.
Berkerut dahi Hairul. “Sakit la weng!” Kepalanya digosok. 
“Bosan jangan kacau orang…”
Hairul sengih kerang.. “Aku tau kenapa kau tak bosan…”
Zaim mengangkat mukanya, memandang Hairul kemudian Mier.  
"Pasal aku environmentalist club punya vice president..." Mier tenang menyingkirkan pawn putih. 
Hairul buat muka.
Zaim senyum. Tiba-tiba, dia tersedar sesuatu. Kedua tangannya ditampar ke meja, keriangan. Bishop dibawa tepat menghadap King kepunyaan Mier secara diagonal. “Checkmate. Hahah!”
 Mier menjatuhkan King-nya. Geram. 
“Weh, Mr Chan ajak jungle trekking. Jom?” Zack, ketua pasukan yang baru masuk ke bilik tidur mereka yang bersambung dengan anjung mengajak.
Zaim sengih panjang. “Jom. Aku pun dah bosan asyik menang,”
 Hairul turut bangun. “Kau ikut tak, Mier?”
“Malas…” Mier menggeleng kepala.


Lisa menyusuri denai belukar di depannya sendirian. Langkah diatur kemas.
Dia tahu jalan denai yang satu ni. Papa pernah bawa dua kali. Ada mata air menanti di depan kalau terus berjalan dalam 15 minit…
Dia menoleh semula ke belakang. Villa mereka masih kelihatan dari situ. Elle dan Dini di villa, menonton tv. Yang lain dah ke tempat menunggang kuda. Dia teragak-agak.
Nak pergi ke tak nak?
Jam tangan dilihat. Baru pukul 4.30 petang. Perlahan-lahan, dia melangkah juga. Ciak burung sesekali menemani.



Elle menjengah ke luar tingkap. “Lisa ada bagitau tak dia nak pergi mana?” Tanyanya pada Dini.
“Dia kata nak jalan dekat-dekat sini je,” Mata Dini masih menatap rancangan kegemarannya di tv. Sanggup tak ikut berjalan.
Elle menyarung tudung. Hati mula rasa tak sedap. Dah sejam Lisa tak balik-balik. “Aku keluar kejap,” Pintu villa dibuka. 
"Ok,"
Di luar, bayang Lisa tak kelihatan. “Lisa! Lisa!”
Dia ke laman belakang. Lisa masih tiada.
“Saya nampak dia masuk hutan tu tadi…” Satu suara mengejutkan Elle dari belakang.
Elle berpaling. “Hah?!"  Kali ini Elle betul-betul gelisah. "Dia buat apa masuk situ?”  
Mier angkat bahu. “Dia tak bagitau saya pulak. Saya bukan suami dia pun yang dia nak minta permission,”
Elle rasa nak debik je Mier kat situ. Aku tengah risau dia boleh buat main!
Mier memandang semula ke hutan di belakang villa berkembar mereka. “Macam ni la. Biar saya cari dia dulu. Awak tinggal sini. Kalau saya tak balik sejam lagi, bagitau cikgu awak…”
 “Ok,” Laju Elle bersetuju. “Please, cari dia sampai dapat. Saya tak sedap hati tiba-tiba,”
Mier mengangguk, meninggalkan Elle di situ.
Jalan masuk ke hutan itu diteroka. Setapak demi setapak kaki melangkah. "Lisa!"
Lisa, mana awak?
Demi Allah, bila dengar suara Eliza memanggil Lisa, hatinya sudah dipalit risau. Cepat dia dapat mengagak Lisa belum balik. Sepantas kilat juga dia keluar ke laman. Kerisauan yang tak terkata cuba ditutup sedapat yang boleh di depan Eliza…
Sepasang mata Lisa tengah hari tadi terbayang kembali. Bersilih ganti dengan suara Rauf yang terngiang di telinga. ‘Tolong tengok-tengokkan dia. Aku sayang dia sangat-sangat…’
“Lisa…!” Dia memanggil. “Lisa!” Sesekali dia menunduk melewati dahan pokok setinggi bahu.
Persekitaran di sekelilingnya mengingatkan Mier pada 'Kolej 56', sebuah filem lama yang pernah ditontonnya dulu.

 Oh kesuma jiwaku
Mari ubati
Rindu hamba

Suara Roslan memanggil Mawar, bagai suara Tuah memanggil Melor.


Agak-agak kalau dia nyanyi macam tu, Lisa menyahut tak?


Mier menggeleng-gelengkan kepala. Sempat lagi tu.  Focus Mier, focus...
Matahari sudah semakin menghampiri ufuk barat. Mier meneruskan langkah. Entah sudah berapa lama dia berjalan. Kerisauannya makin memuncak. “Lisa…!” Tekak terasa perit memanggil.
Dingin senja terasa menggigit kulit. Kelam hutan yang berkabus agak menyulitkan pandangannya.
“Mier…”
Serta-merta Mier berpusing. "Lisa!"
Di depannya Lisa berdiri lemah, tangannya berpaut pada sebatang dahan.
Mier membuka jacketnya dan menerpa ke Lisa. Disarungkan pada tubuh gadis itu. Mata Lisa basah. Wajahnya pucat.
 “Mier, saya…saya kena patuk ular,” Suara Lisa hampir tak kedengaran. Tubuhnya longlai. Tiba-tiba gadis itu rebah.
 Mier menangkap tubuh Lisa, panik.

6 comments:

  1. alamak...adei..kene patuk ular..apela reaksi abg si lisa tu nanti...tp inshaallah lisa xmati kn dlm cte ni...heheh...just nk tw jd mcm mne nti...after all...mier yg jd penyelamat dia kn...adakah time ni mier akn tw rauf ngn lisa ad pertalian darah?ala..tp lisa ttp xtw nti hood ngn mier pn sama je cm die ngn rauf...alahai

    ReplyDelete
  2. anak yatim upenya lisa..
    padanla rauf tu protective..
    mier~cemas eh..
    apakah tanda itu..hrp2 lisa slmt..
    bakso~

    ReplyDelete
  3. xthn, sempat terkenang filem dulo2...

    htg budi dah lisa tu...
    htg budi dibawa mati...;)

    ReplyDelete
  4. eceh,spoil tol lar encik ular tu!..nak patuk pon,tggu la laen kali...hisssh!!

    ReplyDelete
  5. Kasihan Lisa...
    Kenapa pendek aja...

    ReplyDelete