Sunday, September 25, 2011

my anticoagulant 10


“Lisa…!” Puan Asmah meluru masuk ke wad yang menempatkan Lisa, di katil paling hujung. “Macam mana boleh jadi macam ni?”
“Lisa yang salah, ma,” ujar Lisa pendek, sebelum sempat dijawab Puan Maria.
Pagi tadi sebaik sahaja dia dan Mier berjaya ditemukan, dia dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu dengan kereta Encik Haikal, ditemani Puan Maria. Teman-temannya yang lain ditinggalkan di bawah pengawasan Mr Chan dan Miss Angeline. Khabarnya bas akan berangkat pulang ke Seremban tengah hari itu juga.
 “Keadaan Lisa stabil Puan Asmah, tapi doctor nak pantau untuk 24 jam ni, jadi dia kena masuk wad,” Terang Puan Maria pada Puan Asmah sambil bersalaman dengan wanita separuh abad itu.
“Terima kasih cikgu. Tak payah berpuan. Panggil Kak As,”
“Sama-sama,”
“Saya dah tak sakit, cikgu. Cikgu tolonglah beritahu doctor, saya nak balik,” Tukas Lisa risau.
“Tak boleh. Kalau doctor dah cakap macam tu, Lisa kena tinggal sini,” Tegas Puan Asmah. “Abang kirim salam. Dia nak datang, tapi mama tak bagi. Dari semalam dia demam, cirit-birit,”
Wajah Lisa berubah.
Puan Maria bangun. “Kak As berbuallah dulu dengan Lisa. Saya nak ke bawah sekejap,”
Lisa memerhati gurunya pergi, sebelum mengalih pandang pada mamanya. “Ma, Lisa tau mama tengah tak ada duit sekarang ni. Lisa dah ok. Tak payahlah Lisa tinggal sini,” Ujarnya separuh merayu. 
Dia tak mahu menambah beban. Berapalah sangat tempahan membuat kek dan kuih yang diperoleh mamanya sekarang untuk memenuhi keperluan mereka sekeluarga.

"Mama sakit buah pinggang. Kena selalu buat hemodialisis. Semua tu duit," Lisa tunduk sayu.
 “Tak payah nak degil. Duit boleh cari. Anak-anak mama harta tak ternilai yang mama ada,” balas Puan Asmah perlahan.
 Tubir mata Lisa panas. “Lisa minta maaf. Lisa dah banyak susahkan mama. Sakit, sedih, semua mama tanggung. Selama ni Lisa memberontak, Lisa degil. Tapi mama tak pernah marah,” Suaranya tertahan.
Puan Asmah membelai kepala Lisa lembut.
“Maafkan Lisa, ma,” Lisa menangis. Tapak tangan Puan Asmah diletak erat ke pipinya. Tangisannya berselang sendu. “Ini balasan Allah nak tunjuk Lisa,”
Puan Asmah menggeleng kepala. “Ini ujian Allah nak bagi,”
 Dahi Lisa dikucup penuh kasih.Pertama kali dia melihat anak gadisnya menangis selepas lima tahun.

Semasa arwah suaminya dikhabarkan meninggal pun, tidak ada setitik air mata Lisa yang keluar. Yang ada cuma pandangan kosong.
“Mama sayang anak-anak mama. Mama tahu Lisa pendam semuanya. Mama tak marah...” 


“Saya minta maaf untuk pihak Lisa. Banyak menyusahkan cikgu berdua,”
“Tak apa, Kak As. Memang dia bawah tanggungjawab kami,” Balas Puan Maria di luar wad. Haikal yang baru diperkenalkan pada Puan Asmah hanya membalas dengan senyuman.
“Bila dia kata dia nak pergi Fraser’s Hills, saya sebenarnya dah tak sedap hati. Saya tahu dia mesti masuk hutan tu. Dulu papa dia selalu bawa dia dan abangnya camping dan jungle trekking ke sana,”
 Puan Maria mengangguk. Baru faham punca sebenar. “Oh ya Kak As. Tentang bayaran hospital, tak payah bimbang. Semuanya dah dijelaskan,”
Kening Puan Asmah berkerut. “Siapa yang bayar?”
“Entahlah. Nurse tadi yang beritahu. Katanya rahsia,”
Kehairanan Puan Asmah bertambah.
“Kami minta diri dulu,”
Puan Asmah mengangguk perlahan.


“Siapa agaknya yang baik hati sangat tu ye?”
Haikal memasang tali pinggang keledar tanpa menghiraukan pertanyaan Puan Maria.
“Akak tahu Haikal yang bayar,” ujar Puan Maria lagi bila melihat tiada reaksi.
Guru muda itu menoleh, terkejut. “Mana akak tahu?”
Puan Maria ketawa kecil. “Akak nampak Haikal dekat tempat cashier tadi. Ada apa-apa yang akak patut tahu ke?”
 Haikal serba salah. Ah sudah…! “Saya…cuma nak tolong,”  Blergh… siap tergagap!
Guru penasihat debat itu tersenyum kecil.
Haikal senyap. Tangannya menukar gear.

*****
Rauf melebarkan pandangan, mencari seseorang. Food court itu agak penuh di hujung-hujung minggu. Nun di hujung sana, kelihatan wajah si pengarang jantung. Dia menapak menghampiri.
“Hai, Aliyya…”
“Aliyya je ke?” Husnul di sebelah mengusik.
Sengih. “Hai Husnul,”
Husnul ketawa kecil. “Tau la.Tau la…aku bagi chance kat kau kejap. Aliya, aku cari toiletries kat Guardian dulu. Bye Rauf,” Dia bangun, meninggalkan Aliya yang terpinga-pinga.
Aliyya membasahkan tekak dengan minuman di depannya.“Ingatkan tak jadi datang. Makan sekali?”
Rauf duduk di depan gadis itu. Pertemuan mereka pada Hari Bahasa Jepun di AQC tahun lalu  memulakan segalanya. “Bas rosak pulak tadi. Terpaksa datang naik cab,”
“Asyik rosak je bas SDRA tu. Hari tu pun rosak jugak kan?”
“Mana tau?”
“Tu yang time Hari Kecemerlangan SBP. Lisa cakap,”
“Oh…”
“Ni past years yang you nak,” Aliyya menghulurkan plastik berisi kertas soalan percubaan SPM pada Rauf. “Yang trial SBP dengan Negeri Sembilan you mesti dah ada kan…”
Dia angguk. “Thanks. Ni je ke?”
Kening Aliya terangkat. “Tu je la. Lisa tak pesan yang lain pun,”
Sengih menyinggah di wajah Rauf. “I pesan sayang, rindu. Dia tak cakap?”
“Gatal!” Muka Aliya dah merona merah.
Rauf gelak.
“Rauf!” Satu suara menerpa dari belakang.
Dia menoleh. “Mier…”
Bukkk!

Satu penumbuk Mier mendarat tepat ke mukanya.

8 comments:

  1. haha..mesti mier ingat rauf curang kt lisa..

    ReplyDelete
  2. haikal ada hati gak kat lisa ke..takyahla, biar lisa dgn mier..

    ReplyDelete
  3. heheh...free2 dpt penumbuk:)

    ReplyDelete
  4. aiyok mier dh slah fham.....

    ReplyDelete
  5. haha...secret revealed?tp cm ade pesaing je...haikal suke kt lisa gak eh

    ReplyDelete
  6. pe ke helnyer plak,si yop mier nie?????

    ReplyDelete
  7. uikss... belasah bakal abang ipar tu... ekekekek

    ReplyDelete